omniture

XABT sumbangkan kit pengesanan asid nukleik 2019-nCoV kepada Itali

XABT
2020-03-27 02:46 710

BEIJING, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 19 Mac, Majlis Sumbangan & Penghantaran Kit Pengesanan dan Pengekstrakan Asid Nukleik 2019-nCoV  telahpun diadakan di Beijing. Beijing Applied Biological Technologies Co., Ltd. (XABT) diundang ke acara berkenaan memandangkan pembuat biologik tersebut menyumbang penguntukan kit pengesanan asid nukleik yang dihasilkan olehnya kepada Itali. Presiden Chinese People's Association for Friendship with Foreign Countries dan presiden kehormat China Peace and Development Foundation Li Xiaolin, serta duta Itali ke China Luca Ferrari menyampaikan ucapan di acara tersebut. 

Luca Ferrari, Italian ambassador to China; Li Xiaolin, president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries; Song Jingwu, vice president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries; Li Xikui, vice president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries and director of the China Peace and Development Foundation; Zhang Xiaojun, director of XABT; and senior consultant Liu Wei
Luca Ferrari, Italian ambassador to China; Li Xiaolin, president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries; Song Jingwu, vice president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries; Li Xikui, vice president of the Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries and director of the China Peace and Development Foundation; Zhang Xiaojun, director of XABT; and senior consultant Liu Wei

 

Donation ceremony and nucleic acid kit samples
Donation ceremony and nucleic acid kit samples

Di majlis berkenaan, duta Luca Ferrari, bagi pihak kerajaan dan penduduk Itali, mengucapkan terima kasih kepada Chinese People's Association for Friendship with Foreign Countries, China Peace and Development Foundation dan XABT atas bantuan ikhlas yang diberikan oleh mereka kepada Itali. Beliau menekankan ungkapan "a friend in need is a friend indeed" ("sahabat dalam kesusahan ialah sahabat sejati"), dalam ucapan beliau. Hakikat bahawa China dan Itali membantu antara satu sama lain dalam menghadapi krisis menunjukkan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara. Dengan perpaduan yang erat ini, China dan Itali pastinya akan dapat mengatasi wabak ini dan dapat melakukannya tidak lama lagi.

Pengesanan asid nukleik merupakan satu kaedah pengesanan dan penyaringan yang penting untuk 2019-nCoV yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pihak berkuasa kesihatan negara. XABT, antara kesemua syarikat yang telah mendapat sijil pendaftaran daripada Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China untuk reagen pengesanan asid nukleik coronavirus, ialah salah satu daripada segelintir syarikat berteknologi tinggi yang mengeluarkan teknologi pengesanan pantas yang meliputi tiga gen, ORF1ab, N dan E. Kit pengesanan asid nukleik 2019-nCoV (kaedah PCR pendarfluor) daripada syarikat boleh mencapai ketepatan sehingga 99.9% lantaran pengikatan khusus pada tahap molekul. Syarikat ini telah menerima pensijilan sistem ISO13485 dan produk-produknya, yang mana kesemuanya mematuhi piawaian pensijilan CE Kesatuan Eropah, yang diterima pakai oleh semakin banyak negara sebagai alat untuk mengawal dan mencegah penyebaran lanjut virus tersebut.

Laman sesawang rasmi syarikat: http://www.x-abt.com/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200323/2758139-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200323/2758139-1-b?lang=0

Source: XABT
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility