omniture

Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co, Ltd. sokong pertempuran melawan COVID-19 dengan "Lianhua Qingwen"

Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co,Ltd.
2020-04-14 21:14 478

SHIJIAZHUANG, China, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co, Ltd. mengumumkan bahawa kementerian luar negeri Republik Rakyat China telah membeli sebanyak 700,000 kotak Lianhua Qingwen dan mengedarkannya kepada setiap kedutaan Cina. Pakej-pakej kesihatan untuk pelajar-pelajar Cina yang belajar di luar negara turut dilengkapi dengan Lianhua Qingwen.

Lianhua Qingwen peroleh pengiktirafan sains dan teknologi kebangsaan bagi merawat influenza

Lianhua Qingwen ialah ubat Cina inovatif yang dibangunkan bagi merawat influenza semasa wabak SARS pada tahun 2003. Selepas menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama 347 hari, ia telah melepasi penilaian ubat baharu oleh pentadbiran produk perubatan kebangsaan pada suatu masa dahulu dan memperoleh sijil ubat baharu dan juga kelulusan pengeluaran.

Lianhua Qingwen disenaraikan sebagai ubat yang disyorkan di China untuk wabak COVID-19 

Pada tahun 2020, Kapsul/Granul Lianhua Qingwen disenaraikan sebagai ubat yang disyorkan dalam "Skim Diagnosis dan Rawatan Pneumonia Novel Coronavirus" (Versi ujian IV/V/VI/VII) yang bersama-sama dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Negara dan Pentadbiran Negeri Perubatan Tradisional China. Ia telah menjadi ubat Cina proprietari yang paling kerap disyorkan dalam rawatan COVID-19. Lebih 20 wilayah dan bandar raya di China termasuk Hubei, Guangzhou, Zhejiang, Shandong dan Hebei mengesyorkan kapsul (granul) Lianhua Qingwen. Wilayah Hubei dan Heilongjiang serta banyak wilayah lain telah menyenaraikan kapsul/granul Lianhua Qingwen sebagai ubat terpelihara. Kementerian industri dan teknologi maklumat negeri berkenaan telah mengambilnya sebagai jaminan kecemasan perubatan dalam senarai bahan-bahan jaminan utama.

Lianhua Qingwen telah dieksport ke banyak negara dan wilayah 

Sebagai satu contoh representatif ubat Cina moden, kapsul Lianhua Qingwen telah diiktiraf secara berperingkat-peringkat di dalam dan luar negara untuk kesan-kesan perencat dan pengurangannya ke atas COVID-19. Baru-baru ini, kapsul Lianhua Qingwen telah menerima kelulusan bagi pendaftaran ubat herba moden yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Thailand. Selain daripada Thailand, kapsul Lianhua Qingwen telah didaftarkan di Hong Kong (Kawasan Pentadbiran Khas China), Macau (Kawasan Pentadbiran Khas China), Brazil, Indonesia, Kanada, Mozambique, Romania dan tempat-tempat lain sebagai "ubat paten Cina", "ubat", "ubat tumbuhan" dan "produk kesihatan semula jadi" serta telah diluluskan bagi tujuan pemasaran.

Source: Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co,Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Public Safety