omniture

Sumbangan Fapon Cecah 3 Juta Komponen Ujian PCR Seluruh Dunia dan Alu-alukan Lebih Banyak Penyertaan

Fapon Biotech Inc.
2020-03-31 07:19 432

DONGGUAN, China, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Fapon Biotech Inc. (Fapon), sebuah syarikat bahan mentah IVD dan penyelesaian sehenti global yang terkemuka menawarkan produk dan teknologi bagi membolehkan pembangunan dan pengeluaran reagan yang pantas, memulakan sumbangan global untuk memberi sejumlah 3 juta komponen ujian PCR kepada rakan kongsi IVD. Kebanyakan pengeluar reagen PCR di China kini menggunakan produk Fapon untuk pembangunan dan pengeluaran ujian COVID-19. Didorong oleh misi korporat untuk "Meningkatkan Kesihatan dan Pembangunan Insan", syarikat ini berdedikasi untuk membantu lebih ramai rakan kongsi luar negara.

Fapon COVID-19 Global Donation
Fapon COVID-19 Global Donation

"Fapon telah menunjukkan kuasa diagnostik yang tiada tandingan dalam pandemik semasa. Kami mendorong diagnosis COVID-19 dengan menyokong industri ini menerusi produk dan sokongan teknikal," ulas Ketua Pegawai Eksekutif Fapon.

"Apabila virus ini melanda China, kami menyumbang demi meringankan beban industri daripada kekurangan bahan mentah reagen, demi memastikan bekalan reagen yang stabil dalam CDC, hospital, ICL dan sebagainya. Ketika rakan IVD global kami menghadapi cabaran yang sama bagi mencipta ujian untuk COVID-19, kami akan terus melakukan sumbangan dan menyumbang usaha terhadap perjuangan mereka."

Fapon merupakan penggerak balas awal yang menyertai perjuangan COVID-19 di China. Apabila wabak tersebut melanda pada awal cuti Tahun Baharu China, Fapon membina Pasukan Tindak Balas Pantas Kecemasan dalam masa 24 jam bagi menyediakan penyelesaian CPR kepada lebih 180 rakan industri. Bagi meningkatkan penyertaan segera daripada rakan kongsi IVD, di samping penyaringan dan diagnosis COVID-19, Fapon menawarkan 2 juta produk percuma dalam tempahan jualan domestik.

Fapon telah berkongsi berita COVID-19 dengan rakan kongsi luar negara sejak bulan Januari, membuka laluan untuk konsensus pantas dalam pembangunan cerakinan COVID-19. Pada bulan Mac, Fapon memperluaskan sumbangan ke skala global. Rakan kongsi luar negara telah mendaftar permohonan bagi mendapatkan bantuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran reagen COVID-19. Selain itu, pekerja Fapon telah bekerja sepanjang masa untuk menyediakan bekalan yang mampan kepada industri IVD global. Fapon komited terhadap usaha yang tidak henti-henti dalam perjuangan menentang COVID-19 dan menyeru lebih banyak penyertaan daripada rakan-rakan kongsi IVD untuk sumbangan tersebut.

Latar Belakang Fapon 

Fapon ialah sebuah syarikat bahan mentah IVD & penyelesaian sehenti terkemuka global yang ditubuhkan pada tahun 2001. Fapon mempunyai lebih 700 bahan mentah reagen disediakan untuk aplikasi Ujian Pantas, Diagnostik Molekul, ELISA, CLIA, CMIA dan Biokimia. Menerusi penyelesaian untuk POCT, CLIA, Immunoturbidimetry, Fapon dapat memenuhi keperluan pelanggan dalam senario aplikasi yang berbeza.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200330/2762640-1?lang=0

Source: Fapon Biotech Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Social Responsibility