omniture

Pengimbas suhu FOTRIC digunakan di ribuan tapak bagi pencegahan wabak COVID-19

FOTRIC
2020-04-13 09:40 1657

SHANGHAI, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- Dengan penularan global COVID-19, permintaan pasaran untuk pengimbasan suhu badan yang tidak normal di kawasan awam terus meningkat. Sejak minggu lalu, alat pengimbas suhu inframerah automatik FOTRIC 226B mencapai peningkatan jualan sebanyak 80% di luar China hasil daripada kesan pengukuran suhu yang tepat, pantas dan stabil, yang dikesan oleh pengukuran suhu pengimejan haba dan pengecaman wajah AI.

 FOTRIC 226B automatic infrared temperature screening device
FOTRIC 226B automatic infrared temperature screening device

Pada masa kini, alat pengimbas suhu inframerah automatik FOTRIC 226B dihantar ke Amerika Syarikat, Norway, Jerman, Turki, Israel, Thailand, India, Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan negara-negara lain bagi tujuan pencegahan wabak.

Berdepan dengan peningkatan permintaan terhadap pengukuran suhu, FOTRIC mengeluarkan produk dengan segera bagi menjamin bekalan yang pantas.

FOTRIC, sebuah syarikat yang berpangkalan di Shanghai, China, pada dasarnya, memberi tumpuan pada penyelidikan & pembangunan, pengeluaran dan jualan teknologi pengimejan terma. Barisan produknya meliputi pelbagai aspek termasuk penyelidikan pendidikan & saintifik, industri, kuasa elektrik dan pembuatan, antaranya. Perniagaannya telah menembusi banyak negara dan wilayah di Asia, Eropah dan benua Amerika. Produk pengimejan terma awan yang dibangunkan sendiri oleh FOTRIC dilancarkan di pameran CES Amerika 2017 telah dipuji secara meluas manakala produk terbaharunya yang dibangunkan pada tahun 2019 memenangi Anugerah Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa iF Jerman.

Pengimbas suhu inframerah automatik sepenuhnya daripada FOTRIC mempunyai kelebihan penting dan dapat digambarkan dengan mudah sebagai tepat, selamat dan cepat. Produk ini dibangunkan berasaskan platform perkakasan penggambar haba saintifik berkualiti tinggi daripada FOTRIC. Produk penyelidikan saintifik mempunyai keperluan yang sangat tinggi terhadap ketepatan pengukuran suhu. Profesor dan saintis dari lebih 500 universiti dan institut penyelidikan di seluruh dunia telah memilih penggambar haba FOTRIC untuk eksperimen penyelidikan dan menerbitkan artikel dalam jurnal utama bagi indeks petikan saintifik (SCI).

TEPAT - Pengimejan yang jelas dan pengukuran suhu yang jitu.

Piksel inframerah 384*288, sehingga 110,000 piksel pengukuran suhu yang berkesan dalam satu foto membolehkan pengendali untuk melihat sehelai rambut manusia dan boleh disesuaikan untuk pengukuran suhu yang lebih tepat-jarak. Tambahan pula, pengukuran suhu semasa pencegahan wabak memerlukan masa yang panjang untuk dijalankan. Kebolehulangan pengukuran suhu pada peranti ini adalah lebih kecil daripada ±0.5℃, seraya memastikan bahawa pengukuran suhu jangka panjang masih tepat.

SELAMAT - Memegunkan muka secara automatik untuk pengukuran suhu dan seterusnya mengelakkan pelaporan salah.

Modul pengecaman wajah dwicahaya AI terbina dalam memegunkan wajah individu secara automatik bagi tujuan pengukuran suhu dan jelas memaparkan nilai suhu tertinggi pada wajah. Suhu tinggi yang diperoleh selain daripada wajah di tempat kejadian, sebagai contoh daripada secawan kopi panas, disaring dengan pintar bagi mengelakkan laporan yang salah dan mencapai kadar pengesanan 100%.

CEPAT - Pengukuran suhu tahap milisaat dan tidak dapat dilihat, dilakukan apabila melintasi kawasan.

FOTRIC menggunakan teknologi pengimejan haba tanpa sentuh bagi memastikan keselamatan kakitangan yang meronda, tanpa perlu menyentuh orang lalu lalang secara fizikal. Seluruh proses ini tidak disedari oleh mereka yang lalu lalang dan pengesanan suhu dapat disempurnakan selagi mana individu tersebut melewati medan penglihatan yang dipantau oleh sistem berkenaan. Kadar kerangka 30Hz tidak menjejaskan sama sekali kecekapan trafik mahupun tingkah laku orang ramai.

Skrin dwipemandangan memaparkan kedua-dua imej haba dan cahaya nampak, apabila suhu badan yang tidak normal dikesan, alat penyaringan suhu akan mengeluarkan amaran secara automatik. Berserta penggesa suara, sistem ini akan menandakan anomali suhu dalam gambar dengan kotak merah, yang membolehkan kakitangan pemantau mencari dengan pantas individu yang menunjukkan suhu yang tinggi.

FOTRIC aktif mencari pengedar baharu di seluruh dunia bagi menyediakan perkhidmatan setempat.

Hubungi: Celine, +86-15618512265, nsn@fotric.cnwww.fotric.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200330/2763706-1?lang=0

 

Source: FOTRIC
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Sales reports