SINGAPURA, 10 April 2020 /PRNewswire/ — SSI Schaefer, peneraju global bagi penyelesaian gudang dan logistik dengan kerjasama ORCA, perintis penyedia penyelesaian rangkaian sejuk, mengumumkan pembukaan sistem penyimpanan rantaian bertaraf dunia yang pertama di Filipina. Kemudahan Taguig memastikan kapasiti logistik meningkat secara ketara dan kesediaan negara ini untuk menghadapi peristiwa yang tidak diduga. Kemudahan ini, dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari, merupakan projek kolaboratif yang terkini di wilayah ini. Susulan kontrak ASRS yang lebih besar untuk pengeluar makanan rangkaian sejuk di Singapura pada lewat tahun 2019 dan menambah 20 juta kilogram lagi kapasiti makanan sejuk beku ke wilayah ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) menganggarkan bahawa menjelang tahun 2050, kita perlu memberi makan kepada lebih 9 bilion orang. Sebagai persiapan untuk mengalami pertumbuhan eksponen ini dan juga peristiwa yang tidak diduga, kita perlu bersatu untuk memperluas tindakan yang dapat memberi makanan kepada penduduk dunia, dengan cara yang cekap-sumber dan berdaya tahan.
Menurut laporan oleh BSR, sehingga 37% daripada nilai jualan runcit makanan setiap tahun hilang disebabkan oleh pempakejan, penyimpanan dan pengendalian yang kurang memuaskan lalu terus melemahkan kesediaan kita untuk menghadapi peristiwa yang kita tidak mampu kawal.
"Bagi peneraju industri Makanan & Minuman serta rantaian bekalan, sifat peristiwa tidak diduga yang berleluasa seperti bencana alam, menimbulkan risiko yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dalam keadaan yang memerlukan, sekatan tenaga buruh dan pembelian panik memberi ketegangan yang ketara terhadap logistik dan juga sumbernya. Penaiktarafan, kepelbagaian dan peningkatan kecekapan rantaian bekalan hanyalah separuh daripada pertempuran dalam memenangi peperangan melibatkan ketidaksediaan, dengan manfaat kos segera dan juga faedah prestasi," kata Xavier Perello Pairada, Pengarah Urusan - Asia Selatan dan Asia Tenggara, SSI Schaefer.
Penaiktarafan kapasiti rangkaian bekalan sejuk di Filipina akan menambah 20,000 palet kepada simpanan rangkaian sejuk (bersamaan dengan 20 juta kilogram makanan sejuk beku) dan menyediakan jaringan keselamatan dan sekuriti makanan yang lebih dipercayai dan juga konsisten. Hanya dalam tempoh dua tahun, projek-projek perkongsian bersama SSI Schaefer di rantau ASEAN telah meningkatkan kapasiti makanan sejuk beku sebanyak 145 juta kilogram, melalui penaiktarafan dan pemodenan kemudahan bagi menyumbang kepada pembinaan jaringan bekalan makanan yang lebih teguh.
"Memandangkan perubahan iklim dan peristiwa yang tidak diduga menjadi semakin lazim, Hal ini menyebabkan kami memanfaatkan peluang-peluang yang diberikan oleh kelebihan teknologi untuk menaik taraf rantaian bekalan global sebagai persiapan untuk menghadapi peristiwa yang tidak dijangka. Banyak lagi yang harus dilakukan secara kolektif bagi meningkatkan keteguhan jaringan bekalan," tambah Xavier Perello Pairada.
Bagaimana untuk membina kapasiti dan menjamin kesediaan untuk peristiwa yang tidak diduga?
Latar Belakang SSI Schaefer
SSI Schaefer Group ialah penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian pergudangan dan logistik modular. Menggaji 10,500 orang pekerja daripada enam benua, SSI Schaefer membangunkan dan melaksanakan penyelesaian khusus dalam industri yang inovatif untuk cabaran unik pelanggannya, dengan mereka bentuk, membangunkan dan mengeluarkan sistem untuk gudang, kilang perindustrian, bengkel dan pejabat. SSI Schaefer juga merupakan penyedia yang terkemuka bagi perisian modular yang sentiasa dikemas kini untuk aliran bahan dalaman. Direka oleh pasukan mantap dengan 1,100 jurutera, tawaran IT yang luas daripada SSI Schaefer, melibatkan produk WAMAS® dan SAP miliknya sendiri, memberi sokongan yang lancar untuk semua proses gudang dan aliran bahan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ssi-schaefer.com/en-my
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20200402_SSI_Schaefer.mp4