omniture

Keupayaan FaaS Tencent Cloud dinilai sebagai "pelaksana mantap"

Tencent Cloud
2020-03-17 19:50 4555

SHENZHEN, China, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Forrester, sebuah firma penyelidikan dan perundingan bebas yang bertaraf global, baru-baru ini mengeluarkan laporan "The Forrester New Wave™: Function-As-A-Service Platforms, Q1 2020" ("The Forrester New Wave™: Platform Fungsi-Sebagai-Satu-Perkhidmatan, Suku Pertama 2020"). Tencent Cloud menerima penarafan terbeza bagi kriteria pengalaman pembangun, ciri-ciri keselamatan dan visi yang diberi penilaian "pelaksana mantap" oleh Forrester secara rasminya.

Laporan ini turut menyatakan bahawa Tencent Cloud menyediakan instrumen set alatan berasaskan web yang menarik bagi menyediakan pengguna dengan pengalaman pembangun yang baik. Dalam masa yang sama, ia turut menyediakan pengasingan fungsi yang mantap, kawalan akses berasaskan peranan dan sokongan untuk awan persendirian maya.

Difahamkan bahawa Forrester ini menilai secara komprehensif kekuatan perkhidmatan FaaS daripada sepuluh dimensi termasuk pengalaman pembangun, model pengaturcaraan dan persekitaran pelaksanaan waktu jalan serta membantu pengguna perusahaan memilih penyedia perkhidmatan yang sesuai dengan mereka.

Selain daripada pengembangan perniagaan dan pelancaran produk yang berterusan, Forrester percaya bahawa reputasi pengguna Tencent Cloud Serverless juga telah diterima baik. Maklum balas pelanggan yang dimasukkan dalam laporan Forrester turut menyebut: "Pasukan sokongan Tencent adalah andal dan responsif terhadap keperluan kami." "Mudah untuk berintegrasi dengan perkhidmatan awan Tencent yang lain."

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research