omniture

Kluster AI Huawei Atlas 900 Menang Anugerah Red Dot 2020

Huawei
2020-04-06 10:43 623

ESSEN, Jerman, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- Kluster AI Huawei Atlas 900 diangkat sebagai pemenang Anugerah Red Dot 2020, menewaskan ribuan pesaing lain untuk merebut gelaran berprestij itu. Setelah dinilai panel juri profesional, kluster AI Atlas 900 diiktiraf untuk rekaannya yang canggih dan inovasi yang lain daripada yang lain. Selepas Atlas 300 dan Atlas 500, Atlas 900 menjadi ahli ketiga dalam keluarga Huawei Atlas yang mendapat pengiktirafan Anugerah Red Dot. Anugerah ini membuktikan mutu dan rekaan yang tidak tertanding bagi produk Huawei Atlas.

Kluster AI Huawei Atlas 900
Kluster AI Huawei Atlas 900

Kluster AI Atlas 900 menetapkan tanda aras baharu dengan rangkaian kluster yang kukuh, penggunaan modular, sistem pelepasan haba, rekaan holistik, prestasi, kebolehsambungan, dan perincian khusus untuk manusia.

  • Rangkaian kluster kukuh: Berdiri megah di puncak kegemilangan pengkomputeran AI, Atlas 900 menggabungkan ribuan pemproses AI Huawei Ascend 910 bagi menghasilkan kluster latihan AI terpantas di dunia. Atlas 900 berada di barisan hadapan penyelidikan saintifik dan inovasi perniagaan, ia memperkasakan penyelidik dengan kepantasan yang tidak pernah dilihat sebelum ini bagi melatih model AI dengan data imej dan video. Kluster ini sempurna untuk tugas ringkas mahupun rumit, dan ia merombak sepenuhnya cara kita menerokai alam semesta, meramal cuaca, mengkaji sumber semula jadi dan membawa kereta pemanduan automatik ke pasaran.
  • Penggunaan modular: Kluster AI Atlas 900 menyediakan penyelesaian yang fleksibel untuk memudahkan peningkatan kapasiti bagi senario tertentu. Ia menawarkan sumber pengkomputeran luas dalam bentuk perkhidmatan awan, sekaligus membuatkan inovasi teknologi dan AI yang lebih terangkum semakin senang diakses.
  • Sistem pelepasan haba paling berkesan: Atlas 900 mempunyai rekaan penyejukan dengan cecair hibrid berteknologi tinggi. Ia menggunakan rekaan adiabatik yang tertutup sepenuhnya dalam rangka bagi menyalurkan nisbah penyejukan dengan cecair sebanyak lebih 95%. Rekaan ini membolehkan haba dibebaskan dengan berkesan daripada setiap rangka dengan penggunaan tenaga sebanyak 50 kW, lalu mencapai kadar keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) yang lebih rendah daripada 1.1. Ini kadar keberkesanan tenaga yang terbaik dalam kelas industri ini bagi pusat data (PUE yang ideal adalah 1.0). Atlas 900 tidak menggunakan tenaga yang banyak dan bekerja dengan senyap, serta menjimatkan ruang dalam bilik kerja sebanyak 80%.
  • Rekaan holistik: Kluster AI Atlas 900 didatangkan dalam rekaan tersepadu yang mantap dan padat. Rangkap di kedua-dua belah peranti ini berbentuk seperti pendakap segi "[ ]". Dalam sains komputer, pendakap segi digunakan sebagai wakil set aksara, lalu melambangkan gandaan paling jarang digunakan dalam teori nombor asas. Persamaan ini sempurna dengan kluster AI Atlas 900, kerana pertambahan bilangan peranti bukan semudah 1 + 1 = 2, tetapi lebih tepat lagi, ia merupakan pertumbuhan eksponen bagi kuasa pengkomputeran AI yang menakjubkan.
  • Prestasi: Seni bina setiap sudut dan setiap permukaan kluster AI Atlas 900 diilhamkan daripada rupa futuristik yang memukau, sejajar dengan prestasi cemerlang yang sangat diperlukan dalam era digital masa kini.
  • Kebolehsambungan: Rekaan ini menambah lagi kepada kebolehsambungan Atlas 900 yang fleksibel. Semakin banyak rak yang ditambah, kluster rak itu tidak akan kelihatan janggal, malah ia akan menjadi lebih mantap dan lancar, sesuai dengan jumlah data yang mengalir tanpa henti dalam kluster itu.
  • Perincian khusus untuk manusia: Atlas 900 memiliki perincian mengagumkan yang tidak pernah dilihat dalam mana-mana peranti lain yang mirip dalam industri ini. Kluster ini bukan sahaja kelihatan anggun dan bergaya, tetapi kuasanya juga bukan calang-calang.

Anugerah Red Dot merupakan salah satu daripada anugerah paling berprestij di dunia bagi rekaan industri. Anugerah ini hanya salah satu daripada penghargaan terkini yang dirangkul keluarga Atlas, selain banyak lagi anugerah lain. Satu lagi pengiktirafan lain ialah Anugerah GSMA GLOMO 2020, di mana Atlas 900 diangkat sebagai Teknologi Terbaik untuk Masa Hadapan setakat bulan-bulan kebelakangan ini.

Latar Belakang Huawei 

Huawei merupakan penyedia global untuk prasarana teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentasi empat bidang penting – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar, dan perkhidmatan awan – kami komited untuk membawakan hidup digital kepada setiap orang, kediaman, dan organisasi bagi mewujudkan dunia yang lebih pintar dan lebih terhubung.

Portfolio produk, penyelesaian, dan perkhidmatan Huawei yang menyeluruh sangat berdaya saing dan selamat juga. Melalui kolaborasi bersama rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai berkekalan bagi pelanggan kami, kami berusaha untuk memperkasakan orang ramai, memperkayakan kehidupan di rumah, dan menggalakkan inovasi dalam semua jenis organisasi, tidak kira besar atau kecil.

Di Huawei, inovasi memfokus kepada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpukan kepada pencapaian teknologi yang memacu dunia untuk lebih maju ke hadapan. Kami ada lebih daripada 194,000 kakitangan dan kami beroperasi dalam lebih 170 negara dan rantau. Ditubuhkan pada 1987, Huawei merupakan syarikat persendirian yang dimiliki penuh oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, layari Huawei dalam talian melalui www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Latar Belakang Anugerah Red Dot 

Anugerah Red Dot merupakan pengiktirafan yang diperakui seluruh dunia untuk kualiti rekaan yang terbaik dalam industri. Anugerah ini diberikan Design Zentrum Nordrhein Westfalen di Essen, Jerman. Anugerah Red Dot, di samping Anugerah IF dari Jerman dan Anugerah IDEA dari A.S. ialah anugerah-anugerah rekaan yang paling ternama di seluruh dunia. Setiap tahun, puluhan ribu penyertaan bersaing untuk merebut Anugerah Red Dot. Hanya produk dengan inovasi luar biasa, paling mudah digunakan, dan mempunyai pengalaman pengguna terhebat akan mendapat anugerah ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200403/2768577-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Awards