BEIJING, 25 April 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, melancarkan bahagian interaktif baharu dalam versi antarabangsa Aplikasi iQIYI untuk rancangan aneka ragam asalnya yang disukai ramai Youth With You Season 2 ("Rancangan"). Bahagian ini, yang digelar sebagai "International Popularity Ranking" ("Kedudukan Populariti Antarabangsa") membolehkan pengguna luar negara untuk menyokong peserta pertandingan kegemaran mereka untuk disenaraikan pada kedudukan lebih tinggi dari segi populariti melalui pemberian "tanda suka". Pengguna biasa diberikan tiga "tanda suka", manakala ahli-ahli VIP diberikan dua kali ganda lebih banyak "tanda suka" untuk digunakan.
Youth With You Season 2 telah diikuti dan disukai oleh pengguna global sejak pelancarannya melalui versi antarabangsa Aplikasi iQIYI pada Mac lalu. Rancangan ini telah menjadi topik yang paling popular pada masa kini di Twitter, di samping turut mengungguli kedudukan di pelbagai negara Asia Tenggara beberapa kali.
Sejak pelancarannya, bahagian interaktif ini telah menikmati tahap penglibatan yang tinggi daripada pengguna global, mencatatkan rekod pada platform ini. Sehingga 18 April, topik-topik yang berkaitan dengan Youth With You Season 2 telah tersenarai sebagai antara senarai topik yang popular masa kini di peringkat global melalui Twitter dan senarai topik yang popular masa kini melalui Twitter dalam 11 negara di Asia, Eropah, Amerika Selatan serta Amerika Utara sebanyak 155 kali, termasuk mengungguli senarai kedudukan tersebut sebanyak 35 kali dan menjadikannya sebagai senarai topik yang popular masa kini di peringkat global sebanyak 19 kali.
Bagi mempromosikan Youth With You Season 2, iQIYI telah memanfaatkan saluran pemasaran luar negara, berkolaborasi dengan rakan kongsi strategik Malaysia, Astro dan berhubung dengan pengguna global dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti sesi Soal Jawab luar negara dan pemilihan serta penglibatan penonton untuk rakaman awan Rancangan ini. Inisiatif-inisiatif ini telah meningkatkan pengalaman tontonan interaktif untuk penonton luar negara dan menghimpunkan penglibatan dan semangat yang luar biasa dalam kalangan penonton di negara-negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, AS dan Brazil. Youth With You Season 2 disediakan dengan sari kata dalam lapan bahasa termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Korea. Di samping itu, pascapenerbitan dan terjemahan Rancangan ini disiarkan secara serentak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai buat julung kalinya, bagi menyediakan pengalaman tontonan setempat kepada penonton global.
Dalam Youth With You Season 2, lebih daripada 100 pelatih wanita bersaing untuk memenangi peluang bagi menubuhkan sebuah kumpulan idola. Rancangan ini bersama-sama dicipta oleh Caviar Communications dan Weibo serta bersama-sama diterbitkan oleh Caviar Communications dan iQIYI Fancy Monster Studio. Ia dilancarkan secara eksklusif di iQIYI, QIYIGUO TV dan Aplikasi iQIYI (Versi Antarabangsa) pada 12 Mac.
Latar Belakang iQIYI, Inc.
iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penerbitan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat ini berbeza dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, penyiaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200423/2784845-1?lang=0