omniture

SKYWORTH pimpin dekad AIoT baharu dengan promosi Festival Televisyen Global SKYWORTH 2020

SKYWORTH TV
2020-04-01 10:00 518

SHENZHEN, China, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka dan pelopor bagi AIoT skrin besar, mengumumkan kembalinya Festival Televisyen Global SKYWORTH 2020 hari ini. Bagi mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas sokongan berterusan mereka dan bagi menyambut Ulang Tahun ke-32 SKYWORTH pada 8 April 2020, jenama ini memperkenalkan Festival Televisyen Global dalam pelbagai pasaran. Semasa berlangsungnya Festival ini, pengguna boleh menikmati tawaran istimewa yang eksklusif dengan pembelian set televisyen SKYWORTH yang tertentu.

Festival Televisyen Global SKYWORTH 2020
Festival Televisyen Global SKYWORTH 2020

Festival Televisyen Global SKYWORTH tahun lalu popular dalam kalangan pengguna global dan membawa kepada bilangan jualan yang mengagumkan. Dalam sejam setengah yang pertama, lebih 60,000 peranti telah dijual; purata harga model yang dijual meningkat 20% berbanding tahun sebelumnya. SKYWORTH akan terus mempromosikan kecemerlangan teknikalnya tahun ini, menawarkan pelbagai faedah istimewa kepada pengguna yang membeli TV seperti hadiah, diskaun dan cabutan bertuah, yang berbeza antara pasaran dan disediakan secara dalam kedai dan pada platform jualan dalam talian SKYWORTH. Contoh-contoh hadiah terpilih termasuk pembesar suara tersuai SKYWORTH, pembersih udara boleh pakai dan peranti pintar yang lain.

Bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap skrin besar yang berkualiti tinggi, Festival Televisyen akan memperkenalkan TV 50"+ kepada pengguna yang memberikan pengalaman "lebih besar" apabila menonton sukan, filem, drama dan pelbagai kandungan dalam talian yang lain. Set TV yang dipromosikan di Festival ini termasuk UB7500 – mula dilancarkan di Filipina bagi meraikan penajaan SKYWORTH di Sukan Asia Tenggara 2019 dan kemudiannya dilancarkan di Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Thailand; dan juga UB5500, UB5100 serta TB7000 dengan kemajuan AIoT yang mengaplikasikan versi terkini TV Android dan juga serasi dengan Amazon Alexa. TV pintar ini menyediakan pengalaman visual yang indah dengan sokongan teknologi daripada Google Assistant.

Tarikh pelancaran dan terma promosi berbeza merentas pasaran. Sila rujuk laman sesawang kami untuk maklumat lanjut. Unutk maklumat mengenai promosi, kunjungi http://www.skyworthoverseas.com, atau https://www.facebook.com/SkyworthGlobal/

Latar Belakang SKYWORTH 

SKYWORTH GROUP LIMITED (HKG: 00751) ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi yang canggih lagi unik dan mampu milik. Syarikat ini bernilai lebih US$ 19 bilion dan menggaji lebih 40,000 orang di seluruh dunia (sehingga 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, "Lembah Silikon" China, SKYWORTH menawarkan barangan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak set atas digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, Syarikat ini kini merupakan salah satu daripada Lima Jenama TV Warna Terkemuka di dunia dan jenama terkemuka dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan penyedia global Tiga Terbaik bagi platform TV Android. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.skyworthoverseas.com 

Hubungan Media

SKYWORTH
Lydia Xie
Telefon: +86 185 2036 0310 
Emel: xielidi@skyworth.com  

BCW for SKYWORTH 

Belyndia Wang

Telefon: +852 2963 6787

Emel: skyworth@bcw-global.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200326/2761644-1?lang=0

Source: SKYWORTH TV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics