omniture

Trina Solar umum pengeluaran besar-besaran modul 500W+ V Duomax & V Tallmax

Firma terajui industri fotovolta global menuju era 5.0 solar
Trina Solar Co., Ltd
2020-03-21 04:24 873

CHANGZHOU, China, 21 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 18 Mac 2020, Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, mengumumkan barisan perintis bagi pengeluaran besar-besaran modul 500W+ V Duomax dan V Tallmax ("siri V"). Peristiwa ini melambangkan satu lagi kejayaan penting yang dicapai oleh syarikat pada tahun ini selepas pelancaran global siri V pada 27 Februari lalu.

Modul siri V 500W+, dengan kecekapan penukaran mencecah 21%, mempunyai output kuasa melebihi 500W. Menggabungkan sel 210mm, modul siri V 500W+ didatangkan dengan dua versi iaitu modul dwikaca dwimuka V Duomax dan modul lapisan paling luar V Tallmax serta boleh disambungkan dengan lancar kepada reka bentuk sistem fotovolta utama sedia ada, termasuk penyelesaian penjejakan. Berdasarkan teknologi berbilang busbar yang unggul daripada Trina Solar, modul ini menggabungkan reka bentuk inovatif yang mengintegrasikan teknologi pemotongan tiga keping yang tidak membinasa dan pempakejan berkepadatan tinggi, seraya menghapuskan risiko berpotensi yang dikaitkan dengan modul kuasa ultra tinggi: voltan, beban lebih arus dan haba serta rekahan mikro. Bagi menangani cabaran baharu, dimulakan oleh Trina Solar, syarikat dan rakan-rakan kongsinya bersama-sama membangunkan beberapa penemuan pertama dalam industri: teknologi pemotongan tidak membinasa berkelajuan tinggi, kimpalan seragam untuk modul solar berbilang busbar yang diperbuat oleh sel 210mm, kaedah baharu untuk susun atur automatik panel solar selain alat kimpalan berlamina yang mampu mengendalikan pengeluaran besar-besaran. Penemuan pertama ini, apabila diintegrasikan ke dalam proses pengeluaran, dapat membantu mencapai pengeluaran yang stabil.

Naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar Yin Rongfang berkata, "Modul siri V 500W+ adalah hasil daripada banyak penambahbaikan teknologi terhadap proses pembuatan yang dijalankan sejak lebih 20 tahun yang lalu digabungkan dengan pengalaman terkumpul kami dalam banyak aspek proses hujung-ke-hujung, termasuk integrasi produk dan sistem hiliran. Kami terdorong oleh hakikat bahawa produk ini telah mendapat perhatian dan pengiktirafan yang luas daripada rakan industri kami, pelanggan serta media sejak pelancarannya. Modul siri V 500W+ bukan sahaja memberikan kami titik pencapaian baharu untuk pemaksimuman nilai pelanggan, tetapi turut menyuntik daya penggerak baharu untuk pertumbuhan nilai ke dalam seluruh rantaian industri fotovolta. Barisan perintis yang berjaya untuk pengeluaran besar-besaran modul siri V 500W+ telah meletakkan asas kukuh untuk peluasan kapasiti kepada 5.5 GW tahun ini, lantas menerajui industri fotovolta global menuju era 5.0 solar dan pasaran yang saling menguntungkan untuk modul kuasa ultra tinggi."

Modul dwikaca dwimuka V Duomax telah melepasi ujian IEC modul fotovolta TUV Rheinland dan telah diberikan sijil piawaian prestasi modul PV IEC 61215 dan IEC 61730. Modul siri V 500W+ Trina Solar merupakan salah satu modul kuasa ultra tinggi yang pertama diperakui oleh institusi-institusi ujian berwibawa.

Foto: https://mgr.trinasolar.com/sites/default/files/Vertex_v_dual.png 
Kapsyen: Modul dwikaca dwimuka V Duomax Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, dengan perniagaan utamanya memberi tumpuan pada produk PV, sistem PV dan penyelesaian tenaga pintar. Perniagaannya meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan modul PV, stesen janakuasa dan peralatan sistem, penjanaan kuasa PV serta perkhidmatan operasi, grid mikro pintar, pembangunan dan penjualan sistem berbilang tenaga selain operasi dan pengurusan platform awan tenaga. Pada tahun 2018, syarikat ini menjadi peneraju untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (internet pelbagai benda) tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Industri IoT Trina Solar dan Pusat Inovasi Industri IoT Tenaga Baharu bersama-sama pengeluar dan institut penyelidikan yang terkemuka dalam industri di dalam dan luar China, membina platform inovatif bagi tujuan penyelidikan dalam IoT tenaga serta ekosfera IoT bersama pelbagai rakan kongsi dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor tenaga pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services