omniture

Sinopec Turut Serta Perjuangan Global Menentang COVID-19, Hantar lebih 10,000 Tan Bahan Penyahjangkit

Sinopec
2020-03-26 13:50 382

BEIJING, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Tatkala dunia memerangi pandemik COVID-19, Sinopec Corp (HKG: 0386), syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di China, menunjukkan sokongan dan perpaduan kepada komuniti antarabangsa dengan membekalkan 10,256 tan serbuk peluntur yang amat diperlukan ke negara-negara yang bergelut dengan wabak tersebut. Sehingga kini, Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex telah menghantar serbuk peluntur ke lebih sepuluh buah negara yang terjejas, termasuk Itali, Perancis, Thailand, Australia, New Zealand dan Vietnam.

Dengan pandemik global yang semakin menular, permintaan terhadap bahan penyahjangkit—produk yang penting untuk pencegahan dan kawalan wabak—semakin melonjak. Berpangkalan di Hubei, China, Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex telah menangani banyak halangan untuk membantu melindungi dunia semasa berada dalam situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Meskipun mempunyai tenaga kerja yang terhad, sekatan logistik dan keperluan domestik yang mendesak, Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk bangkit menyahut cabaran ini dan memenuhi kehendak global terhadap bahan penyahjangkit.

Pengeluar yang terbesar di dunia bagi serbuk penyahjangkit di Asia, Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex mempunyai bahagian pasaran global sebanyak lebih 30% dan memiliki reputasi yang mantap dalam pasaran. Saban tahun, syarikat ini mengeksport produk ke lebih 80 buah negara dan wilayah termasuk Eropah, Amerika, Australia dan Rusia. Dengan sepuluh buah kilang pengeluaran serbuk peluntur, kapasiti pengeluaran tahunan Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex dirancang untuk mencecah sehingga 54,000 tan. Kilang-kilang Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex kini beroperasi pada kapasiti penuh dan syarikat turut menyelaraskan operasi dan beban pengeluaran untuk memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak. Pada masa kini, produk serbuk penyahjangkit daripada Sinopec Jianghan Salt & Chemical Complex mempunyai 100% kadar hasil pengeluaran yang terbaik dalam kelas dan kadar kualiti pengeluaran premium sebanyak 90%.

Latar Belakang Sinopec Corp.

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan penjualan petroleum dan gas asli, produk petrokimia dan kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain, selain komoditi dan juga teknologi lain. Selain itu, Sinopec terlibat dalam penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi tenaga. Dengan misi korporat untuk "mendorong kehidupan yang indah" Sinopec meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon untuk membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Chemical Medical Equipment Oil/Energy Utilities