omniture

Huawei Perkenal Pelayan dengan Pemproses Cascade Lake Refresh Intel

Huawei
2020-03-28 09:22 736

SHENZHEN, China, 28 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Intel telah melancarkan pemproses Cascade Lake Refresh, ahli baharu daripada rangkaian pemproses Cascade Lake, yang memberi prestasi 36% lebih tinggi berbanding pendahulunya.

Intel Cascade Lake Refresh processor
Intel Cascade Lake Refresh processor

Sebagai satu petunjuk keakraban antara Huawei dan Intel, Huawei menyesuaikan pelayan siri FusionServer Pro kepada pemproses Cascade Lake Refresh pada Februari lalu. Huawei setakat ini telah menyelesaikan ujian penyesuaian dan melancarkan pelbagai jenis produk arus perdana termasuk pelayan rak 1288H V5, 2288H V5, 2298 V5 dan 5288 V5, pelayan berkepadatan tinggi X6000 V5 dan pelayan bilah E9000.

1288H V5 dan 2288H V5 FusionServer Pro ialah pelayan rak sejagat Huawei biasa dan kedua-duanya mempunyai prestasi yang mantap, konfigurasi fleksibel, penjimatan tenaga yang pintar dan pengurusan pintar. 2288H V5 FusionServer Pro ialah pelayan rak 2-soket 2U yang boleh digunakan untuk pelbagai senario, termasuk virtualisasi pengkomputeran awan, pangkalan data dan data raya. Ia boleh dikonfigurasikan dengan 24 slot DDR4 DIMM dan 10 slot peluasan PCIe dan menyokong 28 NVMe SSD, 20 pemacu 3.5-inci, atau 31 pemacu 2.5-inci untuk storan setempat. Di samping itu, ia mengintegrasikan teknologi proprietari, seperti Teknologi Pengurusan Tenaga Dinamik (DEMT) dan Diagnosis & Pengurusan Kegagalan (FDM) bagi mengurangkan perbelanjaan operasi (OPEX) dan meningkatkan pulangan pelaburan (ROI).

Huawei FusionServer Pro 2288H V5
Huawei FusionServer Pro 2288H V5

2298 V5 FusionServer Pro ialah pelayan rak storan 2-soket 2U yang menerima pakai seni bina storan hibrid untuk storan data bertingkat. Ia menyokong 24 pemacu 3.5-inci dan 4 NVMe SDD, memenuhi keperluan seperti pengaturan bertingkat untuk data panas, hangat dan sejuk serta pengarkiban data terdahulu. Lantaran reka bentuknya yang cekap, 2298 V5 dapat menyerlahkan prestasi pengkomputeran yang hebat dengan peluasan fleksibel dan storan setempat ultra besar pada kos storan data yang lebih rendah. 

Huawei FusionServer Pro 2298 V5
Huawei FusionServer Pro 2298 V5

Sebagai rakan kongsi strategik global Intel, Huawei telah berpegang kepada pendekatan bertumpu pelanggan dan memberi komitmen yang teguh kepada transformasi digital perusahaan demi kejayaan pelanggan. Pusat data yang lebih pintar merupakan kunci bagi memenuhi komitmen ini. Huawei berkolaborasi dengan Intel untuk menyediakan produk dan penyelesaian yang berprestasi tinggi, cekap tenaga, selamat dan andal.

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyaknya dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 194,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara serta wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.huawei.com atau:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760552-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760552-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760552-1-c?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services