omniture

Inilah Masanya untuk Lakukan Perjalanan Maya Sekitar NSW

Destination NSW
2020-04-21 07:25 1017

Terokai Sydney dan NSW tanpa meninggalkan rumah

SYDNEY, 21 April 2020 /PRNewswire/ -- Keupayaan mengimpikan sesuatu untuk dilakukan dan ke mana arah tujuan kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini - dan kini anda berpeluang untuk melakukan perjalanan maya ke Sydney dan kawasan-kawasan di NSW tanpa perlu meninggalkan rumah.

Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW
Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW

Laman sesawang perjalanan pengguna Destination NSW, VisitNSW.com, mempunyai suit baharu aset sedia-Zoom pegun dan video yang disediakan kepada pengguna untuk dimuat turun bagi menjadikan panggilan persidangan mereka lebih menyeronokkan.

Koleksi latar belakang Zoom dikuratorkan bagi menginspirasikan keinginan untuk mengembara dalam fasa impian kitaran perancangan perjalanan, dengan latar belakang NSW dikuratorkan sekitar tiga tema utama - haiwan asli, matahari terbit dan matahari terbenam serta pemandangan yang menakjubkan.

Destinasi dan pengalaman NSW termasuk mencerap bintang di Dark Sky Park pertama Hemisfera Selatan di Warrumbungles, kehidupan laut yang sedang bermain di dalam air sepanjang Pantai NSW dari Tweed Heads ke Narooma, gambar-gambar wilayah NSW dari udara termasuk Stockton Beach dan Broken Hill, sarapan pagi bersama kanggaru Coffs Harbour dan fotografi langkau masa Pelabuhan Sydney yang terkenal di dunia.

"Pengembaraan mungkin ditangguhkan namun impian untuk mengembara semestinya digalakkan melalui aset sedia-Zoom kami," kata Stephen Mahoney, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Destination NSW.

"Latar belakang Zoom NSW kami yang mengagumkan telah dicipta untuk menjadikan pengalaman dan destinasi unik NSW sebagai keutamaan tinggi dan bagi memberi inspirasi kepada individu yang bercuti pada masa akan datang ketika mereka memasang impian untuk mengembara sambil kekal terhubung dan dihiburkan melalui panggilan Zoom dalam tempoh berada di rumah pada masa kini," kata Mahoney.

Menerusi beberapa tempat ajaib maya dan tiga tema yang boleh dipilih, sertailah revolusi tersebut dan pilihlah salah satu daripada latar belakang Zoom yang berikut untuk menghiburkan diri anda di NSW yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Bercakap dengan haiwan

  • Wombat di Taman Hidupan Liar Symbio, Central Coast 
  • Meerkat di Taronga Western Plains Zoo, Dubbo  
  • Kanggaru di Taman Negara Mungo
  • Anjing laut berbulu berhampiran Pulau Montague di luar pantai Narooma
  • Sekumpulan burung emu di Taman Negara Sturt, Tibooburra 

Matahari Terbit & Matahari Terbenam

  • Pelabuhan Sydney menampilkan Jambatan Pelabuhan Sydney dan Panggung Opera Sydney
  • Broken Hill menampilkan Seni Arca Living Desert
  • Taman Negara Blue Mountains menampilkan pemandangan berpanorama Three Sisters  
  • Bondi Beach menampilkan kolam Icebergs yang sangat sesuai dimuat naik ke Instagram
  • Pulau Killcare di Central Coast NSW
  • Taman Negara Warrumbungle menampilkan Breadknife dan Grand High Top Walks yang ikonik

Pemandangan Menakjubkan 

  • Pulau Lord Howe
  • Walls of China, Taman Negara Mungo
  • Stockton Sand Dunes, Port Stephens
  • Cabbage Tree Bay, Manly
  • Taman Negara Kosciuszko
  • Jenolan Caves, Blue Mountains

Untuk maklumat lanjut sila ke www.visitnsw.com/love-nsw/zoom

Kongsikan cuti-cuti Sydney dan NSW kegemaran anda di media sosial menggunakan tagar #LoveNSW atau #NewSouthWales.

Latar Belakang Destination NSW 

Destination NSW ialah agensi Kerajaan NSW utama untuk industri pelancongan dan acara utama Negara serta bertanggungjawab merangka dan melaksanakan strategi-strategi untuk mengembangkan ekonomi pengunjung Negara. Tumpuan khusus kami adalah untuk memacu pelancongan serta memperoleh dan membangunkan acara-acara sukan dan kebudayaan utama untuk Sydney serta wilayah NSW. Di samping itu, Destination NSW ialah pelabur utama dalam Business Events Sydney dengan matlamat untuk memperoleh lebih banyak konvensyen antarabangsa, program ganjaran perjalanan insentif, acara korporat dan juga pameran.

 Catatan untuk editor 

Imej boleh ditemui di Perpustakaan Kandungan Destination NSW.

Bondi Icebergs - Kredit: Destination NSW
Bondi Icebergs - Kredit: Destination NSW

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200420/2779702-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200420/2779702-1-b?lang=0

 

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel