omniture

ZTE menang OTN komersial terbesar dunia dalam perolehan terpusat fasa-13 China Mobile

ZTE Corporation
2020-04-08 13:10 5390

SHENZHEN, China, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh projek rangkaian barat dalam perolehan terpusat fasa-13 China Mobile untuk peralatan rangkaian pengangkutan tulang belakang antara wilayah. Rangkaian barat ini, yang meliputi 19 wilayah China, akan menjadi rangkaian pengangkutan optik (OTN) komersial yang terbesar di dunia, dengan jumlah panjang pautan mencecah 53,828 km.

Dalam projek rangkaian barat ini, ZTE akan menyediakan mod pengekodan berbeza untuk memenuhi senario penghantaran jarak jauh, jarak sederhana dan jarak dekat dengan fleksibel dalam rangkaian barat China Mobile.

Selain daripada itu, algoritma Beyond-100G Flex Shaping yang unik daripada ZTE dapat mencapai pengoptimuman berbilang titik pada lapisan optik dan elektrik untuk meningkatkan dengan berkesan jarak penghantaran dan mengurangkan dengan ketara papan regenerasi, menjimatkan kos pembinaan rangkaian dengan banyak.

ZTE diiktiraf sebagai salah satu daripada segelintir vendor yang mempunyai penyelesaian sambung silang hibrid optik dan elektrik 200G yang lengkap. Seni bina ROADM dan OXC menyokong penjadualan perkhidmatan yang fleksibel pada lapisan optik, seraya meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan serta memendekkan masa peruntukan perkhidmatan.

Bertujuan untuk menangani peningkatan pesat trafik dalam era 5G, China Mobile telah memberi tumpuan pada pembinaan rangkaian OTN 100G berkelajuan ultra tinggi selama bertahun-tahun, yang meliputi seluruh China. Rangkaian OTN tulang belakang dalam perolehan terpusat ini terdiri daripada rangkaian timur dan barat.

ZTE benar-benar terlibat dalam pembinaan OTN tulang belakang barat China Mobile dan telah membina dua rangkaian barat OTN 100G untuk China Mobile. Kedua-dua rangkaian ini meliputi 20 wilayah dan majlis perbandaran di seluruh China, mencapai jumlah kawasan seluas 7,729,100 kilometer persegi, iaitu kira-kira 80% daripada kawasan darat China.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan canggih kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts