omniture

HUAWEI CLOUD: Perangi COVID-19 dengan Teknologi

HUAWEI CLOUD
2020-04-06 11:23 603

SHENZHEN, China, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini HUAWEI CLOUD mengumumkan bahawa mereka melancarkan pelan tindakan global untuk membantu pelanggan di seluruh dunia memerangi COVID-19 dengan perkhidmatan awan dan AI. Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan antarabangsa terhadap coronavirus ini, HUAWEI CLOUD akan menyediakan perkhidmatan AI dan awan secara percuma serta akan merekrut rakan-rakan kongsi di seluruh dunia bagi bersama-sama membantu memerangi pandemik ini.

Deng Tao, Presiden Pasaran Global HUAWEI CLOUD, melancarkan pelan tindakan global
Deng Tao, Presiden Pasaran Global HUAWEI CLOUD, melancarkan pelan tindakan global

Deng Tao, Presiden Pasaran Global HUAWEI CLOUD berkata, "HUAWEI CLOUD telahpun bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi di China untuk menggunakan teknologi yang inovatif seperti awan dan AI bagi memerangi pandemik ini dan telah mengumpul pengalaman praktikal menerusi analisis imbasan CT terbantu AI, penemuan ubat-ubatan, pendidikan dalam talian dan teknologi telekerja. Kini, kami melancarkan pelan tindakan antarabangsa ini untuk berkongsi pengalaman praktikal kami ke pasaran antarabangsa. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan teknologi bagi membantu pelanggan kami di seluruh dunia untuk mengatasi cabaran yang dihadapi sewaktu berlakunya krisis ini."

Dalam domain penjagaan kesihatan, HUAWEI CLOUD menyediakan EIHealth secara percuma, termasuk perkhidmatan seperti pengesanan genom virus, penyaringan in silico ubat Antivirus dan perkhidmatan pemeriksaan pesakit CT terbantu AI. Dalam sektor pendidikan, HUAWEI CLOUD bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan dalam talian kepada sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Mereka turut membantu perusahaan memindahkan perniagaan ke infrastruktur awan bagi memastikan operasi yang berterusan semasa pandemik ini masih berlarutan. HUAWEI CLOUD kini menyediakan 1,500 jam sumber awan percuma kepada setiap pengguna yang baru berdaftar, lengkap dengan sokongan profesional 24/7 di laman sesawang HUAWEI CLOUD (antarabangsa).

HUAWEI CLOUD juga telah melancarkan Program Rakan Kongsi Anti-COVID-19, satu program yang memberi tumpuan pada lima senario utama; pejabat jarak jauh, sokongan AI, bantuan perusahaan, penjagaan kesihatan pintar dan pendidikan dalam talian. Rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam program ini bukan sahaja dapat memperoleh sokongan perniagaan, teknologi dan pasaran yang komprehensif, tetapi juga akan berpeluang untuk mendapat sumber awan secara percuma yang bernilai sehingga USD $30,000.

Bagi menyertai Pelan Tindakan Global untuk Memerangi COVID-19, hubungi kami di antivirus1@huawei.com.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://activity.huaweicloud.com/intl/en-us/fight-covid-19.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200403/2768628-1?lang=0

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services