omniture

Netmarble EMEA Jalin Kerjasama dengan Forte Tetapkan Standard Operasi Permainan Masa Depan

Memperkenalkan perkhidmatan permainan inovatif kepada judul permainan semasa dan akan datang berdasarkan teknologi rantaian blok
Netmarble EMEA
2020-03-26 16:12 1056

ISTANBUL, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Netmarble EMEA, syarikat permainan yang terkemuka di Turki, rantau Timur Tengah dan Afrika, hari ini mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Forte, penginovasi bagi pembangunan teknologi rantaian blok.

Netmarble EMEA Logo
Netmarble EMEA Logo

Berdasarkan perkongsian ini, Netmarble EMEA akan memperkenalkan teknologi operasi permainan yang inovatif kepada judul-judul permainan terkenal mereka yang kini boleh didapati di Turki melalui platform rantaian blok Forte yang terbuka dan mudah digunakan.

Platform rantaian blok Forte direka bentuk agar percuma, terbuka dan berfungsi merentas sebarang platform permainan. Ia memanfaatkan protokol sumber terbuka seperti Ethereum dan Interledger bagi memudahkan penciptaan aset dalam-permainan yang mana masing-masing dimiliki oleh pemain dan membolehkan transaksi rantaian silang dibuat. Apabila ia menjadi matang, platform ini akan mendesentralisasikan secara progresif menjadi platform yang dimiliki dan dikawal oleh komuniti permainan umumnya dan bukannya sebuah syarikat.

Netmarble EMEA, terletak di Istanbul, Turki, telah menerajui industri permainan di Turki dan rantau MENA melalui kerjasama yang proaktif bersama pelbagai studio pembangun permainan pada platform mudah alih dan PC.

Ia akan menyiarkan maklumat yang lebih terperinci mengenai perkongsian ini dan inovasi akan datang kepada barisan permainannya kelak.

Latar Belakang Netmarble EMEA 
Netmarble EMEA ialah syarikat permainan yang terkemuka di Turki, rantau Timur Tengah dan Afrika yang mempunyai lebih 50 juta pemain berdaftar. Netmarble EMEA telah menghasilkan permainan hiper-kasual 2.0, bekerjasama dengan studio pembangun bebas yang terbaik di Turki, Eropah Timur dan rantau MENA, sambil menyediakan perkhidmatan QA, pemasaran, penyetempatan, perhubungan awam dan IT untuk permainan yang berjaya seperti Marvel Future Fight, Seven Nights dan Lineage 2 Revolution. Netmarble EMEA menyokong pembangunan budaya permainan di rantau ini dengan menawarkan peluang keseronokan dan sosialisasi berkualiti terbaik dengan salah satu portal permainan trafik tertinggi di rantau ini, www.joygame.com. Maklumat lanjut boleh ditemui di https://www.netmarbleemea.com.

Latar Belakang Netmarble Corporation 
Netmarble Corporation berusaha untuk menghiburkan penonton daripada semua peringkat umur di seluruh dunia dengan menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang hebat. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble ialah salah sebuah syarikat permainan mudah alih yang paling pesat berkembang dan secara konsisten berada pada kedudukan sebagai pembangun mudah alih dan penerbit terkemuka di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 6,000 pekerja, Netmarble telah menghasilkan dan menyelenggara beberapa permainan mudah alih yang paling berjaya termasuk Lineage 2: Revolution, Blade & Soul Revolution, MARVEL Future Fight, BTS WORLD, Everybody's Marble dan Seven Knights. Sebagai syarikat induk kepada Kabam, pembangun permainan mudah alih terkemuka dalam permainan berbilang pemain bebas secara besar-besaran dan pemegang saham terbesar Jam City, pembangun permainan sosial kasual terkemuka dan pemegang saham utama BigHit Entertainment, sebuah syarikat penerbitan muzik dan pengurusan artis, Netmarble mempunyai perkongsian strategik dengan CJ ENM Corporation, syarikat hiburan terbesar di Asia, Tencent Holdings, syarikat internet terbesar Asia dan NCsoft, sebuah syarikat MMORPG yang terkenal. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760522-1?lang=0

Source: Netmarble EMEA
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements Blockchain