JAKARTA, Indonesia, 19 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Archipelago International, kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas yang terbesar di Asia Tenggara berkembang pada kadar yang mencatat rekod. Kumpulan ini baru sahaja mengumumkan lapan penandatanganan baharu setakat ini dari awal tahun di Indonesia, menambah lebih daripada 1,300 buah bilik ke dalam portfolionya hanya dalam 12 minggu.
Bermula dengan hotel-hotel bandar yang ikonik di Bandung dan Bogor kepada beberapa projek penjenamaan semula di Jakarta dan Gorontalo, rancangan pembukaan akan datang menawarkan pengembara dengan pengalaman unik di destinasi-destinasi yang telahpun sudah terkenal dan baru muncul.
Semua hotel yang baru ditandatangani akan dikendalikan di bawah kontrak pengurusan jangka panjang, mencakupi jenama-jenama ASTON, The Alana, Harper dan favehotels ikonik syarikat ini.
'Tempoh pertumbuhan yang prolifik ini menekankan permintaan yang semakin meningkat terhadap jenama-jenama kami, khususnya oleh pengembara domestik yang gemar mengembara yang semakin menerokai destinasi-destinasi baharu. Selaras dengan hal berkenaan, kami juga telah memperuntukkan Indonesia Barat dan Tengah sebagai wilayah-wilayah pembangunan utama bagi mengekalkan momentum pertumbuhan kami. Dalam dua bulan yang lalu, kami telah mengumumkan pembukaan ASTON Inn Gresik, ASTON Sidoarjo, favehotel Ketapang, favehotel Prabumulih dan favehotel Karawang yang mengesahkan komitmen kami untuk membawakan projek-projek pembangunan hotel yang berkualiti tinggi serta mengekalkan keyakinan pemilik terhadap jenama-jenama inovatif kami. Memandangkan terdapatnya pembangunan infrastruktur yang menarik, kami menjangkakan potensi pelancongan perniagaan dan libur yang mantap dalam pasaran-pasaran ini dan berharap dapat meneruskan momentum ini,' kata John Flood, Presiden & CEO Archipelago International.
Menambah ke dalam portfolio sedia adanya di Asia Tenggara, Archipelago International telah memperluaskan jejaknya dalam pasaran Timur Tengah dan Caribbean menerusi jenama GRAND ASTON. Baru-baru ini, Archipelago mengumumkan satu perjanjian perkongsian strategik jangka panjang bersama Maison Privee, salah sebuah syarikat rumah percutian dan pengurusan penyewaan korporat yang paling pantas berkembang di Dubai.
Latar Belakang Archipelago International
Archipelago International mengendalikan portfolio terbesar Indonesia melibatkan lebih 150 buah hotel dengan tambahan 100 hartanah baharu yang sedang dibangunkan di seluruh Asia Tenggara, Caribbean dan Timur Tengah. Menerusi lebih 20,000 buah bilik di lebih 60 buah bandar, jenama-jenama mewah hingga jenama-jenama yang menjimatkan daripada Kumpulan tersebut termasuk ASTON, The Alana, Collection by ASTON, Huxley, Kamuela, Harper, Quest, NEO, favehotels dan Nomad Hostels.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi archipelagointernational.com
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191202/2657860-1logo?lang=0