BEIJING, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, telah memperkenalkan mod tontonan berbilang perspektif untuk rancangan aneka ragam asalnya Youth With You 2 ("Rancangan") yang membolehkan pengguna untuk menonton secara serentak persembahan umum melibatkan lebih 100 pelatih Rancangan ini dari pandangan seluruh pentas dan pandangan berasingan yang memberi tumpuan pada pelatih kegemaran mereka.
Memanfaatkan penerokaan jangka panjang dan kepakaran iQIYI dalam teknologi video yang interaktif, Youth With You 2 mempelopori penstriman rakaman serentak tanpa kependaman dari dua pandangan berbeza - pandangan pentas utama dan pandangan pelatih. Ciri ini juga membolehkan pengguna untuk keluar dan masuk ke mod tontonan berbilang perspektif pada bila-bila masa. Bagi menjamin hasil tontonan yang terbaik, iQIYI mengoptimumkan keupayaan pemain videonya bagi membawakan prestasi penstriman yang lancar pada peranti berharga sederhana dan berharga rendah.
Mod tontonan berbilang perspektif dikuasakan oleh teknologi penukaran sudut oleh iQIYI yang dibangunkan di bawah Panduan Video Interaktif (Interactive Video Guideline) dan mewujudkan pengalaman tontonan yang lebih diperibadikan dan imersif. Sebagai perintis dalam memperkenalkan ciri-ciri tontonan berbilang perspektif untuk pandangan skrin tunggal bagi rancangan aneka ragam di China, iQIYI menetapkan paradigma baharu untuk rancangan aneka ragam yang dikuasakan oleh teknologi.
Aplikasi teknologi penukaran sudut dalam rancangan aneka ragam utama ialah langkah yang terkini dalam inisiatif teknologi + hiburan iQIYI. Rancangan aneka ragam asal iQIYI seperti The Rap of China, CZR dan The Big Band telahnya memanfaatkan subplot, penerokaan maklumat skrin dan keupayaan lain bagi memecahkan had temporal dan ruang bagi mendapat yang terbaik daripada kandungan berkualiti tinggi, meningkatkan pengalaman pengguna yang interaktif secara keseluruhan.
iQIYI telah mengoptimumkan pengalaman penonton melalui semua jenis teknologi dan produk yang inovatif. Dalam kes Youth With You 2, AI Radar "Qiguan" iQIYI menyediakan butang "Who is She?" interaktif yang membolehkan pengguna untuk mengenal pasti peserta khusus dengan satu klik. Qiguan juga membolehkan pengguna mendapat akses pantas ke biografi dan hasil kerja terdahulu oleh peserta ini, dengan berhubung melalui iQIYI Encyclopedia dan iQIYI Paopao dalam ekosistem iQIYI. Pengguna juga boleh menukar dengan lancar kepada Paopao, komuniti hiburan iQIYI untuk peminat, bagi menunjukkan sokongan mereka kepada peserta kegemaran mereka. Ciri Qiguan menjadi amat popular dan digunakan hampir sebanyak satu juta kali dalam minggu pertama penyiaran rancangan berkenaan. Kini, ia turut menyokong pengenalpastian muzik latar belakang dengan satu klik.
Sebagai rancangan aneka ragam asal pertama oleh iQIYI yang dilancarkan pada tahun 2020, Youth With You 2 menghimpunkan barisan bintang yang terkemuka termasuk Wakil Youth Producer KUN, pemenang Idol Producer, mentor persembahan LISA daripada kumpulan idola antarabangsa BLACKPINK dan penyertaan oleh lebih 100 pelatih idola wanita daripada 46 agensi bakat. Rancangan ini menyediakan platform latihan dan pertandingan untuk pelatih idola ini, yang mana pada akhirnya, hanya segelintir yang dipilih melalui undian oleh penonton untuk diperkenalkan julung kalinya sebagai kumpulan idola.
Menuju masa depan, iQIYI akan terus mengoptimumkan pengalaman tontonan dengan teknologi inovatif, bagi menawarkan pengguna dengan pengalaman hiburan yang lebih pelbagai.
Latar Belakang iQIYI, Inc.
iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penghasilan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat ini berbeza dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, penyiaran secara langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200407/2769456-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200407/2769456-1-b?lang=0