omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim lancar modul sel separa potong 166mm

Xinhua Silk Road
2020-04-23 02:54 743

BEIJING, 23 April 2020 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar bertaraf dunia di China, memperkenalkan modul sel separa potong 166mm baharunya pada 22 April, menakrifkan semula modul fotovolta (PV) generasi baharu yang menggabungkan wafer silikon saiz-166mm dengan teknologi berbilang busbar (MBB) dan sel separa potong.

Menurut Seraphim, modul sel separa potong 166mm baharu mempunyai kecekapan 20 peratus dan output kuasa maksimum 445W.

Produk baharu ini mempunyai prestasi unggul dari segi kecekapan mahupun keandalan. Teknologi MBB meningkatkan prestasi sel, manakakala teknologi sel separa potong mengurangkan ketidakpadanan, kehilangan kuasa dalaman, keretakan dan kawasan panas, meningkatkan kecekapan penukaran keseluruhan sebanyak lebih lima peratus.

Siri dwimuka berupaya menukarkan tenaga daripada cahaya datang dan cahaya terbaur pada bahagian depan, di samping menukarkan tenaga daripada cahaya yang dipantulkan dan cahaya yang tersebar pada bahagian belakang. Maka, modul-modul ini mempunyai hasil yang lebih tinggi dan prestasi sinaran yang amat rendah. Seraphim berupaya untuk meningkatkan kadar keduamukaan modul sehingga 70 ± 5 peratus, lalu menghasilkan kuasa maksimum teori sebanyak 579W, yang dapat mengurangkan LCOE projek dengan ketara.

Di bawah keadaan daratan yang berbeza, modul sel separa potong 166mm dwimuka dapat meningkatkan output kuasa elektrik sebanyak 10 peratus kepada 30 peratus berbanding modul tatasusunan tunggal (2-7 peratus lebih banyak penjanaan di lapisan asfalt, 5-10 peratus lebih banyak penjanaan di rumput dan 10-30 peratus lebih banyak penjanaan pada kerajang aluminium).

Ekoran daripada peningkatan ketara dalam kecekapan, aplikasi modul sel separa potong 166mm baharu dapat mengurangkan kos tenaga elektrik teraras (LCOE), kos imbangan sistem (BOS), kos EPC (Pembinaan Perolehan Kejuruteraan) dan kos daratan, di stesen janakuasa perindustrian besar, komersial dan daratan dengan ketara.

Berbanding dengan modul-modul biasa, modul sel separa potong 166mm baharu dapat menjimatkan sekurang-kurangnya lima peratus kos bagi setiap watt dalam projek-projek melebihi 1MW. Ia diharapkan dapat menjadi pesaing yang mantap dalam pasaran kuasa.

"Seraphim mempunyai pengalaman yang beraneka dan unik dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta teknologi modul," kata Polaris Li, presiden Seraphim.

"Modul sel separa potong 166mm baharu telah dikawal dengan ketat oleh berpuluh-puluh pautan daripada seleksi bahan mentah kepada reka bentuk, pembangunan dan ujian. Kami percaya bahawa pengenalan modul sel separa potong 166mm baharu akan membawa pencapaian baharu kepada pembangunan industri ini," tambah Li.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/312799.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Water Utilities