omniture

Moovaz, syarikat baharu yang menembusi pasaran perpindahan dan logistik, berjaya mendapatkan pelaburan Siri A berjumlah $7 juta USD

Moovaz
2020-04-27 08:15 1028

SINGAPURA, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- Sebaik sahaja sesebuah demografi didominasi oleh golongan profesional yang berpengaruh, reaksi ekspatriat telah berubah secara dramatik untuk mengalu-alukan hampir semua orang, termasuk generasi baharu pengembara yang bersemangat bebas, celik teknologi dan menjelajah dengan minat untuk menerokai dunia – Moovaz membantu mereka merealisasikan impian tersebut. Dilengkapi dengan teknologi pintar, Moovaz mendefinisikan semula logistik dengan perkhidmatan pemindahan barang yang mudah dan cekap untuk generasi baharu ekspatriat. Moovaz kini telah berjaya memperolehi pelaburan siri A berjumlah USD 7 juta, termasuk bon boleh tukar, untuk melaksanakannya.

Moovaz, syarikat baharu yang menembusi pasaran perpindahan dan logistik, berjaya mendapatkan pelaburan Siri A berjumlah $7 juta USD
Moovaz, syarikat baharu yang menembusi pasaran perpindahan dan logistik, berjaya mendapatkan pelaburan Siri A berjumlah $7 juta USD

Moovaz, sebuah platform perkhidmatan perpindahan antarabangsa, yang berpusat di Singapura, ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Lee Junxian bersama dua pengasas yang lain. Visi mereka adalah untuk meningkatkan kualiti proses perpindahan  dengan lebih efektif dan cekap, secara global, pada masa kini. Dengan kemudahan perjalanan dan peningkatan cara kerja yang fleksibel, lebih ramai memilih untuk keluar dari zon selesa mereka bagi mengejar gaya hidup berpindah-randah digital. Namun demikian, proses ini pada kebiasaannya mencetuskan masalah dan disertai dengan banyak halangan, termasuk kos yang tinggi sehingga ke masa penghantaran yang lambat, serta isu kontena simpanan. Moovaz mengubah industri logistik tradisional dengan penyediaan platform khas dan pintar bagi menghubungkan pelanggan dengan perkhidmatan yang betul pada masa yang tepat.

"Perpindahan antara negara adalah satu usaha logistik yang amat besar. Anda perlu menguruskan pelbagai aspek seperti penginapan, perjalanan, memohon visa, dan pembukaan akaun bank baharu. Pada dasarnya, anda memindahkan seluruh kehidupan anda," kata Lee Junxian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Moovaz. "Biarpun terdapat pelbagai inovasi teknologi di pasaran kini, perkhidmatan perpindahan tetap terkenal dengan perkhidmatan yang perlahan, mahal dan kurang cekap. Dunia ini semakin luas, justeru, cabaran ini perlu ditangani dengan efektif. Matlamat kami adalah untuk memberikan penyelesaian yang inovatif kepada permasalahan yang dikenalpasti dalam proses perpindahan, kepada warganegara global, dan menyelesaikan masalah berkaitan pemindahan kehidupan anda secara menyeluruh."

Menggunakan platform Moovaz, pelanggan dapat memperolehi harga penghantaran dengan kadar yang segera, pada masa yang sama dapat menyemak status penghantaran barangan milik mereka. Dengan menggunakan proses automasi dan data, Moovaz dapat memprofilkan keperluan pengguna, sebelum menghubungkan mereka dengan jaringan kontraktor global mereka. Dengan mengaplikasikan proses automasi dan data tersebut, Moovaz dapat melakukan lebih dari yang diharapkan daripada sesebuah syarikat perkhidmatan logistik yang biasa, dengan menambahbaik proses perpindahan barangan pelanggan, dengan lebih cekap dan cepat. Sebaliknya, memanfaatkan teknologi dan pengautomatan untuk menyediakan proses pemindahan barang yang lancar untuk pelanggan.

Dengan bermottokan "Penggerak Kehidupan", Moovaz dapat membantu warganegara global dalam memindahkan kehidupan mereka, di samping menghubungkan mereka dengan komuniti masa depan mereka. Dalam proses tersebut, Moovaz akan memberi cadangan khusus untuk perkhidmatan tambahan yang lain, bermula dengan menghubungkan utiliti seperti pendaftaran perkhidmatan Wi-Fi, sehinggalah ke pembelian insurans bagi memastikan proses perpindahan berjalan dengan selancar yang mungkin.

Walaupun sebahagian besar pelanggannya berasal dari Asia Pasifik, Moovaz merancang untuk memperkembangkan dan memperluaskan liputan perniagaannya. Kini, dengan sokongan oleh syarikat-syarikat seperti Quest Ventures yang disokong oleh Dana Kekayaan Berdaulat Singapura, konglomerat rantaian bekalan YCH Group dan pelabur teknologi mendalam SGInnovate, ianya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi, mereka mensasarkan untuk mengukuhkan perkhidmatan dan kemudahan bagi mencapai status peneraju utama dalam industri penempatan semula.

Ini dapat dicapai melalui pelancaran kempen pemasaran yang terbaik dalam negara-negara baharu, menjana modal, memperbesarkan pasukan mereka dan mengalu-alukan rakan kongsi baharu bagi mengoptimumkan proses perpindahan setiap pelanggan secara praktikal dan menyentuh perasaan.

Latar Belakang Moovaz

Moovaz adalah suatu platform perkhidmatan penempatan semula yang komprehensif untuk membantu individu bergerak global. Platform digital semua-dalam-satu ini merevolusikan industri logistik dan penempatan semula antarabangsa dengan memberikan pengalaman perpindahan yang lancar serta efektif dari segi kos dan masa dan menyentuh hati untuk semua. Dengan memanfaatkan penggunaan teknologi pintar dan rangkaian global yang melibatkan lebih daripada 2,000 rakan kongsi yang diperakui, Moovaz menawarkan pelanggan dengan tahap ketelusan dan akses terbuka yang belum pernah disediakan oleh mana-mana pihak sebelum ini kepada perkhidmatan mobiliti di seluruh dunia. Menerusi pasukan yang sangat berdedikasi, Moovaz berusaha untuk memberi kemudahan dan kecemerlangan yang terulung, pada setiap masa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.moovaz.com/about-us/

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200423/2775020-1?lang=0

Source: Moovaz
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Travel Venture Capital