omniture

Risen Energy bakal sediakan 20MW daripada modul 500W kepada Tokai Engineering berpangkalan di Malaysia, wakili pesanan pertama dunia untuk modul lebih berkuasa

Risen Energy Co., Ltd
2020-03-20 04:09 809

NINGBO, China, 20 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Peneraju PV yang tersenarai dalam pasaran saham A Cina, Risen Energy Co., Ltd. baru-baru ini menandatangani kontrak kolaboratif bersama penyedia penyelesaian yang terkemuka dalam bidang perlindungan kilat dan pusuan, Tokai Engineering (M) Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Shah Alam, Malaysia. Di bawah kontrak tersebut, firma Cina berkenaan akan menyediakan 20MW daripada modul PV solar berkecekapan tinggi kepada firma Malaysia tersebut. Ia mewakili pesanan pertama di dunia untuk modul 500W dan satu lagi contoh kepimpinan Risen Energy dalam era PV 5.0.

Dari kiri ke kanan: Ketua Pegawai Eksekutif TOKAI Group, Dato'Ir. Jimmy Lim; Pengerusi TOKAI, Dato' Anwarrudin Ahamad Osman; Pengurus Negara Malaysia RISEN ENERGY, En. Lee Kok Wai; Pengarah Urusan TOKAI, Cik Claudine Lau
Dari kiri ke kanan: Ketua Pegawai Eksekutif TOKAI Group, Dato'Ir. Jimmy Lim; Pengerusi TOKAI, Dato' Anwarrudin Ahamad Osman; Pengurus Negara Malaysia RISEN ENERGY, En. Lee Kok Wai; Pengarah Urusan TOKAI, Cik Claudine Lau

Dengan pengalaman selama 27 tahun, Tokai telah menjadi pelabur penyelesaian solar yang mantap hasil daripada penyelesaiannya yang komprehensif, tersuai dan berkualiti tinggi. Sebagai perintis yang melancarkan modul berkecekapan tinggi 500W yang pertama di dunia, Risen Energy akan menyediakan modul tersebut menggunakan wafer monohabluran G12 (210mm) kepada Tokai. Modul tersebut dapat mengurangkan kos imbangan sistem (BOS) sebanyak 9.6% dan kos tenaga terlaras (LCOE) sebanyak 6%, di samping meningkatkan output talian tunggal sebanyak 30%.

Mengulas mengenai perkongsian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Tokai Group Dato' Ir. Jimmy Lim Lai Ho berkata: "Risen Energy menerajui industri ini dalam menerima era PV 5.0 dengan modul berkecekapan tinggi 500W yang berasaskan teknologi canggih. Kami berasa amat teruja untuk memeterai kerjasama bersama Risen Energy ini dan mengharapkan penyerahan dan pelaksanaan modul tersebut dalam masa terdekat dengan tujuan untuk mencapai kos tenaga elektrik terlaras yang lebih rendah dan kadar pendapatan yang lebih tinggi daripada kuasa yang dijana."

Pengarah pemasaran global Risen Energy Leon Chuang berkata, "Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan Tokai dengan modul berkecekapan tinggi 500W, yang membawakan beberapa kelebihan. Sebagai penyedia pertama di dunia bagi modul 500W, kami yakin dan layak menjadi peneraju dalam era PV 5.0. Kami akan kekal komited terhadap pendekatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memberi tumpuan pada produk-produk berkecekapan tinggi dan berkos rendah selain penyelesaian yang dapat memenuhi kehendak pasaran. Kami juga berharap agar dapat bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi bagi membantu industri PV menerima era baharu modul output tinggi yang dikeluarkan secara besar-besaran."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200318/2754663-1?lang=0

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts