omniture

Berjuang untuk Bersatu Semula: Bagaimana Wuhan tangani COVID-19

CGTN
2020-03-17 20:16 523

BEIJING, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Di Wuhan bahagian tengah China, iaitu epipusat bagi wabak coronavirus, kes-kes COVID-19 baharu telah menurun kepada satu angka, dengan hanya empat kes dilaporkan pada hari Jumaat, menurut sebuah video oleh CGTN.

 

Data terkini menunjukkan bahawa lebih 36,000 orang pesakit telah pulih di Wuhan, menyumbang sebanyak lebih 70 peratus daripada kes keseluruhannya. Bandar raya yang paling teruk terjejas di Wilayah Hubei tengah China ini sedang menjalani proses untuk mencapai pemulihan.

Memandangkan lebih ramai pesakit didiscaj dari hospital, kesemua 14 buah hospital sementara di bandar raya tersebut telah ditutup minggu ini.

Hospital-hospital ini, yang telah ditukar daripada kemudahan-kemudahan awam, menyediakan rawatan yang tepat pada masanya untuk pesakit-pesakit yang mengalami simptom-simptom ringan. Mereka menerima lebih 12,000 orang pesakit.

Berjuang untuk Bersatu Semula, sebuah video asal yang dicipta oleh CGTN
Berjuang untuk Bersatu Semula, sebuah video asal yang dicipta oleh CGTN

Kemajuan yang begitu luar biasa ini bukanlah tugas mudah. Pengerahan pantas sumber-sumber perubatan negara memainkan peranan penting dalam membendung wabak ini.

Bagi membantu usaha memerangi wabak ini di Hubei, sejumlah 42,000 kakitangan perubatan dari seluruh negara dihantar ke wilayah ini. Sekitar 65,000 unit peralatan perubatan termasuk ventilator dan ECMO (paru-paru tiruan) telah dihantar ke Hubei pada 3 Mac.

Pelan rawatan seperti sokongan pernafasan dan terapi plasma telah diuji dan dilaksanakan. Perubatan Cina Tradisional membantu mengurangkan simptom-simptom kebanyakan pesakit dan memendekkan tempoh rawatan.

Hasil daripada langkah-langkah yang diambil olehnya, China kini telah melepasi puncak wabak, menurut jurucakap kerajaan pada hari Khamis.

Di luar Hubei, perniagaan muncul kembali untuk beroperasi secara berperingkat-peringkat. Lebih 95 peratus perusahaan melebihi saiz yang ditetapkan telah menyambung semula operasi, kata seorang pegawai pada hari Jumaat.

Dr. Bruce Aylward, ketua pasukan misi bersama China-WHO untuk COVID-19 berkata untuk mereplikasikan kejayaan serang balas China di tempat lain akan memerlukan kepantasan, wang, imaginasi dan keberanian politik.

Video pendek ini, yang dicipta oleh CGTN, adalah berdasarkan peristiwa sebenar dan menunjukkan bagaimana China menangani virus berbahaya ini dan menyembuhkan pesakit seperti Han (nama samaran) dan bapa beliau. Tatkala wabak ini tersebar ke seluruh dunia, hanya dengan menjalin kerjasama antara satu sama lain kita boleh mengalahkan musuh bersama ini -- COVID-19.  

Lihat laporan asal: https://news.cgtn.com/news/2020-03-14/Fight-to-Reunite-How-Wuhan-tackled-COVID-19-ORhUCzRIGs/index.html

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/202003/CGTN/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200316/2752151-1?lang=0

Source: CGTN
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Public Safety