Sempena ulang tahun ke-50 Hari Bumi, SAS dan Institut Analisis Sistem Gunaan Antarabangsa (IIASA) berganding bahu untuk menukarkan pengetahuan bersumber awam kepada kecerdasan boleh diambil tindakan bagi membantu melindungi planet ini
SINGAPURA, 22 April 2020 /PRNewswire/ -- SAS komited untuk membina komuniti penginovasi global yang menggunakan teknologi bagi mencetuskan perubahan positif demi orang ramai dan planet ini. Sempena Hari Bumi ini, SAS dan Institut Analisis Sistem Gunaan Antarabangsa (IIASA) melaksanakan kecerdasan buatan (AI) didorong oleh orang ramai generasi seterusnya bagi membantu memperkasa algoritma AI yang direka bentuk bagi membantu kita untuk memahami planet kita dengan lebih baik.
IIASA ialah sebuah institut penyelidikan bebas bertaraf antarabangsa yang terkenal dengan kepakarannya dalam analisis sistem dan menyediakan penyelesaian dasar serta maklumat asas mengenai kebimbangan mendesak untuk umat manusia. IIASA memberi tumpuan pada isu pembasmian hutan untuk mempelajari mengenai aplikasi AI bagi menjelaskan keterkaitan ekosistem Bumi. Hari ini, sistem kita berubah dengan pantas, mendekati tahap yang melangkaui pengalaman manusia sedia ada, pemahaman saintifik dan keupayaan pemodelan tradisi, lalu menjadikannya semakin sukar untuk manusia campur tangan dengan cekap, berkesan dan tepat pada masanya.
"Kesegeraan yang diperlukan untuk menangani transformasi ini memerlukan aplikasi daripada penyelesaian teknologi yang terbaik dalam kelasnya. Atas sebab inilah kami meminta bantuan SAS," kata Albert van Jaarsveld, Ketua Pegawai Eksekutif di IIASA. "Dengan menggabungkan kuasa platform penyelidikan sains alam sekitar kami, teknologi AI dan visi komputer SAS serta kuasa intelektual rakyat yang prihatin semata-mata, kami akan membangunkan model-model AI yang akan meningkatkan dengan pesat nilai pandangan manusia dan berusaha untuk memberi penilaian hampir waktu nyata terhadap perubahan alam sekitar global."
Model-model AI yang berkuasa, tepat dan berguna tidak terhasil oleh kuasa magis. Pembangunan model AI bermula dengan kecerdasan manusia. Untuk projek ini, SAS dan IIASA bersama-sama melancarkan aplikasi didorong pendanaan awam dalam talian untuk menghimpunkan kecerdasan orang ramai secara kolektif. Mereka meminta sukarelawan – sekumpulan saintis orang awam bermula daripada pelajar sekolah menengah dalam kelas maya hari ini kepada artis, jurutera dan saintis data profesional – untuk memulakan usaha ini dengan menyemak dan menilai imej-imej hutan hujan. Imej-imej ini menunjukkan daratan yang tidak diterokai dan daratan yang mungkin telah terjejas oleh pembangunan manusia.
"Memandangkan analisis imej merupakan langkah pertama yang penting untuk penilaian dan unjuran yang tepat terhadap pembasmian hutan, kami meminta orang ramai unutk melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh teknologi, dengan memeriksa dan melaporkan imej-imej pencerobohan hutan dengan pertambahan lebih kecil di seluruh dunia," kata van Jaarsveld. "Pendanaan awam membantu meningkatkan algoritma AI, mempercepatkan proses yang dahulunya mengambil masa bertahun-tahun untuk dianalisis, seraya membantu mendorong tindak balas dasar yang penting untuk melindungi hutan kita dengan lebih pantas."
Apabila orang ramai menandakan kawasan-kawasan yang mempunyai tanda-tanda kesan oleh manusia, mereka membantu menjadikan model-model AI lebih pintar. Sebagai contoh, mudah untuk manusia membezakan antara jalan raya (yang menandakan kesan manusia) dan sungai (yang tidak menunjukkan tanda kesan oleh manusia), namun begitu model AI tidak dapat mengetahui perbezaannya sehinggalah ia mendapat latihan yang mencukupi daripada pemerhatian manusia. Di samping itu, keputusan daripada model tersebut memastikan agar aplikasi pendanaan awam memberi perhatian terhadap manusia yang pandai menilai apabila kepakaran mereka paling diperlukan. Model ini akan membolehkan peningkatan kecekapan tenaga manusia sukarelawan yang memanfaatkan sebaik-baiknya perhatian dan pandangan mereka untuk pelbagai projek yang bertujuan untuk memantau dan mengukur hal-hal perubahan global yang penting.
Dengan kuasa orang ramai dan komputer yang digabungkan, SAS dan IIASA akan mempunyai platform yang tangkas dan ekstensif untuk memperkasa saintis orang awam bagi membantu penyelidikan termaju yang dapat membantu kita semua memahami dengan lebih baik, meramalkan dan berkembang maju dalam dunia yang kita kongsikan bersama ini. Walaupun fasa pertama perkongsian ini memberi tumpuan pada pembasmian hutan, terdapat rancangan untuk melanjutkan platform ini kepada masalah-masalah alam sekitar lain yang mana pendanaan awam dapat membantu berkhidmat demi kebaikan yang lebih besar.
Sebagai permulaan, setiap orang dapat memainkan peranan untuk menjadikan AI lebih pintar dan meningkatkan keupayaannya bagi membantu melindungi hutan kita. Bermula dengan pelajar yang kini berada di luar kelas kepada golongan profesional AI dan setiap orang yang terlibat, aktiviti ini membolehkan setiap seorang daripada kita untuk melakukan perubahan dengan hanya melihat beberapa imej. Kunjungi sas.com/rainforest untuk mengkategorikan imej yang menunjukkan tanda-tanda pembasmian hutan dan membantu model-model belajar dan bertambah baik pada setiap lelaran.
Perkongsian pendanaan awam bersama IIASA didorong oleh komitmen SAS terhadap literasi data dan gerakan Data for Good, yang menggalakkan penggunaan data dengan cara yang bermakna bagi mendorong perubahan global yang positif.
Latar Belakang IIASA
Institut Analisis Sistem Gunaan Antarabangsa (IIASA) ialah sebuah institut saintifik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan berhubung isu-isu kritikal melibatkan perubahan alam sekitar, ekonomi, teknologi dan sosial global yang kita hadapi pada abad kedua puluh satu ini. Penemuan oleh kami memberi pilihan yang bernilai kepada penggubal dasar untuk membentuk masa depan dunia kita yang berubah-ubah ini. IIASA ialah sebuah badan bebas dan dibiayai oleh agensi-agensi pendanaan penyelidikan yang berprestij di Afrika, benua Amerika, Asia dan juga Eropah. www.iiasa.ac.at
Latar Belakang SAS
SAS ialah peneraju dalam analitik. Melalui perisian dan perkhidmatan yang inovatif, SAS memperkasa dan menginspirasikan pelanggan di seluruh dunia untuk mengubah data menjadi kecerdasan. SAS memberi anda THE POWER TO KNOW®.
SAS dan semua nama produk atau perkhidmatan SAS Institute Inc. yang lain ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan SAS Institute Inc. di AS dan negara-negara lain. ® menunjukkan pendaftaran AS. Nama jenama dan produk lain ialah tanda dagangan syarikat-syarikat masing-masing. Hak cipta © 2019 SAS Institute Inc. Hak cipta terpelihara.
Hubungan Pengarang:
Cherie Ho
Cherie.ho@sas.com
+65-6398-3385 (pejabat)
+65-9479-9424 (telefon bimbit)
www.sas.com/news
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200420/2780910-1logo?lang=0