omniture

Bigo Live, Razer dan Zouk memperkembangkan set Kelab 'cloud' kepada pengunjung pesta di atas talian Asia Tenggara.

Bigo Live
2020-04-18 10:47 828

SINGAPURA, 18 April 2020 /PRNewswire/ - Platform siaran lansung, BIGO LIVE, gandingan bersama Razer, sebuah jenama gaya hidup terkemuka di dunia umumnya bagi para gamer dan juga Zouk Group, institusi kelab malam terkemuka di Singapura, dengan bangganya mengumumkan program tambahan untuk siri kelab 'cloud' popular yang dinikmati lebih 1.16 juta penonton sehingga kini. Program yang menampilkan DJ termasyhur DJ Che'Molly akan dimainkan pada 18 April, dari 10 malam (GMT +8) hingga 12 tengah malam.

Bigo Live, Razer dan Zouk memperkembangkan set Kelab 'cloud' kepada pengunjung pesta di atas talian Asia Tenggara.
Bigo Live, Razer dan Zouk memperkembangkan set Kelab 'cloud' kepada pengunjung pesta di atas talian Asia Tenggara.

Oleh kerana sekatan dan perintah kawalan pergerakan yang menyeluruh seperti di negara-negara Asia Tenggara yang lain, perniagaan seperti kelab malam turut terjejas. Lanjutan daripada itu, banyak persembahan yang terpaksa dibatalkan dan ekoran itu turut menjejaskan ekonomi para pemuzik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa tiada lagi hiburan dan keseronokan. Pemuzik dan peminat kelab malam kini boleh berhubung  melalui siaran langsung atas talian untuk melayani muzik bersama ribuan yang lain di seluruh rantau.

Buat pertama kalinya ketiga-tiga jenama utama di Singapura berganding bahu melalui penggunaan  teknologi, muzik, dan kelab malam. Keberhasilan dalam kerjasama ini telah terbukti dengan jayanya , malah ianya disambut baik oleh seluruh Asia Tenggara yang sedang melalui rutin harian yang kurang memberangsangkan.

Pengguna boleh melayari program yang akan datang pada 18 April, 10 malam (GMT +8) melalui platform BIGO LIVE, di bawah ID: Razer. Informasi terkini akan disiarkan dari masa ke semasa melalui ID yang sama.

MENGENAI BIGO LIVE

Bigo Live adalah salah satu komuniti sosial siaran langsung yang berkembang pesat di mana pengguna dapat bersiar dalam masa-nyata untuk berkongsi detik-detik kehidupan, menonjolkan bakat dan berinteraksi dengan masyarakat dari seluruh pelosok dunia. Bigo Live mempunyai 400 juta pengguna melebihi daripada 150 negara dan kini menjadi peneraju pasaran utama dalam industri siaran langsung. Ia dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpusat di Singapura.

Muat turun aplikasi Bigo Live di sini: https://bigolive.onelink.me/sG8X/bigoliveth

MENGENAI RAZER

Razer ™ adalah sebuah jenama gaya hidup terkemuka di dunia untuk pemain permainan video.

Trademark Razer adalah salah satu logo yang paling dikenali dalam komuniti permainan video secara global dan juga E-sports. Dengan jutaan peminat di setiap benua, syarikat ini telah merancang dan membina ekosistem perkakasan, perisian dan perkhidmatan yang tertumpu kepada pemain permainan video terbesar di dunia.

Pemegang Anugerah Perkakasan, Razer merangkumi peralatan permainan berprestasi tinggi dan juga Blade, sebuah komputer riba yang khusus untuk permainan video.  

Platform perisian Razer, dengan lebih dari 80 juta pengguna, termasuk Razer Synapse (platform Internet of Things), Razer Chroma (sistem teknologi pencahayaan hak milik RGB), dan Razer Cortex (pengoptimum permainan dan pelancar).

Dari segi perkhidmatan, Razer Gold adalah salah satu perkhidmatan kredit maya terbesar di dunia untuk pemain permainan video, dan Razer Fintech adalah salah satu rangkaian pembayaran digital luar talian ke dalam talian terbesar di Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada tahun 2005 dan beroperasi di ibu pejabat yang terletak di Irvine dan Singapura, Razer mempunyai 16 cawangan lain di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai jenama terkemuka untuk pemain permainan video di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Razer disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (Kod Stok: 1337).

MENGENAI ZOUK GROUP

Zouk Group adalah sebuah syarikat gaya hidup global dengan pertubuhan yang merangkumi sektor hiburan termasuk hiburan malam dan makanan serta minuman. Zouk merupakan sebuah jenama hiburan malam yang selama 29 tahun, cukup terkenal dengan muzik tarian dan membawa Singapura ke mata dunia. Zouk berada dalam senarai tahunan DJ Mag 100 kelab terbaik di Asia, sejak 2017. Zouk menampilkan muzik tarian terkini dalam pelbagai genre serta sistem bunyi dan pencahayaan canggih di dalam pasaran antarabangsa dan tempatan yang berkelas tinggi. Dimiliki oleh Genting Hong Kong pada bulan Oktober 2015, Zouk telah berkembang pesat jenama baru seperti bar permainan sosial RedTail, restoran makan malam FUHU, dan lebih banyak konsep yang masih dalam perancangan. Selain persembahan kelab, Zouk Group juga memiliki ZoukOut, pesta muzik sepanjang malam yang utama di Asia menampilkan DJ berkelas dunia juga menarik pengunjung tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara. Zouk Group kini meliputi semua entiti kelab dan gaya hidup di Singapura, Genting Highlands Malaysia, kapal pelayaran milik Genting, dan akan datang di Las Vegas. Syarikat ini juga memiliki francais Five Guys di Singapura dan Malaysia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200417/2779754-1?lang=0

 

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications New products/services