omniture

FII Institute Series Dilancar Dengan Acara Maya Berorientasi Masa Depan: "Melangkaui Krisis: Teknologi sebagai Penyelamat" pada 23 April

The Future Investment Initiative (FII) Institute
2020-04-23 23:45 1043

RIYADH, Arab Saudi, 23 April 2020 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute dimulakan dengan menganjurkan acara maya yang eksklusif pada 23 April, dikendalikan oleh usahawan dan ahli futurologi, Dr. Peter H. Diamandis.

 

 

Mesyuarat sulung ini menandakan bermulanya FII Institute Series, yang menghimpunkan sekumpulan pemimpin berpengaruh yang melihat melangkaui pandemik COVID-19 bagi meninjau implikasi sistemiknya terhadap ekonomi global dan potensi AI dan inovasi canggih bagi membantu gerak balas seluruh dunia.

FII Institute Series akan menjadi siri acara tetap sepanjang tahun yang dimasukkan ke dalam Inisiatif Pelaburan Masa Depan (Future Investment Initiative) pada Oktober 2020.

Ilustrasi yang pertama seumpamanya bagi teknologi acara yang interaktif dan imersif, acara ini akan menekankan pengajaran paling penting yang dipelajari daripada krisis semasa dan menggariskan hala tuju yang jelas untuk tindakan pada masa depan, menghasilkan penyelesaian yang konkrit dan cadangan jangka panjang daripada sesi-sesi berkenaan.

"Dengan wawasan yang bercita-cita tinggi untuk memperkasa minda paling pintar bagi membentuk masa depan yang lebih baik buat SEMUA dan bersama SEMUA, FII Institute akan menghimpunkan pemimpin dan pakar global untuk memupuk dan menyokong pelaksanaan penyelesaian yang inovatif secara kolektif," ulas Pengerusi Lembaga FII Institute Tuan Yang Terutama Yasir Al-Rumayyan.

"FII Institute ialah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan generasi baharu yang menyusun atur dan mendayakan idea-idea yang dapat menyelesaikan cabaran-cabaran global hari ini menggunakan teknologi yang berpotensi memberi kesan positif kepada umat manusia," jelas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga FII Institute Richard Attias.

Pada mulanya, FII Institute akan memberi tumpuan pada empat aspek impak utama yang mempunyai kuasa untuk memberi kesan positif kepada umat manusia: Penjagaan Kesihatan, Kemampanan, Robotik dan Kecerdasan Buatan.

Bagi mencapai misinya, FII Institute boleh bergantung pada pengalaman luas daripada Lembaga Pemegang Amanahnya, termasuk kursi lembaga T.Y.T. Yasir Al-Rumayyan, Y.A.M. Puteri Reema Bint Bandar Al Saud, Senator Matteo Renzi, En. Mohamed Alabbar, Profesor Tony Chan, Dr. Peter H. Diamandis, Profesor Adah Almutairi dan juga En. Richard Attias.

Untuk mengikuti berita terkini dan mengetahui lebih lanjut mengenai Future Investment Initiative Institute, sila ikuti FII Institute di Twitter dan LinkedIn serta kunjungi laman sesawang FII Institute https://fii-institute.org/ 

Latar Belakang FII Institute:

FII Institute ialah sebuah yayasan global generasi baharu yang memastikan agar idea-idea paling bijak di dunia dapat menemui cara untuk direalisasikan, diskalakan dan mencipta kesan mampan yang positif terhadap umat manusia.

Dengan wawasan yang bercita-cita tinggi untuk memperkasa minda paling pintar bagi membentuk masa depan yang lebih baik buat SEMUA dan bersama SEMUA, FII Institute akan menghimpunkan pemimpin dan pakar global untuk menyusun atur dan mendayakan idea-idea konkrit secara kolektif yang dapat menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan yang paling mendesak pada hari ini sekali gus mewujudkan platform jangka panjang untuk membentuk semula masa depan manusia sejagat.

Platform-platform Media Sosial
Twitter: @FIIKSA
LinkedIn: Future Investment Initiative
YouTube: Future Investment Initiative 
Instagram: @FIIKSA
Flickr: Future Investment Initiative
 

#CallToImpact dan #ImpactOnHumanity 

Laman Sesawang:  https://fii-institute.org/ 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1158839/FII_Institute_Logo.jpg

Source: The Future Investment Initiative (FII) Institute
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Not for profit Trade show news Future Events