omniture

Xinhua Silk Road: Bandar tengah China lancar penstriman langsung dalam talian festival kebudayaan bunga peony

Xinhua Silk Road Information Service
2020-04-09 19:17 556

BEIJING, 9 April 2020 /PRNewswire/ -- Festival Kebudayaan Bunga Peony Luoyang kali ke-38 telah membuka tirainya pada hari Isnin di Luoyang, wilayah Henan bahagian tengah China. Ekoran daripada wabak novel coronavirus, festival tahun ini membawa bunga-bunga ke dalam talian, bagi memberi peluang kepada orang ramai yang berada di rumah untuk menyertai khalayak ramai di tempat tersebut.

Penstriman langsung dalam talian Festival Kebudayaan Bunga Peony Luoyang ke-38
Penstriman langsung dalam talian Festival Kebudayaan Bunga Peony Luoyang ke-38

Acara berkenaan telah distrim langsung selama 24 jam bermula jam 10 pagi pada hari Isnin dan melibatkan 24 cawangan di 8 bahagian, yang menunjukkan pemandangan indah bunga-bunga yang sedang mekar di Luoyang, budaya dan sejarah bandar tersebut, pemandangan alam semula jadi, pembinaan bandar dan juga hidangan masakan tempatan.

Penstriman langsung diadakan melalui studio dan sambungan langsung. Kamera telah dipasang dengan kanta dihalakan ke bunga peony dan penonton boleh melihat bunga-bunga tersebut berkembang mekar pada waktu sebenar. Selain itu, berpuluh-puluh wartawan menuju ke lokasi-lokasi berbeza di bandar tersebut untuk menunjukkan sepenuhnya ciri-ciri Luoyang dan memberi liputan langsung.

Pengguna dalam talian juga boleh menyaksikan penstriman langsung dari tempat-tempat indah yang lain di sekitar bandar tersebut, seperti Longmen Grottoes dan Erlitou Site Museum of the Xia Capital.

Bacaan puisi diadakan sepanjang hari. Pada sebelah malam, satu pertunjukan cahaya distrim langsung dengan penayang holografi dan lampu yang cantik bagi mempersembahkan pemandangan malam yang indah di bandar tersebut.

Luoyang mengadakan festival kebudayaan bunga peony yang pertama pada tahun 1983, setahun selepas bunga peony dinamakan sebagai bunga bandar berkenaan. Bandar tersebut kini mempunyai pelbagai taman untuk menanam dan menumbuhkan semula bunga peony dengan 1,200 jenis berbeza, dengan kawasan penanaman berkeluasan lebih 220 kilometer persegi.

Penstriman langsung acara ini ini telah menggabungkan siar web, siaran TV dan interaksi rangkaian untuk mendemonstrasikan sepenuhnya bunga peony Luoyang yang mekar, budaya dan sejarah, pembangunan ekonomi dan sosial, meningkatkan pengaruh rangkaian media untuk festival kebudayaan bunga peony dan populariti Luoyang, seraya merangsang dengan berkesan penggunaan pelancongan dan pelaburan ekonomi serta meletakkan asas untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Luoyang selepas wabak COVID-19.

Penstriman langsung ini ditaja oleh Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Luoyang CPC dan dilaksanakan oleh Pusat Perkhidmatan Festival Luoyang, Pejabat Ruang Siber Perbandaran Luoyang serta Stesen Radio dan Televisyen Luoyang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/312585.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200407/2771205-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet