omniture

Pameran Canton Berlangsung Dalam Talian Buat Julung Kali dalam 63 Tahun

Pameran Canton
2020-04-16 23:03 568

GUANGZHOU, China, 16 April 2020  /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) akan melancarkan edisi ke-127nya secara dalam talian pada pertengahan Jun sebagai respons kepada pandemik COVID-19.

Pameran Canton Berlangsung Dalam Talian Buat Julung Kali dalam 63 Tahun
Pameran Canton Berlangsung Dalam Talian Buat Julung Kali dalam 63 Tahun

"Selepas lebih daripada enam dekad berusaha tanpa henti, Pameran Canton telah menjadi pameran perdagangan antarabangsa komprehensif yang terbesar di China dengan sejarah terpanjang, komoditi dan pelanggan terbanyak berserta hasil perdagangan terbaik," kata Ren Hongbin, Menteri Muda Perdagangan. "Pameran Canton ke-127 dicadangkan untuk berlangsung secara dalam talian sebagai ganti kepada pameran fizikal. Ini merupakan satu tindak balas pragmatik kepada pandemik COVID-19 dan inisiatif utama untuk pembangunan yang inovatif."

Sebagai bahagian penting dalam ekonomi dunia, China berusaha untuk mengekalkan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global sementara kebanyakan kilang dan syarikat kini telah menyambung semula operasi perniagaan seperti biasa. Pameran Canton komited untuk meningkatkan perdagangan yang tidak terikat bersama rakan-rakan kongsi globalnya. Pameran Canton maya yang pertama akan menubuhkan platform perdagangan antarabangsa dalam talian dengan produk-produk berkualiti dan khas yang mencakupi 16 kategori eksport utama seperti peralatan rumah, barangan pengguna, tekstil, penjagaan perubatan dan kesihatan.

Dikuasakan oleh teknologi maklumat termaju, Pameran Canton akan menyediakan perkhidmatan dalam talian sepanjang masa untuk promosi produk, pemadanan dan rundingan perniagaan, membolehkan perniagaan Cina mahupun antarabangsa untuk membuat pesanan dari jauh.

Di samping itu, Pameran Canton akan menubuhkan zon e-dagang rentas sempadan bagi meneroka kemungkinan baharu untuk perdagangan antarabangsa yang cekap dan mempromosikan kumpulan perusahaan jenama e-dagang rentas sempadan. Pameran ini akan turut menyediakan perkhidmatan strim langsung untuk pempamer mempromosikan produk-produk mereka kepada pembeli melalui saluran langsung tersuai. Strim langsung akan berjalan selama 24/7 dan akan membolehkan sama ada rundingan secara bersemuka atau promosi pemasaran besar-besaran dilakukan kepada audiens.

"Kami akan menggerakkan semua tenaga kerja dengan aktif, meningkatkan tahap teknikal, meluaskan skop perusahaan pilihan, meningkatkan perkhidmatan sokongan dan meningkatkan pengalaman dalam talian semua perusahaan. Kami berjanji untuk mengadakan 'Pameran Canton dalam talian' yang benar-benar hebat dengan kepentingan khusus melalui langkah-langkah khas pada tempoh waktu yang belum pernah terjadi ini. Kami mengalu-alukan anda untuk menumpukan perhatian kepada pameran ini pada ketika itu," kata Li Xingqian, Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri Kementerian Perdagangan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200415/2777499-1?lang=0

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail