omniture

Komuniti Khidmat Kewangan Labuan IBFC Bersatu Padu Sumbang kepada Usaha Bantuan untuk Perangi COVID-19

Labuan IBFC
2020-03-30 09:25 543

LABUAN, Malaysia, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan, komuniti perkhidmatan kewangan dan pengantaraan Labuan IBFC telah berganding bahu untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam usaha bantuan melalui pengumpulan sumber.

Komuniti Khidmat Kewangan Labuan IBFC Bersatu Padu Sumbang kepada Usaha Bantuan untuk Perangi COVID-19
Komuniti Khidmat Kewangan Labuan IBFC Bersatu Padu Sumbang kepada Usaha Bantuan untuk Perangi COVID-19

 

Kumpulan Silang Industri Labuan IBFC ini merangkumi semua persatuan industri yang mewakili entiti-entiti berlesen dalam bidang kuasa yang membawa kepada pembentukan dana pengumpulan, yang memberi tumpuan untuk menyediakan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang kurang bernasib baik di Labuan.

Kumpulan Silang Industri ini terdiri daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan, Persatuan Insurans Antarabangsa Labuan, Persatuan Bank-bank Labuan, Persatuan Syarikat-syarikat Amanah Labuan, Kumpulan Perbankan Pelaburan Labuan dan Persatuan Teknologi Kewangan Labuan.

Komuniti Labuan IBFC sangat khuatir akan peningkatan skala pandemik COVID-19 serta kesan sosial dan ekonominya, khususnya ke atas pulau Labuan. Pengumpulan sumber ini khususnya akan membiayai pembelian dan pengagihan peralatan perlindungan diri untuk kakitangan hospital, penyedia rawatan kesihatan dan kakitangan perkhidmatan barisan hadapan yang lain di pulau ini.

Bantuan, dalam bentuk keperluan isi rumah, akan turut disediakan kepada penduduk dalam kumpulan pendapatan B40 dan pekerja gaji harian yang terkesan oleh situasi ini, selain sekolah dan juga perniagaan kecil-kecilan.

Usaha yang disebutkan di atas merupakan bukti komitmen dan empati komuniti Labuan IBFC terhadap penduduk di pulau Labuan, dengan menyediakan apa sahaja bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan kesusahan dalam situasi semasa ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Labuan IBFC, sila rujuk www.labuanibfc.com.

Latar Belakang Labuan IBFC

Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Tengah Pantai Asia Pasifik

Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), Malaysia, melalui rangka kerja menurut undang-undang kami diiktiraf di peringkat antarabangsa lagi mesra perniagaan, ialah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa pilihan di Asia. Ditubuhkan pada tahun 1990, Labuan IBFC dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Pengawal Selia berkanun di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, Malaysia.

Sebagai bidang kuasa tengah pantai (midshore), kami menawarkan pelabur dan perniagaan global dengan manfaat-manfaat berada dalam bidang kuasa yang dikawal dan diselia dengan baik, yang mematuhi piawaian pematuhan antarabangsa dalam ketelusan cukai. Kami turut menyediakan keneutralan dan kepastian fiskal dalam persekitaran operasi neutral mata wang. Labuan IBFC, terletak di tengah-tengah Asia, mempunyai persekitaran pemungkin yang cekap kos lalu menjadikannya lokasi yang ideal untuk penciptaan bahan untuk perniagaan global yang ingin menembusi Asia mahupun entiti-entiti Asia yang berhasrat untuk berkembang ke peringkat global.

Menawarkan pelbagai jenis struktur perniagaan dan penyelesaian pelaburan yang disediakan untuk transaksi rentas sempadan dan urusan perniagaan antarabangsa termasuk penyelesaian berkaitan teknologi kewangan. Kami turut menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian dalam bidang-bidang khusus seperti pengurusan risiko, perdagangan komoditi, insurans semula, pengurusan kekayaan, syarikat perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan Islam. Beroperasi dengan peruntukan undang-undang, panduan dan nota amalan yang jelas dan komprehensif, dikuatkuasakan oleh pengawal selia tunggal, Labuan FSA, Labuan IBFC menyediakan bidang kuasa yang ideal baik untuk syarikat korporat mahupun individu bernilai bersih tinggi dengan pendedahan antarabangsa.

Untuk mengetahui semua perkembangan terkini mengenai Labuan IBFC, ikuti kami di Twitter atau @LabuanIBFC. Secara alternatif, kunjungi www.labuanibfc.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2762453-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2762453-1LOGO?lang=0

Source: Labuan IBFC
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Social Responsibility