omniture

GAC MOTOR Tangani Epidemik COVID-19 dengan Langkah Pencegahan, Perlindungan, dan Bantuan

GAC MOTOR
2020-04-02 07:50 638

GUANGZHOU, China, 2 April 2020 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi cetusan wabak COVID-19, GAC MOTOR memperkenalkan pelbagai langkah pencegahan bagi melindungi para pelanggan dan kakitangannya, sambil bekerjasama dengan rakan kongsi serantau untuk menyumbang kepada usaha sedunia untuk memerangi wabak ini. Selepas mengatasi pelbagai cabaran, GAC MOTOR kini telah kembali beroperasi semula dan berusaha untuk memastikan rantaian penghasilan dan bekalannya tidak terjejas. Walaupun dengan serangan wabak ini, syarikat masih mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 114% berbanding tempoh yang sama tahun lepas bagi suku pertama tahun 2020.

Berikutan penularan wabak COVID-19, GAC MOTOR memperkenalkan pelbagai langkah untuk melindungi para pelanggan, kakitangan, dan golongan lain dalam komuniti. GAC Group – syarikat induk GAC MOTOR – melancarkan pengeluaran topeng muka dalam kilang-kilangnya, dan proses pembuatannya dimulakan dalam masa kurang daripada dua minggu. Selain itu, GAC Group telah menderma lebih RMB 34.38 juta dalam bentuk wang, kelengkapan perlindungan, serta kenderaan bagi membantu usaha pencegahan dan kuarantin. GAC Group turut menderma bekalan perubatan yang didermakan oleh rakan kongsi luar negara mereka melalui anak syarikat dan pengedar luar negara mereka bagi menyokong kakitangan penjagaan kesihatan di barisan hadapan.

Gambar 1: GAC Group memulakan pengeluaran topeng muka bagi melawan COVID-19.
Gambar 1: GAC Group memulakan pengeluaran topeng muka bagi melawan COVID-19.

GAC MOTOR banyak menerima sokongan dan bantuan daripada para pengedar dan rakan kongsi mereka di Asia Barat, Asia Tenggara, Amerika Selatan, dan Afrika sejak wabak ini mula-mula menular di China. Pengedar luar negara juga telah menderma dan membantu mereka mencari bekalan antiwabak seperti topeng dan pelindung mata.

Gambar 2: GAC MOTOR menyediakan topeng muka kepada rakan kongsi luar negaranya.
Gambar 2: GAC MOTOR menyediakan topeng muka kepada rakan kongsi luar negaranya.

Wabak ini kini sedang merebak dengan lebih luas, oleh itu GAC MOTOR turut bertindak demi keselamatan rakan kongsi luar negara dan pemilik kenderaan antarabangsa mereka. Mereka telah membukukan langkah-langkah panduan operasi perniagaan yang sesuai untuk keadaan sekarang, berkongsi pengalaman mereka dengan rakan kongsi luar negara, dan akan menasihatkan mereka tentang kaedah pelancaran platform dalam talian untuk memperkenalkan kereta kepada pengguna bagi mengelakkan pertemuan secara langsung. GAC MOTOR juga telah menyediakan 550,000 topeng muka kepada rakan kongsi luar negara mereka untuk diedarkan kepada kakitangan dan pengunjung bilik pameran mereka, dan mereka juga akan membekalkan penapis udara N95 dalam kereta kepada pengedar luar negara untuk diberikan kepada pelanggan yang membuat permintaan untuknya.

Memandangkan wabak ini telah berleluasa kini, GAC MOTOR mempercepatkan lagi pelaksanaan Projek Kabin G-HEALTH mereka. Ia akan menggunakan bahan-bahan mesra alam untuk membuat rekaan dalaman kereta mereka serta memasang sistem peningkatan kualiti udara yang menapis lebih 97% partikel berukuran PM2.5 dan merencat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit agar kualiti udara dalam kabin kereta boleh menjadi lebih bersih. Sebuah sistem penyulingan air tiga kali tapis dan penapis pendingin hawa yang diperakui bagi meningkatkan keberkesanan tapisan titisan udara dan mengurangkan penyebaran virus melalui titisan air di udara juga akan turut dipasang dalam kenderaan mereka.

Gambar 3: GAC MOTOR mempercepatkan pelaksanaan Projek Kabin G-HEALTH.
Gambar 3: GAC MOTOR mempercepatkan pelaksanaan Projek Kabin G-HEALTH.

GAC MOTOR sangat mengutamakan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan mereka. Ia kekal tangkas bergerak dalam usaha memerangi wabak ini, terus bekerjasama dengan komuniti dalam dan luar negara, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bantuan dan sokongan sampai kepada mereka yang memerlukannya. GAC MOTOR akan kekal komited dengan nilai-nilai syarikat iaitu menyayangi pelanggan, kakitangan, dan komuniti serta mengekalkan pembangunan mampan dalam proses globalisasinya.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200401/2766210-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200401/2766210-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200401/2766210-1-c?lang=0

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Transportation