omniture

Loji Kuasa Kitaran Gabungan (CCPP) Pertama Shanghai Electric Mula Beroperasi di Bangladesh

Projek yang mempunyai penjana dingin udara berpaten akan tingkatkan output kuasa elektrik nasional sebanyak 640 juta kWj setiap tahun
Shanghai Electric
2020-04-13 08:34 849

SYLHET, Bangladesh, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group, pengeluar dan pembekal penjanaan kuasa dan peralatan perindustrian yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa loji kuasa kitaran gabungan pertamanya (CCPP) di Bangladesh telah memulakan operasi komersial. Ditukarkan daripada loji kuasa turbin gas kitaran mudah 150MW, loji kuasa kitaran gabungan 225MW di Sylhet dijangka untuk terus memenuhi kehendak bekalan kuasa elektrik di wilayah timur Bangladesh.

Loji kuasa kitaran gabungan 225MW Shanghai Electric di Sylhet menampilkan penjana dingin udara berpaten bakal meningkatkan pengeluaran elektrik negara sebanyak 640 juta kWj setahun
Loji kuasa kitaran gabungan 225MW Shanghai Electric di Sylhet menampilkan penjana dingin udara berpaten bakal meningkatkan pengeluaran elektrik negara sebanyak 640 juta kWj setahun

Teknologi Dinaik Taraf

Teknologi CCPP yang dinaik taraf dalam loji ini membolehkan pengurangan emisi sekali gus memastikan kecekapan haba yang lebih tinggi. Mempunyai penjana dingin udara 100MW, loji ini direka bentuk untuk beroperasi sepanjang hayatnya tanpa memerlukan penyambungan semula atau pengetatan semula teras berlaminanya: Ini merupakan satu pencapaian penting, melihatkan kapasiti loji telah ditingkatkan sebanyak 90MW dengan kurang keperluan penyelenggaraan. Dalam tempoh lapan tahun sebelum penaiktarafan ini, loji ini telah menyediakan bekalan kuasa elektrik 8.19 bilion kWj kepada grid nasional dan angka ini dianggarkan meningkat sebanyak 640 juta kWj setiap tahun.

Dengan memanfaatkan teknologi GVPI (Pengisitepuan Tekanan Vakum Global) berpatennya pada penjana dingin udara 100 MW, Shanghai Electric meningkatkan dengan ketara kecekapan aplikasi kitaran terbuka dan mudah loji asal daripada 33% kepada 55%. Peningkatan jelas dalam kecekapan ini menunjukkan kedalaman portfolio produk Shanghai Electric dan kekuatan program penyelidikan dan pembangunannya (R&D).

Perkongsian dengan Power Development Board (PDB)

Projek yang dinaik taraf ini dilaksanakan melalui satu perkongsian antara Power Development Board (PDB) wilayah ini dan Shanghai Electric. Ia merupakan projek EPC keempat oleh Syarikat di Bangladesh, dimulakan di bawah Inisiatif "Satu Jalur Satu Jalan". Pada tahun 2010, susulan loji kuasa haba Barapukuria, loji kuasa kitaran mudah awal Sylhet merupakan projek EPC kedua yang direka bentuk dan dibina oleh Shanghai Electric di negara ini.

Populasi Sederhana dan Mewah (MAC) di Bangladesh bakal bertambah kepada 34 juta orang di 33 bandar raya menjelang tahun 2025, menurut anggaran oleh Boston Consulting Group. Dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat berserta peningkatan populasi MAC, permintaan terhadap bekalan kuasa elektrik meningkat pada kadar yang pantas, diramalkan mencecah 80,000MW menjelang tahun 2040. Kapasiti penjanaan lebihan baharu dijangka memudahkan pembangunan ekonomi dan juga industri.

Projek ini akan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial wilayah ini. Shanghai Electric komited untuk melabur di wilayah ini dan mengambil kakitangan daripada komuniti tempatan. Separuh daripada pasukan projek diambil di kawasan setempat, menggaji hampir 500 pekerja tempatan dan bakal bertambah semasa tempoh pembinaan puncaknya.

"Penaiktarafan teknologi penjana turbin gas untuk ditukarkan daripada sistem kitaran terbuka yang mudah kepada operasi kitaran gabungan memerlukan kemahiran dan perkhidmatan khusus dan kami telah membina pengalaman yang kukuh melalui 5 projek keseluruhan di Bangladesh setakat ini sejak tahun 2002," kata Wang Yi, ketua jurutera projek Sylhet. "Kami sentiasa melihat ke hadapan bagi meramalkan keperluan pelanggan dan meningkatkan ketersediaan, keandalan dan kecekapan melalui penyelesaian tersuai yang direka untuk pasaran serantau yang berbeza."

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) terlibat terutamanya dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada perniagaan tenaga baharu termasuk pembuatan dan penjualan turbin angin serta komponen selain peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih, termasuk pembuatan dan penjualan peralatan kuasa haba, penghantaran kuasa dan peralatan pengagihan; peralatan perindustrian, termasuk pengeluaran dan penjualan lif serta motor elektrik; dan industri perkhidmatan moden, termasuk perjanjian kontrak bagi pembinaan loji penjanaan kuasa, projek penghantaran dan pengagihan kuasa, selain perniagaan-perniagaan lain.  

Pautan Berkaitan
www.shanghai-electric.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200410/2774392-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760574-1-LOGO?lang=0

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services