HANGZHOU, China, 28 Mac 2020 /PRNewswire/ --Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, mengumumkan penawaran kawalan akses dan masa hadir baharunya, Terminal Pengecaman Wajah MinMoe, menjanjikan era kawalan akses pengecaman wajah yang baharu bakal muncul.
Bagi memenuhi pelbagai senario dunia sebenar dan keperluan pelanggan, barisan Terminal Pengecaman Wajah MinMoe membawakan empat siri keseluruhan: Siri Nilai, Siri Pro, Siri Ultra dan Modul Pengecaman Wajah untuk Turnstile. Dengan fungsi berkuasa dan harga kompetitif, produk Siri Nilai (DS-K1T341A/DS-K1T331) telah direka bentuk dengan unik untuk senario PKS, seperti pejabat dan kedai runcit.
"Kami dapat melihat kelebihan besar dalam pengalaman 'tanpa sentuh' yang disediakan oleh pengecaman wajah. Dengan teknologi pembelajaran mendalam yang canggih dan fungsi praktikal yang pelbagai, kami berharap agar Terminal Pengecaman Wajah MinMoe dapat memberi lebih keselamatan dan kecekapan kepada pelanggan bersaiz kecil dan sederhana kami, lalu menjadikan kawalan akses dan masa hadir lebih mudah," kata Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa di Hikvision.
Pengecaman pantas, tepat, walau dalam gelap
Terminal Pengecaman Wajah MinMoe Hikvision dikuasakan oleh algoritma pembelajaran mendalam, yang meningkatkan ketepatan pengecaman wajah sehingga lebih 99% dan turut meningkatkan kelajuan penentusahan kepada kurang daripada 0.2 saat. Kadar penentusahan dan ketepatan yang dipertingkat dapat menjamin pengalaman "tanpa-sentuh" yang menyenangkan buat pengguna – penambahbaikan yang besar berbanding meleret kad ID atau imbasan cap jari.
Selain itu, Terminal Pengecaman Wajah MinMoe menunjukkan prestasi yang bagus dalam persekitaran rendah cahaya, malah tanpa cahaya.
Keselamatan lebih baik dengan anti-perdayaan wajah
Dilengkapi dengan dua kanta – kanta cahaya nampak dan kanta inframerah – Terminal Pengecaman Wajah MinMoe hanya akan memberi akses apabila kedua-dua kanta mengesan individu yang sama, serta dapat menentukan sama ada wajahnya adalah muka sebenar, bukan imej. Teknologi anti-perdayaan ini menjadikan pengurusan kawalan akses lebih selamat dan dapat mencegah kebanyakan penipuan kehadiran.
Berbilang pautan dan pilihan integrasi pihak ketiga
Berserta pautan pintu, Terminal Pengecaman Wajah MinMoe dapat disambungkan dengan NVR untuk perakaman dan penyimpanan data. Ia juga dapat dihubungkan dengan kamera rangkaian bagi membolehkan perakaman video yang jelas terhadap tempat kejadian apabila sebarang peristiwa yang dipratetap dicetuskan. Sementara itu, produk MinMoe menyediakan banyak pilihan integrasi pihak ketiga untuk keserasian yang ekstensif, lalu membolehkan sambungan yang pantas dan berkesan kos dibuat antara Terminal Pengecaman Wajah MinMoe dan sistem kawalan pintu serta kehadiran sedia ada pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Terminal Pengecaman Wajah MinMoe Hikvision, kunjungi di sini.
# # #
Latar Belakang Hikvision
Hikvision ialah penyedia produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2760799-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2760799-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2760799-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2760799-1-d?lang=0