omniture

Pameran Cenderamata & Rumah Shenzhen Edisi Musim Bunga dijadualkan semula ke 25-28 Mei 2020

Reed Huabo Exhibitions
2020-03-16 22:00 626

SHENZHEN, China, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata, Kraftangan, Jam Tangan & Barang Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) kali ke-28 (ringkasnya "Pameran"), dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions, asalnya dijadualkan untuk diadakan pada 25-28 April, ditunda ke 25-28 Mei. Pameran ini akan mencapai tahap lebih tinggi pada tahun ini memandangkan Pameran akan ditempatkan semula ke pusat pameran yang terbesar di dunia - Pusat Pameran dan Konvensyen Dunia Shenzhen. Sebagai "Acara Industri Perdana di China" dengan lebih 3,500 pempamer dan 7,000 reruai dijangkakan, Pameran berkenaan akan mempamerkan 500,000 cenderamata dan produk rumah meliputi 22 kategori produk dari seluruh China dan selanjutnya.

Sesuatu yang Baharu di Pameran Cenderamata & Rumah Shenzhen 2020

  • Penempatan semula ke pusat pameran yang terbesar di dunia

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri cenderamata dan bagi merealisasikan falsafah perniagaan untuk "menghubungkan pembeli yang berkelayakan kepada produk-produk baru muncul dengan berkesan", Pameran ini merebut peluang penempatan semula lokasi untuk membesarkan kawasan pameran dan menghimpunkan lebih banyak syarikat. Pada tahun 2020, Pameran ini akan meliputi kawasan pameran seluas 160,000 meter persegi (+45%) dan menghimpunkan 3,500 pempamer (+40%).

  • Susunan dewan baharu untuk meningkatkan kecekapan penyumberan

Pameran ini akan menempati 8 buah dewan secara keseluruhan dan susunan baharu adalah seperti di bawah:

Dewan 9/10 Pengedar Borong/Pemberi Lesen/Ejen
Dewan 11 Kreatif & Reka Bentuk
Dewan 12 Perkakas Rumah Pintar
Dewan 13 Cenderamata & Barangan Premium
Dewan 14 Pameran Elektronik Mudah Alih China
Dewan 15 Peralatan Dapur & Kelengkapan Meja
Dewan 16 Barang Rumah & Barang Luar Rumah

  • Zon tema serba baharu - Galeri Reka Bentuk dan Galeri Pembuat

Galeri Reka Bentuk akan mempamerkan produk-produk kreatif dan budaya terbaharu yang direka oleh pereka-pereka bebas dan studio-studio rekaan bagi membantu pembeli perdagangan mengenali lebih lanjut mengenai rekaan-rekaan serta jenama-jenama Cina. Sementara itu, Galeri Pembuat pula akan menghimpunkan pengeluar-pengeluar produk pintar dan mempamerkan produk-produk yang paling inovatif bagi membolehkan pembeli mengalami teknologi futuristik China.

Waktu pembukaan

25-27 Mei  mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
28 Mei  mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Latar belakang penganjur

Reed Huabo Exhibitions Co., Ltd., ahli Reed Exhibitions yang berpangkalan di UK, ialah penganjur pameran yang berpengaruh dalam industri cenderamata dan barang rumah China. Siri pameran cenderamata, barang rumah dan barangan am yang dianjurkan olehnya merupakan salah satu yang terbesar selain merupakan jenama pameran yang sangat terkenal di China.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapat tiket percuma, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news