omniture

Hortiflorexpo IPM Shanghai 2021 akan mulakan tempahan pada lewat Mac

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2020-03-30 11:00 508

SHANGHAI, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada awal tahun 2020, wabak Penyakit Coronavirus 2019 telah mengejutkan orang ramai dan mengganggu kehidupan semua orang. Dalam keadaan sukar yang berlaku secara tiba-tiba ini, industri bunga turut mengalami kerugian serius dalam kalangan semua industri. Walau bagaimanapun, orang ramai tidak gentar sebaliknya memulakan tindakan bantu diri secara bersama untuk mencari cara bagi meneruskan hidup akibat daripada kegoyahan kewangan. Sebagai contoh, pengendali kedai bunga mencari hala tuju baharu dari segi pembekal dan pasaran dengan menggunakan platform e-dagang, membantu penanam bunga mahupun penjual bunga menempuh krisis tersebut dengan kaedah-kaedah perdagangan yang baharu. Sementara itu, bunga segar dihantar ke hospital yang menghadapi wabak Coronavirus, demi membawa rahmat dan kebahagiaan.

Dengan perusahaan perindustrian yang bersambung semula secara berperingkat-peringkat, bahagian Kastam Cina di banyak tempat juga mengambil langkah-langkah aktif untuk mempercepatkan pemeriksaan import dan eksport benih tumbuhan dan anak benih. Taman-taman perindustrian yang relevan bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk memastikan agar bahan-bahan pencegahan dan kawalan perusahaan disediakan dan menurut premis pencegahan dan kawalan keselamatan, mereka menggalakkan penyambungan pengeluaran dan bersama-sama membantu industri bunga untuk menyambung semula kapasiti pengeluaran. Walaupun banyak pameran telah dibatalkan pada tahun 2019, kami mempunyai harapan bahawa kami akan dapat mengatasi pandemik ini dan kesukaran yang dibawa olehnya.

Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-23 akan dilancarkan mulai 15 hingga 17 April 2021 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (Dewan W2-W5) sebagaimana yang dijadualkan. Sebagai pameran berprestij di Asia antara industri-industri bunga, hortikultur dan perkebunan, Hortiflorexpo IPM Shanghai telah melalui proses pembangunan selama lebih 22 tahun. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Bunga China, diurus oleh Shanghai Intex Exhibition Co Ltd and China Great Wall International Exhibition Co Ltd secara berselang seli di Shanghai dan Beijing pada setiap bulan April atau Mei.

Acara Shanghai 2019 telah menerima 52362 pengunjung di lapangan, menghimpunkan hampir 900 pempamer dari 30 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia.

Hortiflorexpo IPM Shanghai 2021 akan memecahbahagikan lagi kategori-kategori pameran, meningkatkan pengalaman dan interaksi di lapangan, menggabungkan semua aspek bunga, hortikultur, perkebunan dan gaya hidup, serta memberi kemungkinan perniagaan antarabangsa dan domestik serta kerjasama perdagangan untuk pempamer.

Tempahan reruai 2021 akan bermula pada akhir Mac 2020. Untuk berita yang dikemas kini mengenai Hortiflorexpo IPM Shanghai, sila langgan Akaun Wechat rasmi "hfexpo" atau dengan mengunjungi www.hfexpo.org.

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
www.hfexpo.org 
Hubungi: Xinyi Dong/Angela Wan
Tel: +86-21-62957551/2075
Emel: dongxinyi@shanghai-intex.com / wanqi@shanghai-intex.com

 

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Retail Trade show news Future Events