omniture

Casio Sediakan Secara Percuma Khidmat Web Kalkulator Saintifik dan Alatan Pembelajaran Sokong Pembelajaran Matematik semasa Penutupan Sekolah

Menyokong Kelas Dalam Talian dan Belajar di Rumah untuk Pelajar dan Guru Seluruh Dunia
CASIO COMPUTER CO., LTD
2020-04-17 08:21 1287

TOKYO, 17 April 2020 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengumumkan bahawa kini ia menyediakan secara percuma suit PLUS penuh bagi perkhidmatan Web ClassPad.net untuk pengiraan matematik di seluruh dunia bagi menyokong pelajar dan guru dalam menangani penutupan sekolah ekoran pandemik novel coronavirus. Biasanya disediakan sebagai langganan berbayar, suit PLUS memberi pengguna dengan akses kepada semua ciri pengiraan fungsi dan graf yang paling maju daripada ClassPad.net. Casio juga menjadikan aplikasi perisian Manager dan Emulator percuma kepada guru yang menjalankan kelas dalam talian. Kedua-duanya akan disediakan secara percuma sehingga 31 Ogos 2020*.

*CASIO ClassPad dan Aplikasi CASIO fx-CG500 (iOS/Android) sahaja: percuma selama enam bulan dari tarikh muat turun.

ClassPad.net
ClassPad.net

 

ClassPad Manager and ClassWiz Emulator
ClassPad Manager and ClassWiz Emulator

ClassPad.net ialah satu perkhidmatan Web yang membolehkan pengguna untuk mengira fungsi, membuat graf dan melakukan pengiraan statistik mahupun geometri. Pengguna boleh menyusun dengan bebas rumus berangka, angka geometri dan graf dalam tetingkap pelayar. Kini, Casio menyediakan suit PLUS gred tertinggi secara percuma--memberi semua pengguna dengan akses kepada sistem algebra komputer (CAS) yang dapat melakukan pelbagai jenis pengiraan berdasarkan ungkapan serta ciri-ciri canggih yang lain seperti keupayaan untuk menulis tangan input matematik. Graf dan data lain yang dibuat pada ClasPad.net boleh disimpan dan dikongsi bagi tujuan pembelajaran secara individu di rumah dan kelas dalam talian.

Satu lagi tawaran yang kini disediakan secara percuma, aplikasi perisian Manager dan Emulator Casio untuk guru, boleh digunakan untuk menghasilkan semula operasi kalkulator saintifik pada komputer peribadi (PC). Kedua-dua aplikasi ini berfungsi dengan alatan persidangan video untuk menjadikannya mudah buat pelajar melihat graf dan rumus yang ditulis oleh pengajar pada skrinnya semasa kelas dalam talian. Walaupun apabila pelajar tidak dapat bertemu secara bersemuka untuk menghadiri kelas lantaran penutupan sekolah atau perintah untuk duduk di rumah, guru boleh menggunakan alatan ini untuk mengajar kaedah pengiraan dengan mudah melalui Web. Hanya muat turun dan pasangkan aplikasi perisian daripada laman sesawang khas di bawah.

Tempoh Tawaran Percuma
Mulai 15 April 2020 hingga 31 Ogos 2020*

*CASIO ClassPad dan Aplikasi CASIO fx-CG500 (iOS/Android) sahaja: percuma selama enam bulan dari tarikh muat turun.

Laman Sesawang Khas
https://edu.casio.com/softwarelicense/aid/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200415/2777283-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200415/2777283-1-b?lang=0

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Education