omniture

SGCC Sempurnakan Pemerolehan Ekuiti 49 Peratus OETC

SGCC
2020-03-19 13:18 906

MUSCAT, Oman, 19 Mac 2020 /PRNewswire/ -- State Grid Corporation of China (SGCC) telah menyempurnakan pemerolehan ekuiti 49% Oman Electricity Transmission Company OETC bersama-sama penjual Nama Group pada 11 Mac di Muscat, Oman.

Sebagai rakan kongsi teknikal, SGCC akan memanfaatkan teknologi dan pengalamannya dalam pengurusan operasi grid bersama rakan-rakan kongsi tempatan di wilayah tersebut untuk terus meningkatkan keselamatan operasi dan kapasiti pengedaran grid elektrik negara berkenaan.

Komited untuk menjadi pelabur antarabangsa jangka panjang dan stabil dalam industri yang mendukung strategi-strategi pembangunan mampan, SGCC sentiasa menegaskan operasi jangka panjang, berciri tempatan dan berorientasi pasaran.

Melalui teknologi penghantaran kuasa termaju, pengalaman pengurusan dan jenama yang mantap, SGCC berusaha untuk memenuhi tanggungjawab sosialnya bagi mencapai keputusan yang lebih baik. Menerusi pendekatannya terhadap pemerolehan aset-aset saham antarabangsa dalam sektor kuasa dan tenaga luar negara, projek-projek pembangunan tapak hijau dan pengurusan operasi aset, SGCC mematuhi prinsip-prinsip kesamarataan dan pertumbuhan bersama.

Sejak tahun 2008, SGCC memperoleh kepentingan secara berturut-turut di Filipina (NGCP, 40%), Portugal (REN, 25%), Australia (46.56% ElectraNet, 60% SGSPAA dan 19.9% AusNet), Hong Kong SAR (HKEI, 21%), Itali (CDP Reti, 35%), Brazil (CPFL, hampir 85%), Greece (IPTO, 24%) dan Oman (OETC, 49%).

SGCC telah memenangi pelbagai tawaran pelaburan tapak hijau termasuk talian penghantaran Teles Pires dan projek penghantaran UHV Hidrokuasa Belo Monte. Semua projek SGCC di luar negara yang berjumlah USD 65 bilion dari segi nilainya beroperasi lancar dengan prestasi yang cemerlang. Syarikat terus menekankan peningkatan kapasiti aset-aset luar negara dan menggalakkan pembangunan mampan syarikat-syarikat pelaburan.

Sejak menjadi pemegang saham dalam projek NGCP di Filipina, SGCC aktif berkongsi teknologi grid kuasa termaju dan pengalaman pengurusan bersama rakan kongsi tempatan bagi meningkatkan operasi, kualiti kuasa dan keandalan secara berterusan. Menjamin bekalan kuasa yang selamat dan andal demi pembangunan ekonomi Filipina.

SGCC juga telah menyokong NGCP dalam menangani bencana alam dan telah menghantar pelbagai kumpulan pakar untuk memberi nasihat mengenai kerja-kerja pemulihan sekali gus meningkatkan pencegahan dan ketahanan bencana bagi aset-aset kuasa NGCP.

Di Brazil, SGCC telah memimpin syarikat CPFL untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan, memenangi pelbagai anugerah yang mengiktiraf CPFL sebagai "Pengedar Nasional Terbaik" dan "Reputasi Tempat Pertama Perusahaan Tenaga" (2017) Laporan Dividen Reputasi Brazil 2017. CPFL turut menerima Anugerah IASC (Indeks Kepuasan Pengguna Aneel) (2018). Fasa II UHVDC Belo Monte (XRTE) oleh State Grid Brazil Holding (SGBH) dianugerahkan Projek Pengurusan Persekitaran Sosial Terbaik Benchmarking Brazil 2019 untuk kerja-kerja perlindungan alam sekitar praktikalnya. Sementara itu, Projek Fasa II Teles Pires Transmission telah disiapkan dua setengah tahun lebih awal dan menerima surat pujian yang dikeluarkan oleh ONS Brazil.

Di Australia, Projek Fasa I Saluran Gas Utara SGSPAA telah disampaikan dengan "Anugerah Inovasi Pelanggan Terbaik" dan menjadi salah satu Finalis Anugerah Edison Antarabangsa 2019 untuk projek Pengecas Kuasanya dan projek AusNet Services yang memberi pemahaman dari segi bagaimana teknologi tenaga baharu boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan, keandalan dan kemampuan bekalan elektrik untuk masyarakat pada masa depan dinamakan sebagai pemenang bersama bagi Anugerah Inovasi Majlis Tenaga Bersih.

Di Portugal, REN dinamakan sebagai "Majikan Paling Menarik" untuk prestasi perniagaan dan imej korporatnya yang bagus. Dalam masa yang sama, SGCC memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyokong pendidikan tempatan, kebudayaan dan sukan serta projek pembasmian kemiskinan dan berusaha untuk mencapai pembangunan komprehensif yang menyepadukan ekonomi, masyarakat, mata pencarian penduduk dan persekitaran di negara-negara dan wilayah-wilayah melalui projek-projek kebajikan awam.

SGBH telah menyokong lebih 450 projek kebajikan awam di Brazil termasuk Tapak Arkeologi Valongo Wharf purba di Rio de Janeiro dan projek Orkestra Maré do Amanhã. Projek Orkestra berjaya melatih lebih 6,000 orang remaja dan menerima "Anugerah Amalan Pengurusan Tanggungjawab Sosial Terbaik" daripada United Nations Global Compact.

Di Filipina, SGCC telah menyokong NGCP untuk membuat sumbangan penting kepada program bantuan pelajar, pembangunan masyarakat, rintangan dan pengurangan bencana serta perlindungan alam sekitar. Projek "Brighten Up" merupakan projek tanggungjawab sosial korporat utama yang pertama di Filipina yang dijalankan oleh sebuah syarikat Cina dan ia menyediakan bekalan kuasa elektrik kepada dua buah kampung yang terletak di kawasan terpencil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sgcc.com.cn 

Latar Belakang SGCC 

Ditubuhkan pada tahun 2002, SGCC ialah sebuah syarikat milik negara yang menjadikan pelaburan, pembinaan dan operasi grid kuasa sebagai perniagan utama. Komited terhadap pengelektrikan semula dan sambungan tenaga, memenuhi kehendak kuasa dengan alternatif yang bersih dan mesra alam, SGCC membekalkan kuasa kepada lebih 1.1 bilion penduduk di 26 wilayah, kawasan berautonomi dan majlis perbandaran, meliputi 88% wilayah negara Cina.

Sebagai utiliti awam yang terbesar di dunia, dengan modal berdaftar sebanyak 829.5 bilion RMB dan jumlah aset luar negara sebanyak USD 65 bilion.

Source: SGCC
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers