omniture

HUAWEI CLOUD dan ULearning menawarkan penyelesaian latihan dan pembelajaran dalam talian secara percuma bagi sektor pendidikan serta perniagaan sepanjang tempoh penularan COVID-19

HUAWEI CLOUD
2020-04-06 10:27 6175

SINGAPURA, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD dan syarikat teknologi pembelajaran yang berpangkalan di Singapura, ULearning, baru-baru ini berganding untuk menawarkan penyelesaian latihan dan pembelajaran dalam talian secara percuma kepada sektor pendidikan dan perniagaan agar penyampaian ilmu dan pembangunan kemahiran masih dapat diteruskan walaupun dalam tempoh penularan COVID-19.

Di Singapura, Kementerian Pendidikan (MOE) negara itu baru-baru ini mengumumkan semua institusi mesti menjalankan pembelajaran di rumah selama sehari seminggu sebagai sebahagian daripada usaha penjarakan sosial bagi membendung penularan virus itu di kawasan setempat. Kementerian itu juga turut menyatakan mereka sedar ini akan memberi kesan ke atas ramai ibu bapa dan anak-anak, terutamanya mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga yang kuat.

HUAWEI CLOUD dan ULearning mempunyai matlamat untuk terus memacu kelancaran dan keberkesanan pendidikan dengan menggunakan sistem pembelajaran awan persendirian. Tawaran bersama mereka termasuklah akses percuma bagi portal Sistem Pengurusan Pembelajaran ULearning (LMS), fungsi dan ciri-ciri seperti pemayaan kampus dan akses multi-terminal, serta akaun pengguna percuma untuk pentadbir institusi, pendidik, dan pelajar bagi mengakses semua alat mereka menggunakan komputer dan peranti mudah alih, dibolehkan penyelesaian awan semua dalam satu Huawei.

Christina Ng, Pengasas Bersama dan Pengurus Besar ULearning International, berkata ada jutaan pelajar dan pendidik yang sudah menikmati faedah daripada penyelesaian pembelajaran dalam talian percuma yang disediakan ULearning dan HUAWEI CLOUD sejak Februari 2020, dan ULearning LMS juga dapat membenarkan guru mengekalkan kualiti interaksi mereka dengan para pelajar mereka. "Dalam menghadapi letusan pandemik COVID-19, kini kami bersedia untuk menawarkan semua pengalaman kami untuk membantu para pelajar seluruh dunia belajar dengan mengurangkan gangguan terhadap proses pendidikan itu," kata Christina lagi.

"Di Asia Pasifik, HUAWEI CLOUD telah bekerjasama dengan ULearning bagi menyediakan perkhidmatan pendidikan dalam talian yang stabil kepada institusi pendidikan sepanjang tempoh pandemik ini. Dalam sektor penjagaan kesihatan, Perkhidmatan AI HUAWEI CLOUD sudah membantu sejumlah besar hospital mendapat keputusan ujian virus dengan pantas. Perkhidmatan HUAWEI CLOUD percuma disediakan bagi membantu perusahaan mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka. Perusahaan kini akan mula memberi perhatian dan lebih mementingkan usaha bagi pendigitalan perniagaan mereka serta naik taraf pintar, dan HUAWEI CLOUD akan menyediakan sokongan yang mereka perlukan," kata Roben Wang, Presiden, HUAWEI CLOUD APAC.

Tambahan lagi, ULearning LMS sudah diiktiraf oleh pakar akademik tempatan kerana teknologi terkini mereka yang mempertingkatkan industri pendidikan dan membuat pengalaman pembelajaran menjadi lebih canggih.

Dr. Teo Tee Hui, pensyarah kanan Kluster Sains, Matematik, Teknologi Universiti Teknologi & Rekaan Singapura (SUTD), turut menekankan, "ULearning sudah sedia dilengkapi teknologi AI seperti pengenalpastian wajah untuk merekod kedatangan pelajar serta peperiksaan dalam talian. Sudah tiba masanya kita membiarkan pelajar mencuba semua teknologi terkini ini bagi memudahkan proses pemahaman dan pembelajaran mereka, lebih-lebih lagi dalam bidang AI dan Etika Siber."

ULearning LMS kini ditawarkan sebagai sebahagian daripada rangkaian penyelesaian teknologi maklumat (ICT) yang tersedia bagi menangani cabaran untuk meneruskan perniagaan akibat COVID-19, yang dikumpulkan bersama oleh Penguasa Pembangun Infokom Media ("IMDA") dan SGTech. Tawaran ini dibuat bagi menyahut seruan kerajaan agar Republik itu mempertingkatkan kemahiran mereka untuk berada sejajar dengan matlamat jangka masa panjang mereka bagi merombak ekonomi mereka.

Kedua-dua tawaran itu, untuk sektor pendidikan dan juga perniagaan, boleh didapati sebagai langganan lesen percuma bagi penggunaan untuk tiga bulan pertama. Para pengguna, institut, dan perniagaan yang berminat untuk ini boleh melayari https://www.ulearning.asia/covid19-supportpackage/ untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian Huawei Cloud dalam memerangi COVID-19, sila layari: https://activity.huaweicloud.com/intl/en-us/fight-covid-19.html

-Tamat-

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD merupakan jenama perkhidmatan awan utama Huawei. HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal, dan mampan bagi membantu semua organisasi bertumbuh dalam dunia yang semakin pintar, tanpa mengira besar atau kecil.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei Cloud dalam talian melalui www.huaweicloud.com atau ikuti kami dalam LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Telecommunications