omniture

Bahagian Pasaran Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan HUAWEI CLOUD Berkembang Terpantas, Tersenarai di Kedudukan No.3 di China dan No.6 di Seluruh Dunia

HUAWEI CLOUD
2020-04-25 02:58 6184

SHENZHEN, China, 25 April 2020 /PRNewswire/ -- Menurut laporan Gartner yang dikeluarkan baru-baru ini Market Share: IT Services, Worldwide 2019 (Bahagian Pasaran: Perkhidmatan IT, Seluruh Dunia 2019), bahagian pasaran Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan (IaaS) global HUAWEI CLOUD berkembang pada kadar paling pantas berbanding mana-mana penyedia dan pendapatan bagi tahun 2019 daripada pasaran IaaS berkembang sebanyak 222.2%. HUAWEI CLOUD tersenarai di kedudukan No.3 di China dan No. 6 dalam pasaran global.

HUAWEI CLOUD telah melancarkan lebih daripada 200 perkhidmatan awan dan 190 penyelesaian termasuk 69 perkhidmatan awan Kunpeng dan 43 perkhidmatan awan Ascend. Lebih 3 juta pengguna perusahaan dan pembangun kini menggunakan HUAWEI CLOUD untuk membangunkan produk dan juga penyelesaian.

Di China, HUAWEI CLOUD telah menawarkan perkhidmatan dalam sektor-sektor termasuk utiliti awam, Internet, automotif, perkhidmatan kewangan dan genetik. Pelanggan mereka melibatkan lebih 600 institusi awam, 30 daripada 50 syarikat Internet terbaik, lebih 20 pembuat auto besar dan 14 syarikat genetik.

Dalam pasaran antarabangsa, HUAWEI CLOUD melancarkan pusat data awan di Singapura, Chile, Brazil, Mexico serta Peru dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, dengan 45 zon ketersediaan merentas 23 wilayah. Perkhidmatan awan awam mereka menyediakan prestasi dan pengalaman yang tekal untuk syarikat-syarikat multinasional, membantu perusahaan dibiayai Cina berkembang ke dalam pasaran antarabangsa dan perusahaan dibiayai negara asing menembusi pasaran Cina.

Dalam domain IaaS, HUAWEI CLOUD menawarkan satu siri perkhidmatan awan Kunpeng bagi menyediakan kuasa pengkomputeran yang pelbagai demi keperluan pelbagai pada hari ini. Syarikat turut melancarkan penyelesaian seperti awan hibrid bekas, pengkomputeran kelompok bekas berprestasi tinggi, BigData Pro, cakera awan I/O berkelajuan ultra tinggi dan penyelesaian rangkaian awan kelas-perusahaan All-Connect bagi mempercepatkan transformasi natif awan.

Dalam domain AI, HUAWEI CLOUD melancarkan 43 perkhidmatan awan AI berkuasa Ascend bagi menyerlahkan kuasa pengkomputeran awan, termasuk ModelArts, platform pembangunan aplikasi AI berkuasa; HiLens, platform pembangunan aplikasi AI visi; dan DAYU, platform pembangunan dan operasi data sehenti. HUAWEI CLOUD juga melancarkan Kembar Pintar Perindustrian (Industrial Intelligent Twins), Kembar Pintar Trafik (Traffic Intelligent Twins) dan Kembar Pintar Bandar Raya (City Intelligent Twins) bagi mempercepatkan penaiktarafan pintar pelbagai industri. Menggabungkan AI dengan kepakaran industri, penyelesaian ini menyediakan AI pada harga berpatutan, berkesan dan andal untuk semua orang yang memerlukan sokongan AI. 

Dalam domain pejabat kolaboratif, HUAWEI CLOUD melancarkan platform kerja pintar, WeLink, untuk menghubungkan platform pasukan, perniagaan, pengetahuan dan IoT. WeLink amat sesuai untuk penaiktarafan digital kerajaan dan perusahaan. Setakat ini, platform kerja pintar ini telah digunakan secara meluas untuk pejabat jarak jauh dalam puluhan ribu hospital, institusi perubatan, sekolah dan perusahaan dalam industri perkhidmatan kewangan, tenaga, pembuatan dan transformasi.

Pada tahun 2019, HUAWEI CLOUD menjalin kerjasama dengan 10,000 rakan kongsi perunding, yang menyumbang lebih 60% jumlah pendapatan daripada HUAWEI CLOUD. Syarikat turut menjalin perkongsian strategik dengan pelbagai syarikat perunding dan pembawa terkemuka serta 2,000 rakan kongsi teknologi di seluruh dunia, dengan 3,500 aplikasi dilancarkan ke dalam pasaran.

HUAWEI CLOUD melancarkan Program Pembangunan Rakan Kongsi Kunpeng untuk menyediakan sokongan latihan, teknikal, pemasaran dan jualan bagi membantu rakan kongsi global mencapai kejayaan. Rakan kongsi boleh menghantar aplikasi ke platform Kunpeng dan membangunkan aplikasi menggunakan perkhidmatan awan Kunpeng.

Menuju ke hadapan, HUAWEI CLOUD akan terus memanfaatkan keupayaan tindanan penuhnya dalam awan, AI dan 5G bagi menawarkan perkhidmatan awan awam dan penyelesaian awan hibrid yang andal, selamat serta mampan. Mereka akan komited untuk memperkasa aplikasi, meneroka nilai data dan mewujudkan tapak subur yang diperlukan demi memupuk dunia yang pintar. Menjalin kerjasama dengan rakan kongsi global, mereka akan membantu pelanggan dalam pelbagai industri mencapai transformasi digital dan penaiktarafan pintar.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications