omniture

Merck Tingkatkan Kapasiti Pembuatan Vektor Virus dan Terapi Gen Komersial

Merck
2020-04-21 20:00 951

- Kemudahan baharu bernilai €100 juta akan meningkatkan lebih dua kali ganda kapasiti pengeluaran sedia ada

- Sokong pembuatan komersial berskala besar produk terapi virus dan gen

DARMSTADT, Jerman, 21 April 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan kemudahan berpangkalan di Carlsbad, California, A.S. yang kedua bagi tujuan penawaran perkhidmatan terapi virus dan gen BioReliance®. Kemudahan komersial yang baharu dan bernilai €100 juta ini dijangka dibuka pada tahun hadapan.

Building on Merck's success in helping customers commercialize their gene therapies made possible by viral vectors, the company's expansion will help innovators produce at a scale that ensures these therapies reach more patients in need
Building on Merck's success in helping customers commercialize their gene therapies made possible by viral vectors, the company's expansion will help innovators produce at a scale that ensures these therapies reach more patients in need

"Pembuatan vektor virus telah beralih daripada industri khusus menjadi asas kepada masa depan biofarmaseutikal," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Beberapa buah syarikat mempunyai sistem skala dan kualiti untuk membuat produk-produk vektor virus komersial. Memanfaatkan kejayaan kami dalam membantu pelanggan mengkomersialkan terapi gen mereka dapat dilakukan oleh vektor virus, pengembangan kami akan membantu penginovasi mengeluarkan hasil yang besar yang memastikan terapi-terapi ini dapat mencapai lebih ramai pesakit yang memerlukan."

Kemudahan sektor perniagaan Life Science Merck di Carlsbad mengeluarkan terapi gen untuk pelanggannya di seluruh dunia. Terapi gen melibatkan penyampaian muatan genetik ke dalam sel pesakit bagi menghasilkan kesan terapeutik seperti pembetulan gen mutasi atau menyasarkan semula sel imun bagi memerangi kanser. Penyakit-penyakit seperti hemofilia dan kanser dikaji selidik menggunakan teknik ini yang mana satu dos dapat menyembuhkan penyakit berkenaan. Vektor virus sering digelar sebagai terapi paling rumit yang dikeluarkan hari ini. Pasaran terapi gen, yang menyumbang sebanyak $1 bilion pada tahun 2018, dijangka mencecah $10 bilion menjelang tahun 2026, menurut ramalan analisis pasaran dan industri global Biotech Forecasts yang terkini.

Kemudahan pembuatan baharu Merck yang berkeluasan 140,000 kaki persegi akan menyokong pengeluaran terapi virus dan gen pada skala 1000-liter menggunakan peralatan guna sekali Mobius®. Tapak tersebut merupakan sebahagian daripada penawarkan produk dan perkhidmatan yang semakin berkembang dalam perniagaan Life Science untuk pasaran terapi virus dan gen. Merck mempunyai pengalaman selama hampir tiga dekad dalam terapi sel dan gen, manakala tapak Carlsbad, California, A.S. telah terlibat dalam bidang terapi gen sejak tahun 1997, ketika percubaan klinikal untuk terapi gen bermula. Sementara itu, syarikat ini mengeluarkan vektor virus untuk dua produk terapi sel dan gen.

Pengembangan ini menekankan komitmen berterusan Merck dalam terapi virus dan gen daripada skala klinikal kepada komersial dan menandakan pelaburan utama yang kedua di kemudahan Carlsbad sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2016, pelaburan ini membawa kepada peningkatan hampir dua kali ganda kapasiti pengeluaran terdahulunya. Kemudahan yang dinaik taraf ini berkembang daripada 44,000 kaki persegi kepada 65,000 kaki persegi. Hari ini, tapak Carlsbad menempatkan 16 suit bilik bersih pembuatan pukal virus modular dengan peralatan guna sekali dan dua suit isian/siap untuk terapi gen, vaksin virus dan produk imunoterapi. Menerusi pengembangan ini, syarikat akan menambah 11 suit, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 27, yang digunakan dalam pelbagai langkah pembuatan.

Selain daripada pembangunan kontrak dan perkhidmatan pembuatan untuk vektor virus, Merck turut menyediakan perkhidmatan pembuatan dan pengujian yang lancar di tapak-tapak ujian farmaseutikal dan biofarmaseutikalnya di seluruh dunia.

Merck mengakui bahawa terapi sel dan gen telah menghasilkan kemajuan yang utama dalam bidang perubatan. Syarikat ini menyokong terapi-terapi ini yang berada dalam pertimbangan piawaian etika dan undang-undang; ia telah menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas dan luaran. Panel ini memberi panduan mengenai pelbagai topik, termasuk penyuntingan gen dan penggunaan sel stem, yang mana perniagaannya terlibat. Syarikat ini turut mengukuhkan kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Gambar - https://mma.prnewswire.com/media/1156781/Merck_Gene_Therapy.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion