omniture

IMA(R) Lancar Data Analytics & Visualization Fundamentals Certificate(TM) Baharu

Institute of Management Accountants (IMA)
2020-04-01 09:02 411

SINGAPURA, April 1, 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan akauntan dan golongan profesional kewangan dalam perniagaan, telah mengumumkan kursus IMA Data Analytics & Visualization Fundamentals Certificate™ baharu, sebagai sebahagian daripada kempen berterusan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kepakaran dalam analitik data menjadi set kemahiran teras baharu akauntan pengurusan.

Kursus ini membolehkan golongan profesional dan pelajar untuk belajar daripada pakar-pakar industri yang berkongsi kemahiran serta perspektif mereka berhubung teknologi baru muncul, analitik data dan visualisasi data. Mereka yang berjaya menyempurnakan kursus ini akan dapat:

  • Mengiktiraf impak teknologi dan analitik ke atas kerjaya perakaunan
  • Menunjukkan bagaimana analitik data dapat mempengaruhi strategi organisasi
  • Mengenal pasti cara visualisasi data membolehkan keputusan perniagaan yang sesuai dibuat secara mantap

"Pengetahuan asas dan alatan yang disediakan oleh kursus ini adalah amat penting kepada golongan profesional kewangan dan akan melengkapi mereka dengan lebih baik dalam persekitaran yang mana teknologi terus mengalami perubahan dan mengubah seluruh industri," kata Debbie Warner, CAE, CPLP, Naib Presiden, Pendidikan dan Perkhidmatan Kerjaya di IMA.

Empat modul kursus ini akan membawa pelajar beralih daripada memahami kesan teknologi dan analitik ke atas proses perniagaan kepada keupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran dalam kerjaya mereka. Modul-modul ini termasuk:

  1. Menjadi Dipacu Data: Memperkenalkan perubahan yang memberi kesan ke atas kerjaya perakaunan dan kewangan lantaran teknologi baru muncul
  2. Menggambarkan Masa Kini dan Meramalkan Masa Depan: Membincangkan pelbagai alat visualisasi data dan kepentingan memilih visualisasi yang betul mengikut audiens seseorang
  3. Mengaplikasikan Analitik Data dan Visualisasi: Menyediakan tutorial berasaskan video untuk melakukan analitik yang diperlukan dan kemudiannya, pelajar diminta untuk mengaplikasikan teknik ini untuk menjawab latihan yang mendalam dan berasaskan senario berhubung analitik data dan visualisasi data.
  4. Kesimpulan dan Penilaian Akhir: Mengkaji semula semua pengajaran yang dipelajari dan diakhiri dalam penilaian akhir

Dengan keputusan perniagaan yang paling penting semakin didorong oleh data, Data Analytics & Visualization Fundamentals Certificate IMA merupakan satu laluan untuk memperoleh kemahiran analitik data dan memperlihatkan kecekapan atas-permintaan kepada majikan.

IMA menawarkan kursus sijil baharu ini kepada ahli-ahlinya secara percuma sehingga 30 April. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini, sila klik di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah sebuah persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

HUBUNGI:
Sunantha Huang
IMA Asia Tenggara dan Australasia
(65) 6493 3113
Sunantha.huang@imanet.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics