omniture

Syarikat Baharu Telekesihatan beribu pejabat di Singapura Doctor Anywhere Tutup Pusingan Pembiayaan Siri B US$27 Juta Dipimpin oleh Square Peg, EDBI dan IHH Healthcare

Doctor Anywhere
2020-04-01 07:52 373

SINGAPURA, April 1 2020 /PRNewswire/ -- Doctor Anywhere, sebuah syarikat penjagaan kesihatan diterajui teknologi serantau yang beribu pejabat di Singapura, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pusingan pembiayaan Siri B US$27 juta yang dipimpin oleh Square Peg -- dana modal usaha niaga yang terbesar di Australia, cabang pelaburan Kerajaan Singapura -- EDBI dan IHH Healthcare, penyedia penjagaan kesihatan antarabangsa yang terkemuka. Turut melengkapkan siri pendanaan ini ialah Pavilion Capital dan pemegang saham sedia ada Kamet Capital, menjadikan jumlah modal asas Doctor Anywhere melebihi US$40 juta.

Ini menjadikannya sebagai salah satu pembiayaan terbesar yang dikumpul oleh syarikat baharu teknologi kesihatan Singapura dalam masa kurang daripada dua tahun. Pelaburan terkini ini akan mengukuhkan kedudukan kepimpinan pasaran Doctor Anywhere dalam industri teknologi kesihatan di Asia, tatkala ia bersiap sedia untuk pengembangan yang meluas bagi menambah landskap penjagaan kesihatan wilayah ini melalui transformasi digital, dengan sokongan daripada rakan-rakan kongsi tempatan dan serantau yang mantap.

Lim Wai Mun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Doctor Anywhere, berkata: "Saya berasa teruja untuk mengumumkan perkongsian kami bersama kumpulan pelabur institusi yang luar biasa ini, terutamanya pada ketika cabaran penjagaan kesihatan global menjadi keutamaan dalam banyak negara."

"Misi kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkesan kos dan boleh diakses oleh semua orang dan saya bersyukur kerana rakan-rakan kongsi kami mempunyai wawasan yang sama untuk mengubah industri penjagaan kesihatan yang secara tradisinya bersifat konservatif. Menerusi pengaruh penting dan pandangan industri yang bijak daripada rakan-rakan kongsi, kami menjadi platform kesihatan dan kesejahteraan diterajui teknologi yang terkemuka di Asia dengan pantas."

Baru-baru ini juga Doctor Anywhere melancarkan platformnya di Thailand, menerusi perkongsian dengan salah sebuah hospital swasta yang paling kukuh di Thailand dan penyedia insurans korporat global yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 95 juta pelanggan di seluruh dunia. Doctor Anywhere turut beroperasi di bandar-bandar utama Vietnam iaitu Hanoi dan Bandar Raya Ho Chi Minh, dengan pengumuman mengenai rancangan serantau lain yang sedang dalam perancangan dijangka lewat tahun ini.

Tushar Roy, Rakan Kongsi, Square Peg, berkata: "Ini merupakan satu keistimewaan dapat bekerjasama dengan Wai Mun dan pasukan Doctor Anywhere. Peruntukan penjagaan yang berkualiti tinggi dan berpatutan yang disediakan secara digital, adalah penting untuk pembangunan berterusan ekonomi Asia Tenggara. Meskipun penembusan telefon pintar yang tinggi dan kelas pertengahan yang semakin meningkat dapat menyediakan pasaran yang menarik untuk syarikat, penyelesaiannya juga amat boleh digunakan untuk membantu merapatkan jurang bandar dan luar bandar dari segi akses penjagaan kesihatan yang terdapat di seluruh rantau ini."

Chu Swee Yeok, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, EDBI, berkata: "Sebagai salah satu pengusaha kesihatan digital yang terawal di Singapura, Doctor Anywhere memberi yang terbaik dari segi penjagaan maya dan peribadi, membawakan pilihan, pemperibadian dan hasil penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit. Sebagai sebuah syarikat tempatan, Doctor Anywhere aktif menyokong perjuangan negara kami dalam memerangi COVID-19, dengan menggunakan platform teleperubatannya di pusat pemeriksaan kastam terminal feri dan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada individu-individu yang dikuarantin di rumah. EDBI berusaha untuk meningkatkan perjalanan Doctor Anywhere tatkala ia terus memperjuangkan penerimaan teleperubatan bagi membawakan ciri kebolehcapaian dan kemampuan penjagaan kesihatan kepada semua pesakit di Asia Tenggara."

Dr Kelvin Loh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare, berkata, "IHH mengubah penjagaan kesihatan untuk menjadikannya semudah mungkin buat pesakit kami. Sebagai sebahagian daripada perjalanan ini, IHH amat gembira dapat bekerjasama dengan Doctor Anywhere. Platform digital hujung-ke-hujung mereka membolehkan pesakit untuk menetapkan jadual dan menerima perundingan maya bersama doktor pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Ubat-ubatan yang dipreskripsikan juga boleh dihantar terus ke rumah mereka. Perkongsian ini bersinergi serta merta di Singapura yang merupakan salah satu pasaran asal IHH."

Danny Wong, Pavilion Capital, berkata: "Kami berasa gembira dapat menyokong Doctor Anywhere. Dengan wawasan yang menarik perhatian dan keupayaan platform yang komprehensif, Doctor Anywhere membina rangkaian telekesihatan serantau yang terkemuka bagi meningkatkan akses penjagaan kesihatan di Asia Tenggara."

Kerry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Kamet Capital, berkata: "Sejak dari peringkat awal, Kamet Capital berkongsi visi Doctor Anywhere untuk menjadikan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi boleh diakses dan berkesan kos untuk semua orang dengan bantuan teknologi. Kami berasa gembira dapat meneruskan perkongsian kami bagi memberi bimbingan dan nasihat perniagaan kepada Doctor Anywhere, selaras dengan komitmen kami untuk mewujudkan dan mengembangkan juara-juara tempatan - khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan dan teknologi."

Latar Belakang Doctor Anywhere 

Doctor Anywhere ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan diterajui teknologi serantau yang beribu pejabat di Singapura. Menerusi jaringan kukuh dengan penyedia penjagaan kesihatan yang mantap dan doktor yang berpengalaman, platform digital Doctor Anywhere membolehkan pengguna untuk mengurus kesihatan mereka dengan mudah dan berkesan melalui aplikasi mudah alih Doctor Anywhere. Pengguna boleh berunding dengan doktor tempatan yang berlesen pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ubat-ubatan dihantar ke depan pintu rumah mereka dalam masa beberapa jam. Sejarah perubatan, laporan kesihatan dan dokumen-dokumen lain disimpan dalam aplikasi untuk akses mudah. Doctor Anywhere kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu juta pengguna dan semakin bertambah melalui platform dalam talian dan luar taliannya.

Turut melengkapkan ekosistem ini ialah DA Marketplace. Pengguna boleh membeli belah pelbagai jenis produk dan perkhidmatan kesihatan serta kesejahteraan seperti pemakanan tambahan, produk penjagaan kulit, sesi terapi fizikal, malah menempah perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah – semuanya di satu tempat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://doctoranywhere.com

Latar Belakang Square Peg 

Square Peg ialah sebuah firma modal usaha niaga dengan misi untuk memperkasa pengasas yang luar biasa. Ia melabur dalam syarikat-syarikat teknologi di seluruh Australia, Israel dan Asia Tenggara di peringkat Siri A dan B. Square Peg melabur daripada dana tahun 2018 sebanyak US$230 juta dan mengurus lebih US$0.8 bilion komitmen modal.

Latar Belakang EDBI 

Melabur sejak tahun 1991, EDBI ialah pelabur global yang berpangkalan di Singapura dalam sektor-sektor teknologi pertumbuhan tinggi terpilih bermula daripada Penjagaan Kesihatan (HC), Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Teknologi Baru Muncul (ET) dan industri-industri strategik yang lain. Sebagai pelabur pencipta nilai, EDBI membantu syarikat-syarikat mencapai matlamat bercita-cita tinggi mereka dengan memanfaatkan rangkaian, sumber dan kepakaran luas kami. Menerusi modal pertumbuhan kami, EDBI menyokong syarikat-syarikat yang ingin berkembang di Asia dan seluruh dunia melalui Singapura.

Latar Belakang IHH Healthcare 

IHH Healthcare ialah penyedia penjagaan kesihatan antarabangsa terkemuka dalam pasaran-pasaran yang mana permintaan terhadap penjagaan yang berkualiti adalah mantap dan semakin berkembang. Kami merupakan salah satu kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran dan disenaraikan pada Papan Utama Bursa Malaysia dan Papan Utama SGX-ST.

Menggaji lebih daripada 55,000 orang dan mengendalikan lebih 15,000 katil berlesen merentas 77 hospital di 10 negara seluruh dunia, Kumpulan ini menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu daripada klinik kepada hospital serta penjagaan kuarterner dan pelbagai jenis perkhidmatan sampingan.

IHH ialah pengusaha yang terkemuka dalam pasaran asalnya iaitu Malaysia, Singapura, Turki dan India, serta pasaran-pasaran pertumbuhan utama Tanah Besar China dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ihhhealthcare.com.

Latar Belakang Pavilion Capital 

Pavilion Capital ialah sebuah firma pelaburan berpangkalan di Singapura yang memberi tumpuan pada pelaburan ekuiti persendirian di Asia Utara dan Asia Tenggara.

Latar Belakang Kamet Capital 

Kamet Capital ialah pejabat keluarga profesional yang mengurus aktiviti dan pelaburan persendirian melibatkan kumpulan keluarga jutawan kecil dan semakin berkembang. Kami merupakan golongan dalam bagi pengasas dan usahawan ekonomi baharu yang mengamanahkan Kamet Capital untuk mengurus dan memberi nasihat berhubung sebahagian besar daripada kekayaan persendirian mereka. Kami membantu keluarga merancang dan menstruktur aset persendirian mereka, menyediakan sokongan pentadbiran dalaman, melabur di peringkat global dan berkembang maju dalam usaha bersifat dermawan mereka. Kamet Capital dimulakan pada tahun 2017 dan dikawal selia sebagai pemegang Lesen Pasaran Modal oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Source: Doctor Anywhere
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Telecommunications Financing agreements