omniture

Merck Anugerahkan Paten A.S. Kedua untuk Teknologi Penyuntingan Gen CRISPR

Merck
2020-04-07 20:00 1333

- Teknologi CRISPR-chrom meningkatkan akses ke genom untuk penyuntingan yang lebih cekap

- Satu-satunya pemegang paten A.S. dalam bidang kromatin CRISPR

- Syarikat mendorong inovasi dalam teknologi penyuntingan gen CRISPR

DARMSTADT, Jerman, 7 April 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat telah meluluskan paten syarikat untuk teknologi CRISPR-chrom. Menerusi kebenaran ini, Merck menjadi satu-satunya penyedia yang mempunyai paten meliputi penggabungan peptida modulasi kromatin kepada protein CRISPR bagi membantu menyingkirkan kromatin, lalu meningkatkan capaian ke genom.

The most recent CRISPR patent award marks Merck's second U.S. CRISPR patent and its 23rd CRISPR-related patent worldwide.
The most recent CRISPR patent award marks Merck's second U.S. CRISPR patent and its 23rd CRISPR-related patent worldwide.

"Anugerah ini merupakan paten CRISPR A.S. kedua kami dan paten berkaitan-CRISPR ke-23 kami di seluruh dunia dan sebagai penginovasi utama teknologi CRISPR, kami akan terus mendorong inovasi dan berkolaborasi dengan para saintis di seluruh dunia bagi memastikan agar mereka mendapat pilihan penyuntingan gen yang paling canggih," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. 

Memandangkan DNA genomik dalam sel mamalia disaluti kuat dalam kompleks protein yang dikenali sebagai kromatin, DNA genomik seringkali tidak dapat diakses untuk CRISPR. Teknologi CRISPR-chrom Merck berfungsi dengan menggabungkan peptida modulasi kromatin kepada protein CRISPR, (iaitu gunting DNA CRISPR), bagi membolehkan penyuntingan gen yang lebih cekap. Hasil kerja ini pada asalnya diterbitkan dalam edisi Februari 2018 The CRISPR Journal dan merupakan salah satu daripada lima artikel yang paling banyak dimuat turun dalam jurnal tersebut pada tahun berkenaan.

Perniagaan Life Science Merck, peneraju dalam penyuntingan genom, menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi mendorong peningkatan dalam teknologi penyuntingan genom.

Portfolio paten CRISPR syarikat melibatkan paten yang diluluskan untuk teknologi berkaitan CRISPR yang meliputi kaedah-kaedah penyuntingan genom asas dan alternatif. Paten untuk teknologi penyepaduan CRISPR syarikat telah diluluskan di Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan. Paten yang diluluskan di Eropah dan sedang menunggu kelulusan di tempat lain meliputi vektor plasmid atau virus yang mengekod sistem CRISPR, yang diperlukan bagi menjalankan modifikasi genom dalam sel eukariot. Paten Eropah yang lain dan permohonan yang sedang menunggu kelulusan adalah untuk komposisi nickase protein-RNA. 

Merck menerima paten A.S. pertamanya pada Februari 2019 untuk teknologi proksi-CRISPR yang menjadikan CRISPR lebih cekap, fleksibel dan khusus. Syarikat ini berjaya memberikan lesen kepada pihak ketiga untuk portfolio paten CRISPR miliknya dan terus melesenkan seluruh portfolio paten CRISPR untuk semua bidang penggunaan. Merck mengikuti secara proaktif dan agresif rakan-rakan kongsi pemberian lesen paten CRISPR bagi tujuan terapeutik, pertanian dan penyelidikan serta mengalu-alukan peluang kolaborasi sedemikian.

Teknologi CRISPR merupakan kecekapan teras buat Merck, yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun dengan penyuntingan genom, mencakupi penemuan hingga pembuatan. Syarikat ini membangunkan teknologi dalam pelbagai aplikasi penyuntingan genom termasuk penyingkiran gen, penyepaduan gen dan himpunan CRISPR untuk penyaringan gen, antara lain.

Merck mengakui bahawa penyuntingan genom telah menghasilkan kemajuan utama dalam penyelidikan biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, potensi teknologi penyuntingan genom yang semakin berkembang ini telah menimbulkan perhatian saintifik, undang-undang dan kemasyarakatan. Syarikat ini menyokong penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan yang teliti melibatkan piawaian etika dan undang-undang. Merck telah menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas dan luaran bagi memberi panduan untuk penyelidikan yang melibatkan perniagaannya, termasuk penyelidikan mengenai atau penggunaan penyuntingan genom dan telah membangunkan, menakrifkan dan menerbitkan secara telus kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik serta kemasyarakatan bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang meyakinkan untuk digunakan dalam penyelidikan dan juga aplikasi.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila kunjungi www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1141070/Merck.jpg

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Patent Law