omniture

SHAREit raih kedudukan Teratas antara rangkaian iklan di Indonesia

SHAREit
2020-04-15 22:05 600

BEIJING, 15 April 2020 /PRNewswire/ -- Menurut laporan "AppsFlyer 2020 Growth Index Report: Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapore" ("Laporan Indeks Pertumbuhan 2020 AppsFlyer: Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura") dikeluarkan baru-baru ini, SHAREit, aplikasi penemuan, penggunaan dan perkongsian kandungan bertaraf global meningkat dengan hebatnya ke tempat pertama antara rangkaian iklan dan turut menerajui carta dalam kategori bukan permainan di Indonesia. Tambahan pula, dalam satu lagi Edisi X bagi Indeks Prestasi AppsFlyer yang baru dikeluarkan, SHAREit telah menduduki tempat ke-5 dari segi pertumbuhan di India dan tempat ke-3 di Asia Tenggara. Senarai kedudukan ini bukan sahaja bukti peningkatan keutamaan SHAREit sebagai penyedia kandungan yang menonjol, tetapi juga memperlihatkan keupayaan luar biasanya untuk para pengiklan.

SHAREit App Logo
SHAREit App Logo

Indeks Prestasi oleh AppsFlyer, sebuah syarikat atribusi mudah alih dan analitik data global, telah menjadi penilaian prestasi mengikut piawaian industri untuk pengiklanan mudah alih. Indeks ini merupakan instrumen untuk pemasar aplikasi di seluruh dunia bagi melihat kedudukan prestasi sumber media mudah alih. Bermula dengan ROI dan penyasaran semula kepada pertumbuhan dalam sektor-sektor permainan dan bukan permainan, mengumpul asas pandangannya dengan 25 bilion pemasangan dan 52 bilion pembukaan aplikasi daripada lebih 16 ribu aplikasi.

Dengan lebih 600 juta muat turun di India dan Indonesia, SHAREit, telah menyaksikan pertumbuhan yang konsisten lantaran kandungan vernakular yang disediakannya dan pelbagai perkongsiannya dengan platform-platform utama. SHAREit bekerjasama dengan Google Play untuk menjadikan perkongsian aplikasi rakan-ke-rakan lebih selamat untuk pengguna mereka di seluruh dunia. Di samping itu, menggunakan metrik algoritmanya, SHAREit terus bermatlamat untuk memahami profil pengguna dan corak penggunaan mereka, membantu mereka memberi cadangan pengiklanan yang tepat dan relevan kepada pengguna yang aktif pada aplikasi mereka.

Mengulas mengenai pencapaian terkini SHAREit, En. Karam Malhotra, Naib Presiden (Global) dan Ketua Pegawai Eksekutif SHAREit (India) berkata, "Industri aplikasi mudah alih telah menyaksikan pertumbuhan yang sangat besar pada dekad yang lalu. Dengan bilangan penggiat yang besar dalam industri ini dan persaingan yang sengit, ia membuatkan kami sangat gembira apabila usaha kami diiktiraf. SHAREit, sebagai satu platform perkongsian holistik, menjadikannya pilihan yang lebih menguntungkan untuk pasaran. Kami akan terus berusaha ke arah meningkatkan aplikasi untuk pengguna dengan semangat yang sama. Sementara itu, kami juga berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama dengan jenama-jenama dalam pasaran-pasaran global."

SHAREit boleh didapati di kedua-dua Google Play Store dan iOS App Store

Latar Belakang SHAREit: 

SHAREit ialah sebuah syarikat teknologi global yang menyediakan fungsi penemuan, penggunaan dan perkongsian kandungan kepada penggunanya. Menurut AppAnnie, aplikasi SHAREit merupakan aplikasi ke-6 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2019 daripada Apple iOS App Store dan Google Play Store. Terdapat lebih daripada 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia dan menerusi lebih daripada 600 juta pengguna di India dan Indonesia, Pengguna Aktif Bulanan (MAU) SHAREit telah melebihi 500 juta pengguna dan beroperasi dalam 45 bahasa berbeza.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200415/2776396-1?lang=0

Source: SHAREit
Keywords: Advertising Computer/Electronics