omniture

Huawei Cloud dan ULearning Tawar e-Pembelajaran Berterusan semasa berlakunya Kecemasan COVID-19

HUAWEI CLOUD
2020-03-26 01:01 4396

JAKARTA, Indonesia, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Cloud dan ULearning hari ini mengumumkan kolaborasi mereka, menyediakan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian yang biasa dikenali sebagai e-pembelajaran kepada salah sebuah universiti swasta yang paling disanjungi di Jakarta, Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Penyelesaian e-pembelajaran daripada Huawei Cloud dan ULearning benar-benar seiring dengan semangat Universitas Muhammadiyah Jakarta untuk menjadi sebuah universiti yang disegani, moden dan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan juga relevan dengan konteks wabak COVID-19. Wabak ini telah mengalihkan pelbagai aktiviti ke dalam bangunan, walaupun terdapat aktiviti bilik darjah yang masih memerlukan keadaan interaktif biarpun berada berjauhan.

Ken Qijian, Naib Presiden Hal Ehwal Awam dan Komunikasi, Huawei Indonesia, berkata bahawa pendidikan sentiasa menjadi pembolehubah yang paling penting dalam membina dan meningkatkan kecekapan sesebuah negara. Ia tidak seharusnya terhenti hanya dengan bersifat mampan, tetapi perlu meningkat dari segi kualiti seiring dengan peralihan masa.

"Pada masa kini, seluruh dunia berhadapan dengan cabaran yang besar: penularan Coronavirus COVID-19. Tatkala kami menyedari betapa pentingnya pendidikan dan menyimpulkan bahawa pembelajaran dan pengajaran merupakan dua aktiviti yang amat diperlukan tidak kira betapa dahsyatnya keadaan yang berlaku, Huawei Indonesia dan ULearning membawakan penyelesaian e-pembelajaran canggih untuk Universitas Muhammadiyah Jakarta dan ekosistem pendidikan Indonesia," ujar Ken.

Sebagai sebahagian daripada perhatian lebih utama Huawei Cloud dan ULearning terhadap pendidikan, penyelesaian e-pembelajaran disediakan tanpa sebarang kos sepanjang tempoh apabila pembelajaran di rumah diwajibkan ini.

Dr. Mahmudin Sudin, MA, Naib Rektor IV dalam Bidang Pengajian Islam dan Kemuhammadiyahan, Universitas Muhammadiyah Jakarta, menyatakan bahawa, "Sebagai sebuah universiti yang disanjungi dan moden, aktiviti bilik darjah berasaskan ICT menjadi satu keperluan dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan bidang akademik. Sistem Pengurusan Pembelajaran yang disediakan oleh Huawei Indonesia dan ULearning merupakan satu penyelesaian e-pembelajaran yang memenuhi harapan dan keperluan kami. Dibandingkan dengan platform e-pembelajaran lain yang pernah kami gunakan sebelum ini, penyelesaian oleh Huawei Cloud dan ULearning mempunyai banyak ciri dan amat praktikal serta mesra pengguna."

Dr. Mahmudin Sudin, MA, menambah bahawa hasil daripada sistem pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan, aktiviti bilik darjah menjadi lebih berkesan lantaran kapasitinya untuk menampung pembelajaran berasaskan perbincangan (60%) berbanding interaksi secara bersemuka (40%). Menurut beliau, e-pembelajaran juga telah merangsang daya kreativiti pensyarah mahupun pelajar, menambah baik proses pentadbiran dan menggalakkan pelajar untuk lebih mengambil bahagian.

"Penyelesaian ini telah membawa kepada pengendalian aktiviti akademik Universitas Muhammadiyah Jakarta yang lebih cekap dan produktif. Atas sebab inilah kami ingin memberi penghargaan tertinggi kami kepada Huawei Indonesia atas komitmen mereka untuk menyediakan kami dengan penyelesaian tanpa sebarang kos sejak pembelajaran di rumah diwajibkan bermula pada 16 Mac 2020," simpul Dr. Mahmuddin Sudin, MA.

Sumbangan Huawei Indonesia untuk Ekosistem Pendidikan Indonesia Bernilai USD2 Juta

Dengan mengambil kira kesan Coronavirus COVID-19 terhadap pendidikan, Huawei akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia bagi menyediakan perkhidmatan pembelajaran dalam talian secara percuma baik kepada pendidik mahupun pelajar.

Dengan pelaburan bernilai USD2 juta, pendidik dan pelajar pada semua peringkat: pengajian tinggi, menengah dan rendah, malah institusi pendidikan yang lain, boleh menggunakan perkhidmatan pembelajaran dalam talian mengikut kesenangan mereka sendiri. Bagi mengoptimumkan program ini, Huawei Indonesia akan menyumbang kepakaran teknologinya dan berkolaborasi dengan ekosistem tersebut secara menyeluruh bagi melaksanakan rancangan Huawei untuk rangkuman digital - digelar sebagai "TECH4ALL".

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan mampan bagi membantu semua saiz organisasi berkembang dalam dunia pintar.

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Telecommunications Contracts