omniture

Program Pampasan Baharu Bantu Pembeli Tangani Sisa Elektronik Toksik

TCO Development
2020-03-31 15:00 309

STOCKHOLM, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Beribu-ribu tan sisa elektronik yang toksik dibuang secara haram di kawasan-kawasan yang mudah terjejas setiap tahun. Penambahan baharu kepada TCO Certified Edge akan membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Dengan memilih untuk membeli produk-produk IT yang diperakui, pembeli boleh memastikan bahawa jumlah sisa elektronik yang sama banyak dikumpul dan dikitar semula dengan cara yang selamat.

New compensation program helps purchasers combat toxic e-waste. Photo credit: Closing the Loop
New compensation program helps purchasers combat toxic e-waste. Photo credit: Closing the Loop

Sisa elektronik merupakan masalah kesihatan manusia dan alam sekitar yang amat besar. Apabila masalah ini tidak dikendalikan dengan cara yang bertanggungjawab, bahan-bahan berbahaya boleh dilepaskan ke dalam alam sekitar dan berpotensi untuk berakhir dalam makanan yang kita makan dan air yang kita minum.

TCO Development, organisasi di sebalik pensijilan kemampanan global TCO Certified, kini memberi peluang kepada organisasi-organisasi pembelian untuk bertanggungjawab terhadap sisa elektronik yang dihasilkan oleh mereka. Apabila mereka membeli produk IT yang diperakui mengikut kriteria TCO Certified Edge, E-waste Compensated, jumlah sisa elektronik yang sama banyak dikumpul dalam sebuah negara yang kekurangan sistem kitar semula yang selamat. Alam sekitar dilindungi daripada bahan berbahaya, dan lantaran keperluan sosial, peluang pekerjaan yang saksama dapat dicipta di seluruh dunia. Sisa elektronik yang terkumpul kemudian dihantar ke kilang kitar semula yang mematuhi kriteria alam sekitar yang ketat. 

"Melalui TCO Certified Edge, E-waste Compensated, kami ingin memberikan pembeli dan industri IT dengan alat yang berkuasa bagi memerangi sisa elektronik," kata Andreas Rehn, Pengarah Pembangunan, di TCO Development.

Closing the Loop, penyedia perkhidmatan kitaran, ialah pengumpul pertama yang diluluskan dengan rangka kerja TCO Certified Edge, E-waste Compensated.

"Sisa elektronik sering dilihat sebagai satu masalah, namun ia turut membawa peluang untuk perolehan mesra alam. Mengalihkan sisa elektronik ke tempat ia boleh dikitar semula dengan cara yang bertanggungjawab, boleh memberi peluang kedua kepada sumber berharga tersebut, lalu memastikan ia berada dalam gelung ekonomi kitaran," kata Joost de Kluijver, pengasas Closing the Loop.

TCO Certified Edge ialah pensijilan tambahan untuk TCO Certified. Kriteria baharu E-waste Compensated dilancarkan pada 31 Mac. Mulai dari tarikh ini, organisasi-organisasi boleh menggunakan kriteria tersebut dalam perolehan IT mereka.

TCO Certified Edge, E-waste Compensated 

Latar Belakang TCO Certified

TCO Certified ialah pensijilan kemampanan yang terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami diwujudkan untuk mendorong tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam seluruh kitaran hayat produk. Meliputi 11 kategori produk termasuk komputer, peranti mudah alih, produk paparan dan produk pusat data, pematuhan ditentusahkan secara bebas, baik sebelum pensijilan mahupun selepas pensijilan.

Hubungi 
Cassandra Julin 
+46 702 866 861   
press@tcodevelopment.com   
Press Room

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1135810/TCO_Development.jpg

 

Source: TCO Development
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling