omniture

T610 UNISOC Bekalkan Kuasa "Telefon Mudah Alih Bacaan" E-Dakwat Warna Hisense

UNISOC
2020-04-25 03:15 655

SHANGHAI, 25 April 2020 /PRNewswire/ -- UNISOC, penyedia yang terkemuka di dunia bagi cip set komunikasi mudah alih dan cip set IoT, hari ini mengumumkan bahawa platform T610 miliknya membekalkan kuasa kepada telefon mudah alih bacaan E-Dakwat warna Hisense, telefon Hisense A5 Pro CC. Telefon tersebut menggunakan e-dakwat untuk paparan belakang sekundernya dan LCD untuk paparan utama. E-dakwat berupaya untuk memaparkan 4,096 warna, dengan kualiti paparan seakan kertas bagi melindungi mata pembaca untuk pembacaan dalam tempoh yang lama dan dapat bertahan selama berhari-hari dengan sekali cas.

T610 UNISOC Bekalkan Kuasa "Telefon Mudah Alih Bacaan" E-Dakwat Warna Hisense
T610 UNISOC Bekalkan Kuasa "Telefon Mudah Alih Bacaan" E-Dakwat Warna Hisense

Paparan e-dakwat kurang emisi sinar-biru dan menawarkan pembacaan yang lebih selesa untuk tempoh yang lebih panjang. Paparannya akan dapat menyediakan pengimejan cahaya semula jadi pada waktu siang. Pada waktu malam, peranti ini akan menggunakan teknologi pantulan baur melalui sumber cahaya panas yang dipasang pada bahagian hadapan paparan peranti. Berbanding dengan peranti elektronik yang lain, A5 Pro CC benar-benar bebas daripada sinar-biru untuk pembacaan waktu siang dan mengurangkan kandungan sinar biru sebanyak 95% untuk pembacaan pada waktu malam. Ia sangat melindungi mata dengan mengurangkan kemudaratan yang disebabkan oleh sinar biru terhadap mata.

Paparan ini amat sesuai untuk membaca, mempunyai keterlihatan luar yang sangat baik dan ia juga tidak menggunakan terlalu banyak kuasa bateri. Ia hanya memerlukan kuasa apabila imej pada paparan berubah.

Hisense memperkenalkan tiga versi A5 Pro, satu A5 Pro klasik dengan paparan e-Kertas berwarna hitam dan putih serta dua A5 Pro CC dengan paparan E-dakwat berwarna menggunakan storan 4GB RAM+64GB ROM dan 6GB RAM+128GB ROM. Ketiga-tiganya dibekalkan kuasa oleh cip set T610 UNISOC yang menggabungkan dua pemproses 1.8 GHz Arm Cortex-A75 dan enam pemproses 1.8 GHz Arm Cortex-A55 dengan Mali G52 MP2 GPU. Platform mudah alih LTE mempunyai keupayaan pemprosesan imej dan AI yang dinaik taraf sepenuhnya serta memberi pengalaman telefon pintar yang tiada tandingan kepada pengguna.

Latar Belakang UNISOC 

UNISOC ialah sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi terkemuka yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) cip set teras dalam komunikasi mudah alih serta AIoT. Produk-produknya mencakupi platform cip set mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G/3G/4G/5G serta pelbagai penyelesaian cip set dalam bidang IoT, RFFE, sambungan tanpa wayar, TV dan sebagainya. Dengan anggaran 4,500 kakitangan, 15 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC telah menjadi antara tiga pembekal cip set mudah alih terkemuka dari segi bahagian pasaran global, syarikat 5G terkemuka di Dunia dan salah satu penyedia cip set yang terbesar untuk IoT dan peranti sambungan di China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.unisoc.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200423/2784776-1?lang=0

 

Source: UNISOC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors Licensing/marketing agreements