omniture

Infineon bawakan berjuta-juta cip untuk ventilator perubatan

Infineon
2020-04-10 17:50 1267

Munich, Jerman, 10 April 2020 /PRNewswire/ -- Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) memainkan peranan penting untuk menyokong pembuatan alat ventilator. Semikonduktor kuasa daripada Infineon adalah penting untuk mengawal motor ventilator dengan andal dan cekap, termasuk ventilator yang dikeluarkan oleh peneraju bertaraf global bagi peralatan perubatan, ResMed.

Dr. Helmut Gassel, Ahli Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Pemasaran CMO Infineon Technologies AG, berkata: "Kami berasa gembira kerana kami dapat menyumbang bagi menyokong dalam menangani krisis ini dengan sekitar 38 juta semikonduktor kuasa untuk mengeluarkan ventilator perubatan. Sebagai peneraju pasaran global untuk komponen-komponen ini, kami memberi tumpuan kepada keupayaan untuk membolehkan produk ini tersedia dalam masa terdekat."

Mick Farrell, Ketua Pegawai Eksekutif ResMed, berkata: "Usaha-usaha oleh Infineon untuk menyediakan semikonduktor ini dengan pantas benar-benar menyelamatkan keadaan. ResMed dan pengeluar ventilator yang lain hanya dapat memenuhi permintaan dunia terhadap alat ini sekiranya pengeluar-pengeluar komponen seperti Infineon dapat memenuhi permintaan kami. Terima kasih diucapkan kepada Infineon dan lain-lain kerana menyahut cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini."

"Kini kami sedang mengalami perubahan ke arah peralatan perubatan. Pelbagai pengeluar meluaskan atau mengubah tumpuan produk mereka dan meminta daripada kami untuk mendapatkan komponen yang diperlukan bagi memenuhi permintaan khusus dengan pantas," tambah Dr. Gassel mengenai permintaan selanjutnya dalam bidang ini.

Infineon mempunyai kepakaran sekian lama dan portfolio produk yang luas dalam bidang motor elektrik kendalian-bateri. MOSFET kuasa Infineon direka bentuk dengan cara yang unik bagi memberi lebih kecekapan dalam pemacu motor, dengan kehilangan penukaran yang rendah, penjanaan haba yang rendah dan keandalan tertinggi dalam operasi. Reka bentuknya yang kecil dan kompak menjadikannya amat sesuai untuk peranti mudah alih/pengguna.

Latar Belakang Infineon 

Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2019 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan kira-kira sebanyak €8.0 bilion dan menggaji sekitar 41,400 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan dalam pasaran luar sistem bursa saham AS, OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY).

Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com 

Siaran media ini disediakan secara dalam talian di www.infineon.com/press 

Maklumat lanjut mengenai teknologi ini disediakan di https://www.infineon.com/cms/en/applications/industrial/medical-ventilator/

Ikuti kami: Twitter - Facebook - LinkedIn

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0

Source: Infineon
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors