omniture

TrinaPro: Penyelesaian PV pintar andal terbukti dinilai oleh DNV GL

Trina Solar Co., Ltd
2020-04-23 14:00 1010

Laporan penilaian teknologi (turut dirujuk sebagai "laporan keboleharasan") daripada DNV GL mengetengahkan bahawa kelebihan utama TrinaPro ialah integrasi modul, penyongsang, penjejak, algoritma kawalan dan pemantauan berasaskan awan untuk penyelesaian siap guna.

CHANGZHOU, China, 23 April 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah menerima Technology Assessment Report for the TrinaPro Smart Solar Solution (Laporan Penilaian Teknologi untuk Penyelesaian Solar Pintar TrinaPro) ("Laporan") daripada DNV GL, sebuah syarikat jaminan kualiti dan pengurusan risiko dengan capaian global.

Komponen-komponen utama penyelesaian TrinaPro terdiri daripada modul-modul yang dikeluarkan oleh Trina Solar, penjejak yang dikeluarkan oleh NClave, subsidiari Trina Solar dan penyongsang yang dikeluarkan oleh pembekal yang berkelayakan. Komponen-komponen utama ini diintegrasikan dengan algoritma penjejakan pintar serta platform operasi dan penyelenggaraan berasaskan awan.

Laporan ini membuktikan bahawa perolehan tenaga berpotensi daripada penyelesaian TrinaPro dan algoritma penjejakan pintarnya, berdasarkan simulasi tenaga bebas dan kajian semula beberapa ujian lapangan. Meskipun perolehan tenaga berbeza-beza bergantung pada lokasi dan keadaan cuaca, DNV GL menganggarkan perolehan tenaga untuk algoritma penjejakan pintar TrinaPro adalah antara 0.6%-1% untuk tapak ujian di Viana, Sepanyol, perolehan tenaga antara 0.4-1.9% pada hari-hari mendung dan perolehan tersebut bahkan boleh mencecah sehingga 5% dalam keadaan senario yang tertentu.

DNV GL telah membangunkan proses yang terperinci dan cekap bagi menilai dokumentasi teknikal serta menyediakan pelabur dengan maklumat dan pendapat yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan produk yang tidak begitu mereka kenali. Pasukan penilaian telah mengkaji semula lukisan kejuruteraan, analisis struktur, laporan ujian, prosedur pemasangan, rancangan kualiti, dokumentasi operasi dan penyelenggaraan serta analisis prestasi yang disediakan oleh Trina Solar. DNV GL juga telah melawat kemudahan pembuatan modul dan penjejak di China dan Sepanyol bagi menilai proses pembuatan dan kualiti.

MinWah Leung, Pengurus Projek di DNV GL berkata: "TrinaPro ialah sistem bersepadu antara modul, penyongsang dan penjejak yang dihubungkan dengan algoritma penjejakan pintar, rangkaian kawalan serta platform O&M berasaskan awan dengan keupayaan aplikasi mudah alih. Kelebihan utama TrinaPro ialah integrasi sistem untuk penyelesaian siap guna. Projek-projek direka bentuk dengan blok megawatt dan TrinaPro membolehkan pengurusan, pemasangan, komponen dan pemantauan projek yang bersepadu. Meskipun kawalan perisian TrinaPro dan platform O&M berasaskan awan TrinaPro masih baharu, Trina menggunakan produk modul, penyongsang dan penjejak sedia ada dalam industri. DNV GL menganggap Trina Solar berupaya untuk membekalkan produk yang tidak menimbulkan risiko atipikal."

Yin Rongfang, Naib Pengurus Besar dan Naib Presiden Eksekutif Trina Solar, berkata: "Penilaian komprehensif DNV GL sekali lagi membuktikan bahawa teknologi utama TrinaPro memberikan prestasi keboleharasan terbaik dalam pasaran global. TrinaPro ialah penyelesaian fotovolta pintar yang pertama dalam industri dan kini merupakan satu-satunya penyelesaian PV yang dibuktikan oleh pihak ketiga antarabangsa. Dengan TrinaPro meluaskan jejak globalnya, semakin ramai pelanggan boleh mengharapkan untuk memperoleh pendapatan pelaburan yang lebih baik."

Pautan foto: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/report.jpg 
Kapsyen: Muka Depan Laporan Penilaian Teknologi Penyelesaian Pintar TrinaPro DNV GL

Latar Belakang Trina Solar

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan produk PV; pembangunan, EPC, O&M projek PV; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaga, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Dengan tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu, tatkala ia berusaha untuk menjadi peneraju bagi tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements