omniture

Myra tawar bimbingan peribadi kepada pembeli rumah pertama, memudahkan proses pemilikan kediaman

MEMUDAHKAN PEMBELIAN TERBESAR DALAM HIDUP ANDA
Myra
2020-03-27 16:24 781

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Membeli rumah pertama boleh menjadi suatu pengalaman yang mendebarkan dan mencemaskan, lebih-lebih lagi seusai menandatangani dokumen pembelian hartanah berharga tinggi, dan selanjutnya komitmen tempoh panjang yang perlu dibayar.

Dengan mengambil kira kesemua masalah ini, pemaju hartanah Myra berhasrat untuk memudahkan proses pemilikan kediaman khususnya bagi pembeli rumah pertama dengan menjanjikan kemudahan mendapatkan maklumat lengkap serta menyempurnakan pengalaman pembelian rumah.

Visual pandangan udara di Myra Saujana Fasa 2
Visual pandangan udara di Myra Saujana Fasa 2

Myra berhasrat untuk memenuhi rasa ingin tahu dan memudahkan pemilikan rumah menerusi platform komunikasi yang disediakan secara jujur dan telus. Antaranya termasuklah pendidikan terbuka menerusi beberapa inisiatif seperti pelan 4 langkah Myra yang menjanjikan ketenangan para pembeli.

Langkah Pertama: Semua Informasi Akan Dimaklumkan

Myra mempertimbangkan gaya hidup pembeli rumah, keperluan mereka dan juga motivasi terhadap keinginan mereka untuk memiliki sebuah rumah. Myra perlu mengetahui pilihan jenis kejiranan, ciri-ciri kediaman yang diinginkan dan juga kemampuan pembeli.

Langkah Kedua: Mendapatkan Sokongan Bank

Myra membantu pembeli memperoleh dana dan dokumen agar permohonan pinjaman dapat diluluskan oleh pihak bank. Pasukan di Myra akan membantu pembeli melalui proses permohonan pembiayaan di setiap langkah bagi memastikan kejayaan bagi mendapatkan kelulusan pinjaman daripada pihak bank adalah lebih tinggi.

Langkah Ketiga: Soal Undang-Undang dan Penantian

Pinjaman pembiayaan sudah diluluskan? Myra akan tampil memberi lebih banyak nasihat mengenai kos-kos tersembunyi berkaitan sebuah rumah. Selain daripada bayaran pendahuluan yang tinggi, bakal pembeli rumah perlu mengambil kira kos awal seperti yuran guaman, duti setem, penilaian dan perbezaan nilai. Myra kemudiannya menghantar notifikasi dan makluman semasa secara kerap mengenai perkembangan projek pembinaan kediaman sepanjang tempoh penantian.

Langkah Keempat: Hari Penerimaan Kunci

Akhirnya, cuma selangkah lagi untuk pembeli menerima kunci rumah baharu mereka. Myra berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mendapatkan sebuah kediaman yang lengkap untuk diiktiraf, selari dengan keperluan yang disyaratkan. Selepas selesai berpindah masuk, Myra mengambil inisiatif meraikan setiap momen penting dalam kehidupan pembeli rumah, baik sambutan hari jadi pembeli, mahupuan hari ulang tahun kepemilikan rumah Myra.

Myra bukan sekadar membina kediaman tetapi juga hubungan yang bermakna dengan pembeli rumah meskipun selepas proses serahan kunci. Pasukan berdedikasi di Myra menyokong kehidupan secara menyeluruh dan optimal dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun untuk menguatkan silaturahim komuniti dalam zaman yang serba moden. Pemilik-pemilik kediaman Myra sudah semestinya boleh menjangkakan jalinan persahabatan jangka panjang dalam kehidupan komuniti yang ideal. Secara kesimpulannya, apa yang membuatkan kediaman Myra luar biasa adalah kerana komuniti keluarganya yang menghidupkan suasana.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2762533-1?lang=0

Source: Myra
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services