omniture

Points Technology Peroleh Pembiayaan Siri A Berjuta-juta Dolar daripada K2VC

Points Technology
2020-04-03 10:06 5733

BEIJING, 2 April 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Points Technology, sebuah syarikat baharu rantaian blok dan AI mengumumkan pembiayaan Siri A bernilai berjuta-juta dolar AS. Pelaburan ini dibuat oleh K2 Venture Partners, sebuah firma modal usaha niaga yang terkemuka di China. Points Technology akan menggunakan modal yang baru disuntik ini bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk yang berterusan serta pengkomersialan selanjutnya.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Points Technology menyediakan rangka kerja pengkomputeran yang sulit berasaskan rantaian blok yang berprestasi tinggi dan boleh dikonfigurasi. Platform ini membolehkan pihak kerajaan, firma perkhidmatan kewangan dan syarikat Internet bersama-sama membangunkan model pembelajaran mesin dan menjalankan analisis tanpa mendedahkan data asal kepada satu sama lain. Sementara itu, platform ini memanfaatkan rantaian blok untuk kebolehkesanan data dan audit. Points Technology ialah peneraju dalam bidang DLT & AI persendirian dengan penggunaan produk bersama beberapa institusi kewangan utama. Syarikat ini turut berperanan sebagai ahli utama dalam jawatankuasa piawaian teknikal global dan kebangsaan. Pada Julai 2019, Points Technology memenangi "Technology Pioneer Award" daripada Forum Ekonomi Dunia, yang dahulunya dianugerahkan kepada Google, Wikipedia, Palantir dan Ripple sewaktu mereka masih syarikat baharu.

Sarah Zhang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Points Technology, menunjukkan bagaimana cara untuk memecahkan silo data dan membantu pemilik data untuk mencapai potensi penuh data berdasarkan premis bahawa perlindungan privasi data menjadi satu masalah baharu untuk diselesaikan dalam era ekonomi digital. Pada masa kini, Points Technology membantu pemilik-pemilik data berbeza untuk berkongsi data dan model tanpa mendedahkan data mentah kepada satu sama lain.

Points Confidential Computing adalah berdasarkan Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai dan teknologi penyulitan yang lain. Dengan menjalankan pengkomputeran bersama dalam persekitaran pelaksanaan dipercayai berasaskan cip, rangka kerja ini menjadikan data boleh digunakan tetapi tidak dapat dilihat oleh mana-mana pihak yang terlibat. Hal ini meningkatkan privasi, keselamatan dan pematuhan data dengan ketara. Dalam masa yang sama, maklumat terdahulu dan rekod mengenai perkongsian data didokumentasikan oleh rantaian blok.

Dari segi keadaan penggunaan, institusi kewangan yang besar boleh memaksimumkan nilai data tanpa perlu mendedahkan data asal. Rangka kerja ini dapat mengurus berbilang sumber data di dalam mahupun di luar bank dalam senario perbankan terbuka. Points Technology membantu institusi kewangan besar membina perikatan kolaborasi data dan mengintegrasikan berbilang sumber data seperti cukai, logistik dan banyak lagi. Log penggunaan data boleh dikesan dan diaudit, manakala sumber data dan model dilindungi oleh algoritma penyulitan dan menjamin persekitaran pengkomputeran dalam seluruh proses.

Source: Points Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Venture Capital Blockchain