SINGAPURA, 25 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Demi memenuhi kehendak yang semakin meningkat daripada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) untuk mengurus suhu dan pelaporan penyakit pelawat/pekerja semasa berlakunya pandemik COVID-19 yang terus berkembang ini, syarikat penyelesaian perusahaan Singapura, 7-Network dengan kerjasama HUAWEI CLOUD, menawarkan platform pembangunan tanpa kod utamanya, JET Workflow, secara percuma kepada PKS tempatan, bagi membantu mereka mengautomasikan dan memulakan kelangsungan perniagaan mereka dengan pantas sebagai respons kepada wabak ini.
Laman ini menyediakan borang yang mudah digunakan bagi tujuan pengelogan pelawat dan pengesanan kenalan apabila diperlukan serta sistem untuk pemantauan suhu pekerja dan pelaporan penyakit. Pengguna PKS dapat mengurus pekerja mereka yang bekerja dari rumah lantaran pengaturan BCP, Notis Berada Di Rumah atau Arahan Kuarantin dengan mudah. Ini dapat dijayakan melalui pendigitalisan, tanpa pergantungan tradisi terhadap pembangun profesional.
HUAWEI CLOUD berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi ekosistem di Singapura bagi menyampaikan siri penyelesaian digital yang boleh diakses oleh semua, sebagai tindak balas yang tepat pada masanya terhadap keperluan PKS tempatan bagi melindungi pekerja dan perniagaan mereka. JET Workflow telah disenaraikan sebagai salah satu pakej penyelesaian digital yang disediakan untuk diterima pakai oleh syarikat-syarikat bagi membantu menampung operasi perniagaan mereka terhadap wabak COVID-19. Suit penyelesaian teknologi ini dikuratorkan bersama-sama SGTech dan Infocomm Media Development Authority (IMDA).
"COVID-19 membawa cabaran yang unik kepada PKS untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan. Pemilik perniagaan kecil-kecilan kekurangan alat digital yang sedia digunakan bagi mengurus isu-isu pengurusan pekerja atau keperluan aliran kerja unik yang lain. Beberapa penyelesaian digital yang terdapat dalam pasaran adalah sama ada terlalu rumit atau tidak disesuaikan untuk PKS. Sebagai sebahagian daripada mereka, saya benar-benar percaya bahawa ia menjadi tanggungjawab sivik kami untuk bangkit menyahut cabaran tersebut dan melancarkan laman pengurusan COVID-19 ini secara percuma bagi membantu PKS Singapura yang lain menghadapi pandemik ini," kata Jin Chong, Pengarah Urusan 7-Network.
"Kami percaya bahawa ia menjadi amat penting untuk menyokong PKS tempatan meneruskan operasi perniagaan melalui kepimpinan awan kami semasa tempoh yang mencabar ini, sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami terhadap masyarakat Singapura. Penumpuan antara Awan, AI dan 5G akan membantu kami untuk kekal terhubung, menjadikan kami lebih kuat dan lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini," kata Nicholas Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei International.
Laman Pengurusan COVID-19 JET Workflow kini disediakan di https://bcp.jetworkflow.com/jet/coronavirus. Selepas membuat pendaftaran, laman sesawang tersebut boleh diakses melalui aplikasi web dan mudah alih yang beroperasi menggunakan IOS dan Android.
HUAWEI CLOUD menaja pengehosan awan JET Workflow dan tawaran ini berjalan sehingga 30 September 2020.
Latar Belakang 7-Network
Ditubuhkan pada tahun 1992, 7-Network Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura bermula sebagai sebuah perusahaan perisian serta syarikat sumber luar IT dan berkembang menjadi penyedia penyelesaian yang membantu perniagaan melaksanakan inovasi digital.
Perisian utama syarikat, JET Workflow, dilancarkan pada tahun 2017 menerusi versi 1.0 untuk tapak ujian pasaran. Kefungsian terus ditambah kepada perisian tersebut yang kini dalam versi 3.2.
7-Network menumpu untuk mendayakan transformasi digital di peringkat PKS dan MNC dengan kos yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.7-network.com/international.
Latar Belakang HUAWEI CLOUD
HUAWEI CLOUD ialah jenama perkhidmatan awan istimewa daripada Huawei. Ia mengumpulkan kepakaran selama lebih 30 tahun Huawei dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT dalam satu pakej agar pelanggan dapat membina apa yang mereka perlukan ke dalam profil mereka dengan kemudahan seperti blok binaan. HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan berterusan untuk membantu semua saiz organisasi berkembang dalam dunia pintar.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei Cloud secara dalam talian di www.huaweicloud.com.